Pages - Menu

Rabu, 19 Januari 2011

makan di kala lapo...

"mama... adik demam!" dalam pelat dia gagahkan juga diri bercakap.

"ye ke adik demam?" lembut suara sambil menjeling roti kat tangan si kecil... "haa tu la asik makan roti tak brenti, dah tak abih... alasan la tu..."

adik buat muka seposen. mula la nak cememeng.

"sekarang, g bagi kat abang-abang ko. sapa bole tolong abihkan..." abangnya yang 4 orang dok ralit tengok tv terus menikus. satu arahan dalam paksaan. adik merayu pada setiap orang suruh abihkan roti gardenia (tolong promosi sikit) yang disapu dengan 'kaya'. unjuk pada chaid, chaid buat bodo sampai adik menangis tersedu-sedu.

"chaimmmmm..." adik menyondol bahu abang yang ketiga pulak. angah cepat-cepat mengesot buat tak dengo. bila sua pada along, "uweeek...!!!" along buat aksi geli-geleman macam nak muntah.

sudahnya adik mengendeng semula kat mama sambil menangis syahdu. dia tau bala apa akan menimpa kalu ketahuan dek ayahnya nanti. "sekarang, baik korang tolong abihkan. kalu tidak lepas ni jangan harap ayah beli roti..."

sudahnya, "adik!!! bagi chaimmmm..." chaim jadik penyelamatttt.

aku tergelak je bila dengo report. memang pantang tul makan tak abih lepas tu main buang tak tentu arah. ayat biasa kat dorang, "lain kali amik sikit-sikit. biar bertambah, jangan tak abih. haaa korang tengok tu (tunjuk kat program tv cam 'Bersamamu'). orang lain menangis nak dapat makanan, korang ikut suka je buangngggg yea!"

pssst: semenjak-dua menjak ni memang hari-hari kena beli roti. nasik pon dah tak laku...

22 ulasan:

  1. Kata org kalau makan roti sokmo badan tak gemuk tapi kalau pompuan badan boleh kembang kaco :)

    BalasPadam
  2. Salam..

    Ya lah makan bila lapo.. teringat juga iklan ubat gigi.. sepanjang-panjang berus diletaknya ubat gigi.. jadi apa lagi cepat habis ubat gigi...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Ada penyelamat dan tukang abiskan makanan orang tak abis...:)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..kdg2 kalau tak lapor tetap kne makan gak takut kne gastrik huhuhhh

    BalasPadam
  5. sian adik tu sapa xnk layan dia..

    BalasPadam
  6. nasib ada abg chaimmmm.. selamat adik...anak munna pun suka roti tapi dia nak yg ada krim tu aje yg kosong tak mboh lalu makan..

    BalasPadam
  7. Kecik2 dah reti makne jangan membazir.Alhamdulillah sampei ke besor la gitu hendok nye.

    BalasPadam
  8. aiyo, appak manyak garang oo... buat den terkedu jap, sebab selalu anak2 buang2 jer makanan.. kalo kata tak habih jer, ummi kata, gi buang dalam tong sampah, tak pun kata, gi letak dalam sinki.. nampaknya lepas ni kena didik cam tu gak lah, supaya jangan membazir..baguih baguih..

    BalasPadam
  9. salam..
    rasanya koi pun suka
    makan roti mengganti
    makan malam koi dari nasi

    BalasPadam
  10. Salam..
    Kat rumah saya pun ada 2 tukang perabih.. tapi badan dua-dua dah makin kembang..

    BalasPadam
  11. Uishh naper ler kita tak berjiran yer.

    Sebab kat rumah saya, beli roti sebantal panjang, belum sempat didih air, roti dah tinggal plastik jer!

    BalasPadam
  12. hehe tukang perabih jugak yang dapat nama...

    membazir tu geng budak itam yg tanduk dua..

    BalasPadam
  13. kiwi suke mkn roti kcik2 dlu..nasi pn kurg..kiut je bg alsn..adik demam..hihi

    BalasPadam
  14. Salam cemomoi..
    Bagus mengajar anak begitu...

    Ibu dan bapa saya sangat pantang jika makan nasi tak habis. Biasalah.. orang kedah, rezeki datangnya dr padi...

    Tapi syukurlah... kami telah diajar jangan membazir. Kalau dah tahu tak habis jangan ambil banyak, jangan jadi tamak...

    BalasPadam
  15. Meriah kan, tengok kerenah anak-anak...:D

    BalasPadam
  16. bagus abang jadi pembela pada adik-adiknya...'aku kan abang...'

    BalasPadam
  17. Salam cemomoi,

    Anak-anak sekarang sebenarnya dah terlalu mewah. Tengoklah nasi pun dah tak pandang. Roti gardenia pun hulur sana-sini. Free pun tak mahu.

    Kitalah yg kena kenalkan mereka dgn kesusahan org lain utk mereka mensyukuri kemewahan yg diberi olehNya.

    BalasPadam
  18. Makan ruti cicah air kupi ..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum:

    akuanakpahang: koi kena cuba le nampoknya ter

    Werdah: hee kalu setiap orang guna setahun, mau tutup kilang ubat gigi dia

    Abd Razak: superhero...

    sahromnasrudin: uih... idop untuk makan ke, makan untuk idop ni

    NICK IRFAN: independent...

    munna berkata: lemak berkrim... hari-hari pekena yang tu, dorang jemu juga

    Jejaka Desa: amin!!!

    Miecyber: ayahnya dulu susahh

    Aanas: aiseh... jaga anak lelaki, kena le tegas sikit

    zulkbo: jaga badan ke?

    shaniza: huh... sesuai dengan tugasnya tu

    azieazah: kalu berjiran, nampaknya slalu kena pinjam roti... stok manjang tak cukup

    si para para: hero memang slalu dapat nama

    kiwi: ngeh3x tak sama ke masa kecik dulu?

    Mohamad: besanya ilmu yang sama kita turunkan pada anak-anak kita

    ckLah@xiiinam: huuu kekadang nak luruh jantung

    Sham: kena peringat sokmo, sapa lagi kalu adik-beradik tak tolong dorang

    Kakzakie: memang pon... dorang tak pnah rasa susah... tu yang payah

    relevan: roti balak dari melaka tu meang sedap pekena dengan air kopi

    BalasPadam
  20. huhu..
    samalah.

    sekali beli kengkadang tu dekat tiga ke empatbelas hengget ! Tak sampai 3 hari habis. bukan anak aje lah; ibu&abah pon join jugak..

    Kat rumah ni ada lagi bai-roti naik motor. Macam-macam roti ada..

    BalasPadam
  21. azrina: kitorang bukan takat anak-branak yang balun... ikan pon samaaaa

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap