Pages - Menu

Jumaat, 3 Disember 2010

hati gajah sama dilapah...

satu masa, aku bersembang dengan sorang tua lepas kami buat keja melapah lembu kurban. "saya biasanya stresskan anak saya, bila minum kongsi satu cawan. jadik masing-masing akan beratur dengan pesan jangan habihkan, bagi kat adik sikit..." heee keras dan zalimnya disiplin didikan saya pada anak-anak, kan? bukannya takde cawan kat rumah tu... tapi yang saya mahukan, mereka ingat setiap kali ada apa-apa, mereka tau adik-beradik mereka pon mesti merasa juga.. so kena kongsi la...

orang tua tu pon menyambut crita saya, "orang dulu-dulu, kalu makan mesti bersama. jangan nak makan asing-asing atau sorang depan tv, sorang kat anjung atau merata tempat. sebab falsafahnya, ikatan akan lebih kukuh, takde nak berebut dan semua akan merasa..."

pnah makan nasik ambeng?

nasik ambeng hasil seni orang jawa ni kabonya sedap. aku tak pnah makan kot. tapi cuma nak berkongsi crita tentang sejarahnya je, bukan resepinya.

masyakat melayu ni dulu idop susah. makan kenduri tu suatu rahmat kerana masa tu la nak dapat merasa makan lauk ayam atau daging. dalam hal nasik ambeng padanan lauknya ialah ayam yang dibelah 4 makan setalam untuk 4 orang. dolu-dolu bila sebut kenduri (doa selamat atau tahlil), biasanya hanya orang lelaki je yang hadir. seblom kluo rumah, akan dipesan pada si isteri supaya tayah masak.

nasik ambeng ni diletak atas daun pisang, kendian orang yang datang kenduri ni makan amik syarat je (macam amik bau je) sebab dah berhidang. setiap orang akan amik bahagian masing-masing dibungkus dan dibawa balik untuk kluarga yang tengah berkeriut tu.

suka ataupun tidak, hari dah berganti. nasik ambeng sudah dikomersialkan. konsep buah tangan tuan rumah dan perkongsian untuk kluarga semakin hilang... makan bersama bukan suatu falsafah yang begitu dihayati oleh sesebuah kluarga melayu. apatah lagi dengan kesibukan atau adanya layanan 'bibik'

psst: mak slalu pesan, "nak makan tu tengok orang blakang". "mak!!! takde orang la..." pakat tak merasa la kalu cakap cenggitu kat bebudak sekarang

33 ulasan:

  1. Salam Cemomoi

    Seronoknya berkelah.. pernah makan nasi ambeng tu tahun2 85.. ya lah tengok belakang apa ada... memang tak merasalah jawabnya...

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat cemomoi,

    Konsep cemomoi bagus. Kakak sokong. Biar anak-anak berkongsi dan saling mengingati.

    Cerita kakak dulu. Emak-bapak balik kenduri kahwin bawa telur cuma 2 biji. Telur tu akan dibahagi kepada empat (sorang dapat setengah). Tapi kekadang org lelaki tak dapat telur jadi cuma sebiji telur. Tetap telur sebiji tu dibagi 4.

    BalasPadam
  3. Kawan suka tengok gambar klasik te..

    BalasPadam
  4. kalo balik kampung memang makan sama2..lepas tu kena tunggu ayah cedok lauk dulu,,huuhuhu..rindunyeee..

    BalasPadam
  5. salam.

    ingat lagi kecik dulu ada
    gi kenduri yg makan nasi mcm tu
    best sgt tapi lani payah dah nk jumpa

    ada beli n.ambang bungkus di psr mlm

    BalasPadam
  6. as salam cemomoi..saya rindu nasi ambeng..kalau nak sedap pi makan area tanjong karang...lauknya mee, tempe, ayam goreng makan satu dulang ramai2..ala..sedapnya

    BalasPadam
  7. Salam rodong.. mmg betul muafakat membawa berkat hidup lebih indah kalau mikir ker org lain yak.

    BalasPadam
  8. first time sy mkn nasik ambeng kat kampung nenek teluk intan..jiran knduri wat nasik ambeng.....sedaaapp

    BalasPadam
  9. koi kagum ke kaedah dan pengajaran di sebalik didikan kongsi minum air secawan tu. mmg Islam galakkan buat apa2pun bjamaah. tahniah.

    p/s- kome dulu2 makan sekeluarga setalam. 4,5 tahun ni tak dpt buat dh sejak guna meja makan. susah nok nyuap. byk kelebihannya.

    BalasPadam
  10. Sungguh indah budaya kita. Sungguh unik cara orang2 dulu mengajar dan mewariskan sesuatu pelajaran.

    Tanpa perlu ditulis di kertas, hanya dari mulut ke mulut, disampai dgn cara yang lembut dan halus. Bahasa tidak kasar, malah berlapik dan penuh makna.

    Rugi jika kita tidak mengingati itu sedikit sebanyak...

    *My BONDA pernah sebut, “buat perangai elok-elok, nanti dok dengan orang, orang benci.”

    Maksud = bila dah kahwin, jaga tingkah laku, nanti suami marah.

    BalasPadam
  11. walau dah dkomersialkan, macy stil xpna makan. isk isk

    BalasPadam
  12. bebudak skrang tak berapa nak faham kalau kita ckp berbahasa sket,,masing2 ada jek jawapan yak..

    Seronoknya bila dapat berkumpul dengan anak2 bersma-sama gitu...

    BalasPadam
  13. salam..
    seronok nampak
    anak-anak tu..bertuah
    ada masa nak berkelah..

    BalasPadam
  14. mak mida selalu pesan caniy. . 'amek tue jgn lupe org belakang .maklumla .adik badik ramai kan. . .tapi mmg betul zaman skunk sush nak kumpul mkn ramai2 .sorg2 makan. . .

    BalasPadam
  15. sian plak dgr kena kongsi2? anak tuan cemomoi ni brapa?

    BalasPadam
  16. Salam,
    sokong cara tu...
    Dulu adik bongsu saya memang tak boleh kongsi apa-apapun dengan abang2 dia yang lain. Cara saya: beli benda yang lain-lain, jadi mereka kena share sebab nak rasa semuanya ;)

    Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

    BalasPadam
  17. kalau sedap tu yg payah nak pandang belakang tu.. hee..

    BalasPadam
  18. SALAM,
    ADA PERNAH MAKAN TAPI TAK SELALU. BOLEH TAHAN JUGA SEDAPNYA

    BalasPadam
  19. makan kat tengoh maklok tu yg beshnyer...

    BalasPadam
  20. bestnye2..
    kite suke picnic..hehehe..^_^

    BalasPadam
  21. Koi selalu mkn nasi ambeng ni wehhhh.. sedap...

    BalasPadam
  22. Salam Cemomoi,
    Bagus juga berkongsi begitu. Sebenarnya adik beradik bukan hanya berkongsi makan dan minum. Banyak perkongsian lain yang tidak dapat dinafikan. Berkongsi rahim ibu, berkongsi ayah dan ibu, berkongsi tilam, bantal dan lain-lain dalam kehidupan sehingga membesar dan ada keluarga masing-masing

    Jika berkelahi adik beradik elok cepat2 maafkan antara satu sama lain. Cincang air tak akan putus.

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum...

    Ada di kalangan orang jawa di tempat saya masih mengamalkan nasik ambeng ni masa kenduri doa selamat dan saya kerap juga menikmat makan makanan berramai-ramai dalam satu dulang..best pe!

    BalasPadam
  24. salam
    nice
    sekarang susah nak carik yang betul betul pandai buat nasik ambeng

    BalasPadam
  25. camne nak bawak berkelah...anak2 MC ler...



    Pernah cuba Nasi Ambeng sekali bulan puasa tahun ni. Jiran beri. Sedap.

    BalasPadam
  26. interesting cerita awak ni ..nak buat gone, zaman dah berubah.

    tapi resam makan nasi ambeng tu masih lagi dikekalkan. bulan lepas saya makan nasi ambeng di rumah besan saya kat Muor.

    saya tertarik tengok gambar hitam putih tu .. nak tanya, gambar awak yang mana satu ? tak yah jawab ..! hehe

    BalasPadam
  27. tgk pict tu teringat zaman kitorg kecik2 dulu..ummi suke suapkan mcm tu.. save tenaga takyah basauh banyak2 pinggan katenye.. pastu bila mkn bersuap mcm tu mesti ikut giliran, jgn sape2 cube nk lompat turn..hehe
    sgt indah utk dikenang:)

    BalasPadam
  28. salam tuan cemomoi,
    ada orang kata gak, kalau minum bekas2 mak pak ni nanti ikut kata.. tu yang kadang ada hasben suh wife minum belen air minum dia, suh bini dengo cakap..kehkeh..

    tiada dulu, tiada lah skarang kan.. mana-mana cara mendidik dulu2 yang bagus tu, boleh ajer diguna pakai skang.. takde salahnya..

    BalasPadam
  29. Salam Maal Hijrah...
    selalu terpandang nama cemomoi dalam blog rakan2 yg lain... sekali bukak..mmmm... best jugak cerita dia...
    Dulu kat kampung kalau makan nasi ambeng mesti dgn Ayam Masak Semur...baru "Kick Buttowski"...!! Ayam Masak Semur nie sebenarnya ayam masak kicap kuah sikit... bukan pekat tapi memang sikit kuah dia... tak tau la pulak mungkin sebab senang nak dibawak balik...kalau berkuah susah nak tapau...
    Kalau cemomoi nak makan nasi ambeng singgahlah kat Restoran Hang Li PO Lavender Heights Senawang... boleh ajak saya dan THJ Al-Lavendari sekali...hehee

    BalasPadam
  30. salam cemomoi- saya hanya pernah dgr istilah nasik ambeng tapi tak pernah merasa. Tringat masa kt USM, tika berbuka puasa 4 org setalam. terasa eratnya ukhwah.

    Benar, hari ni, budaya murni mcm ni sudah tak diamalkan. Masing2 bersifat individulistik, malah dlm satu family pun sudah ada bibit2 perpecahan dalam 'jemaah' mkn bersama ni. Anak bongsu mkn dpn tv tgk sin chan, anak sulung mkn kt luar dgn boyfriend, mak dan ayah mkn kat dapur, nenek yg dah tua mkn bertemankan kucing.

    BalasPadam
  31. assalamualaikum:

    kak werdah: sementara ada kelapangan, guna le kesempatan untuk bebudak ni lepaskan boring dok rumah kakzakie: hee la ni telo kenduri kawin dah tak brapa ada.. kenit-kenit dulu makan telo kuning je

    relevan: gambo sapa ntoh koi tolong publish je

    mimie: bagus tul ayoh, anok dah beso panjang pon dia tolong cedokkan...

    ati masrif: pasar malam pon jarang pegi, tunggu le koi merayau kat kampung jawa nanti

    sahrom: kat sana takan restoran pon makan dalam talam kot

    akuanakpahang: saling bekerjasama baru le masyarakat rasa harmoni.. kalu rasa nak jaga diri sendiri je, tu yang tak prasan bila la jiran pindah kat seblah rumah

    deena: orang jawa ramai le kat perak kot

    abg pie: dunia dah berubah, konsep pon terpaksa berubah ngikut kesesuaian

    kak azie: orang melayu ni berhemah tinggi, budi bahasa dijunjung malangnya kita dah tinggalkan cenggitu je

    macy: sama le kita

    cekwa: budak sekarang lurus je tak bule langsung nak berkias

    zulkbo: seblom abih cuti sekolah ni bagi can la

    mida: asal ingat kat adik-bradik pon dah buat mak ayah senyum sokmo

    nickirfan: tak ramai, baru 5 orang...

    anyss: bebudak la ni nak kena training sungguh-sungguh, cabarannya teruk tul...

    abg lanabulu: ye tul tu, takut terbantut selera tu

    luahfikiran: huu koi tak bule nak bayangkan sebab ramai juga ngaku kesedapannya

    cekgujang: makan memang best, makan free paling best

    fisha: nak join ke?

    echam: kat kuala kubu pon ande orang jawa ke?

    cekgu mohammad: tul tu, kena hayati pepatah melayu tu

    abd razak: bule bawak balik cam amalan oang dulu-dulu ke?

    brutal solo: hee orang jawa je yang tau ni... cukup le sesetengah orang jawa tak reti cakap jawa, takan yang ni pon dorang nak biarkan hilang

    azrina: bentang je tikar kat laman rumah

    abg lavendari: huu dapat makan free yea

    melatidaisy: disiplin cenggitu kekadang tak sedo kita akan kebaikannya

    aanas: kami main blasah je, laki bini pon kongsi cawan

    abu al-baihaqi: tima kasih singgah sini

    waa ada lagi aksesori tambahan nasi ni yang saya tak tau rupanya

    shameel: masalah perpecahan kita bukan dalam masyarakat je, dalam kluarga pon dah ada bibitnya

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap