Pages - Menu

Isnin, 18 Oktober 2010

aku tengah kalut jadik nak merepek jap

sementara menunggu waktu rehat abih... nak kontek orang, semuanya sibuk berehat jadik aku melalut le dulu

aduhai langit yang mengerti tentang usia
dingin pagi menggigit tulang
sum-sum terasa enak
diselimuti embun

aduhai langit yang mengerti lajak waktu
remang panas meruwap
recik peluh keringat meleleh
kunang mataku menangkap gelegak maya

aduhai langit yang mengerti alpa manusia
sesekali bertempik guruh
gerimis sedih hujan menangis
memangkah kilat memalit petir
menyentak tangkai jantung
kita sekadar berdiam
seketika

aduhai lagit yang mengerti kesal
merangkak payah dalam kedutan senja
menarik gebar malam dalam kecewa
tiada yang berasa
kerana kita masih leka
dinihari bertandang
kita sudah lena
masih ada yang bersuka-ria
aduhai langit yang kecewa

23 ulasan:

  1. sedap jugak acara merepek ni...terbaek!

    BalasPadam
  2. aduhai sajak kenapa kabur sangat .. tak terjangkau dek otak saya untuk mentafsirnya.

    BalasPadam
  3. Salam...

    Ermmm...kecewa kerana ada yang masih leka dan bersuka ria

    BalasPadam
  4. Salam sahabat aok bersyair ker bersajak hehehe.. sesekali kawan kenan juga buat keje ginie keknya sekarang ilham tak de :)

    BalasPadam
  5. salam ziarah...itu bahasa sastera tahap mana tue?? sukar untuk difahami huhuhuhu

    BalasPadam
  6. aduhai cemomoi..memang betoi2 melalut ni..heee..
    teman 'fail' sorry..ilmu sastera tak tinggi.

    BalasPadam
  7. ehehemmmm, bakat terpendam nii.. nice2 ;)

    BalasPadam
  8. huh! lwpn merepek menarik jgk? hehe

    BalasPadam
  9. salam..
    kira okey la tu bang
    sajak nya..sound sad..hu hu

    New Entry at www.zulkbo.com
    cara-upload-gambar-guna-hosting-selain-blogger

    BalasPadam
  10. mengarut smpi berpuitis bagai..

    BalasPadam
  11. salam,
    tu dia, udah kuar dah bakat yang terendam... punyalah puitis, orang2 berotak penyajak jer boleh tangkap makna ...

    BalasPadam
  12. perg..kalah osman awang..

    BalasPadam
  13. hebat cara repekan aok. koi suka gaya & diksi bahasa aok ter. itulah beza merepek org berilmu dgn merepek merapu meraban.

    BalasPadam
  14. Cantik gambar tu. Saya suka gambar awan.

    Wah Cemomoi, entri ini berjiwa. :)

    BalasPadam
  15. ini merepek ke??

    BalasPadam
  16. pehh..terpaksa meninggikan daya sastera yg ada..kehkeh..

    apapun, nice. sgt puitis..ni bkn melalut namanya, ni meluahkan bakat..

    BalasPadam
  17. Sabar sabar..gaji tak lama dah..!

    BalasPadam
  18. Salam tuan..

    Dalam keadaan kalut pun sempat berpuisi ye... kalau tak kalut agaknya macam mana pulak ye... ermmmmmm

    BalasPadam
  19. sajak yg agak sedih tp menarik nnt buat lagi encik cemomoi.... hehehe

    BalasPadam
  20. assalamualaikum:

    tima kasih la komen positif... negatif pon takpe, baru tau kekurangan diri...

    heh! takyah la sampai nak bukak tutorial sastera plak rasanya untuk memahami apa yang direpekkan ni yea dak? koi pon tak pasti nak masuk kategori menda ni kalu bule dikatakan pusi... cuma rasa-rasanya suara ati sekadar ingin membayangkan bahawa itu le crita dan rasa langit tentang masa, manusia dan kekecewaan

    BalasPadam
  21. Salam.

    Langit masih cerah.. usahlah kecewa..

    BalasPadam
  22. kak werdah: yea... jika dilihat pada masa barangkali kita ada sedikit masa lagi walaupun dah senja. malangnya dari segi usia sebenarnya kita sebenarnya dah semakin berkurangan tenaga untuk berbuat sesuatu yang memberi manfaat untuk diri dan orang lain... harapnya kita tak tersesat dihujung jalan...

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap