Pages - Menu

Selasa, 7 September 2010

betui ke raya khamis ni?

argh!! bila la aku nak balik kampung ni.... kabo-kabo angin raya jatuh pada hari khamis... sudah la, maunya tak sempat aku nak ligan nanti...

nampaknya, warga kota ramai yang dah amik cuti hari ni... pagi tadi dah lengang betul jalan, terutama kat jalan cheras. cuma sikit sibuk kat jalan tun razak. kerajaan dah umum duit raya RM500. kerajaan pakatan pon ada juga yang kasi. kerajaan negeri pon ada juga yang ngulur. dek sebab dorang tu memberi, aku jeles juga la (cemburu dan berlumba dalam berbuat baik takpe, kan?). jadik hari ni aku pon nak bagi duit raya pada semua rakan dan tetamu yang bertandang ke sini. nak bagi banyak tu takde la.

nampak macam $5 hengget tapi aku rasa nilai dia lebih beso daripada tu. cuma kalu beli juadah bbuka maunya merah mata tokey tu. cuba le try, test kat e-bay kot-kot bule jadik jutawan. k, yang dalam perjalanan, berhati-hati memandu semoga slamat sampai ke rumah dengan senyuman bukan dengan tangisan (cewah, cam dj la plak)

tima kasih sahromnasrudin (mesti on d way kat highway plus kot time aku post n3 nih)

17 ulasan:

  1. Nak duit raya!!hahah..jap,abg duk area mana ek?

    BalasPadam
  2. Salam...

    Fuhh...dapat duit raya kat sini..
    Saya takder balik kampong...tempat lahir saya kat sini so raya kat sinilah...baik2 driving tu..

    BalasPadam
  3. aok tu memolek jugalah weh. silap2 jem sejak tol gombak jwbnya. t kasih bagi duit ke koi, dapat juga beli murtabak gamoknyer. :)

    ************************************

    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

    3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

    4. Berhati-hati di jalanraya

    BalasPadam
  4. Salam sahabat ..kawan ade juga dengor berita yg tak resemi itu kabornya raya hari khamis ya dok kita ngikut aje..

    Salam lebaran juga drp kawan sekeluarga buat anda sekeluarga berhati-hati dijalan raya. Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  5. kompom raya jatuh pada 1 syawal !

    BalasPadam
  6. gua harap harap gitu rasa tak puas ramadan nih

    BalasPadam
  7. Lajunya Ramadhan meninggalkan kita.
    Cemomoi bila nak balik raya?

    BalasPadam
  8. eh! raya bkn hari jumaat ke? alamak dh x siap ape2 lagi ni....

    BalasPadam
  9. Salam Aidilfitri.. Terima kasih komen entri.. hehehe

    BalasPadam
  10. salam rodong, selamat hari raya maaf zahir n batin. zaman koi bergegas nak balik kampung dah berlalu 4 tahun lps. sekrg ni koi menetap kat kampung dah.. :)

    BalasPadam
  11. besar jumlah duit tu..

    mak orang pun boleh dapat ke?

    hehe..


    Salam Aidilfitri buat aok dan keluarga.

    BalasPadam
  12. selamt hari raye weh!
    dan berhati2 di jln rye!!

    BalasPadam
  13. SALAM,

    LF MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OELH ALLAH SWT

    BalasPadam
  14. puasa lelama la baru syok setan tak kaco...hehe

    BalasPadam
  15. Salam Bro
    salam aidil fitri
    mohon maaf atas segala salah silap
    terima aksih kerna rajin singgah ke taratak saya
    maaf ya kerana jarang dapat blogwalking sjk kebelakangan ini

    BalasPadam
  16. assalamualaikum:

    buat pengetahuan rerakan sekalian, duit tu hanya laku kira-kira 68 tahun yang lalu... tu la duit jepun, duit daun pisang... so simpan le eelok untuk tatapan anak-anak kita nanti hek (hak ori aku simpan la)

    iqbal: kat mana? kampung kat cemomoi, kat lembah klang rahsiaaaaa.. kang ramah datang raya time koi takde kat rumah...

    abd razak: alhamdulillah dok dekat dengan keluarga hari-hari buat pahala bila menatap wajah ibu.. tima kasih atas doa dan ingatan

    orked: salam aidil fitri... sempat lagi shopping ni orang tengah lelong

    abgpie: heee tima kasih atas ingatan dan doa ter, koi balik ikut negeri sembilan, alhamdulillah memanjang balik dengan tenang dan damai

    akuanakpahang: kot risau pasei kija sampai khamis, ketnya kalu khamis raya bertamboh la cuti preee

    abglavendari: koi nok tau 1 syawal tu khamis ke jemaat napa le deme ni taknok kabo awei... dengonya deme ni set time raya awal tahun lagi doh

    brutalsolo: yang baik slalunya umonya singkat... takpe ada posa 6 syawal yang melayakkan kita dapat stahun posa

    zezebel: pepatah arab kata, masa umpama pedang, kalu kita tak potong dia, dia dulu pancung kita

    koi balik cemomoi le...

    nick irfan: takpe, jangan lupa semayang jemaat skali

    ashrafi: komen mengomen amalan mulia ahaks...

    kak intan rh: koi ander lebih 10 tahun lagi nok pencen pilihan

    azrina: amik, amik, print bebanyok buat duit raya untuk bebudok.. mehei ter

    sama kita bermaafan di syawal yang gumbira

    pakcik kordi: oak dah raya ke... jangan skodeng anok bulan ter, maroh moknya

    luahfikiran: sesama kita bermaafan dan moga doa tu dimakbulkan Allah

    nerzhul: tak bule, nabi kabo kalu kuat beribadah pon posa mesti ada waktu yang berselang... setan takde pon ramai hak take over keja setannnn

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap