Pages - Menu

Khamis, 22 Julai 2010

HARAP pisang ni BERBUAH lagi

aik! dah nak abih seminggu? esok dah nak semayang jemaat, tak lama lagi remdan nak menjelang plak...

alkisah...

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam.

Baginda memerintahkan semua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali sultan sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh.

Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al-Wali.

sultan mana ni? (gambar ehsan pak google)

Bagindalah, Sultan Muhammad Al-Fatih sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam Hadisnya itu.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya ialah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera… ” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

pssst: huk ala, kalu aku dah lama duduk daaah!!!

15 ulasan:

  1. salam..entri cemomoi punyer makna yg tersirat ;-)

    BalasPadam
  2. n3 nih memang terbaek..ustaz aku pernah cite mende nih jugak...beliau memang rare!!!

    BalasPadam
  3. Salam...

    Kalau saya pun dah lama duduk tu..

    BalasPadam
  4. cemomoi...
    ...
    ..
    .
    teman kena lagi..
    selalu sangat dah terkna nih..
    ishh3...

    BalasPadam
  5. hihi.. ambe orang pompuan, sah2 ler soklan pertama jer udah kantoi... kwang kwang ..

    tuan, pisang mana ada buah 2 kali..lopeh buah kena tobang, bagi chan anak eh pulak berbuah...

    BalasPadam
  6. salam en cemomoi..
    pssst...sy pun same.awal2 lagi.
    semoga semangatnya meresap dlm diri kita dan menjadi pengajaran/pelajaran kpd kita semua

    BalasPadam
  7. subhanallah!
    koi bukannya stakat awal2 dah duduk, koi terduduk terlentang terus...

    BalasPadam
  8. salam..
    jauh amat kedudukan koi
    nak jadi imam cenggitu..
    imamkan ahli keluarga
    je lah..alhamdulillah

    BalasPadam
  9. Ya Allah...malunya...malu sgt2...saya ni berapi-rapi kdg2..tapi habuk pun takde kdg2...Ya Allah...malu..Tq bang atas entry ni!
    Post baru:Jadi Bos.Mau?

    BalasPadam
  10. wah! klu sy pun duduk jgk... hehehhe

    BalasPadam
  11. makan dalam la kalu terasa gitu..
    hehehehe..

    BalasPadam
  12. Salam Cemomoi

    Elok sangat kita bermuhasabah diri.. bandingkan kita dalam kesenangan.. petik dinding menyala, pulas kepala paip, air keluar.. zaman mereka tak ada kesengan begitu.. dingin malam dan pagi mencucuk tulang.. memang malu!!!

    BalasPadam
  13. dugaan betul kalau nak konsisten sume tu..

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap