Pages - Menu

Selasa, 6 Julai 2010

dah londeh, londeh lagi

hubaya! hubaya! melayuku

cerita tentang masalah orang melayu memang tak penah abis... bercakap banyak tak mendatangkan kesan, langsung tak bercakap memburukkan keadaan.

ramai:

sang pemimpin dengan lagak masing-masing tak abih bertelagah. sang bapa gundah dengan masalah rumah tangga dan kekadang sampai cencaru makan anak. sang isteri berkelewak sampai istana menjadi neraka. sang anak lelaki terkapar menjadi manusia sia-sia bahana dadah. sang gadis menjadi lubuk anak haram... kita juara dalam segala lapangan yang memalit hitam nama moyang yang sejahtera... bahkan kitalah yang merosakkan nama agama yang mulia

sang aku hanya mengeluh syahdu

kita biasa dicela dengan gelar bangsa pemalas. bukan hari ini, sejak dulu lagi... zaman penjajah lagi. sila baca komen surat ini. surat lama sekadar mengingatkan kembali supaya kita sokmo sedar.

jangan dimaki penulisnya, takde gunanya pon... tapi nilailah diri kita sendiri. jangan lihat pada negatif, tapi carilah yang positif. membenarkan kata-katanya bererti membenarkan penghinaan tersebut. menafikan cemuhan itu bererti menipu diri kita

berdoa agar aku tak hanya pandai mengomel, jaga le kain sendiri ...

tapi ada waktunya kena jaga tepi kain orang - takut terlondeh - tempias malu tetap kena pada kita yang dok di sebelah dia. dek kerana orang akan mencaci disebabkan kita sanggup membiarkan saja keadaan begitu!

15 ulasan:

  1. salam..
    koi ingat apa yang
    terlondeh tadi..he he
    thanks berkongsi info

    BalasPadam
  2. seperti krete proton, dh krete itu yg byk atas jalanraya maka krete itulah yg byk eksiden hehehehe

    BalasPadam
  3. err, gambo ado hok tere sikek ko? tok jelah nok baco ;]

    BalasPadam
  4. memula dpt emel ni dulu rase marah gek...tp lps fk2 n bermuhasabah diri,ade betulnye kata penulis surat tu...org kita perlu berubah...

    BalasPadam
  5. setuju.. cuma kadang tu orang tak suka kain senget depa kita dok tegoq..
    la ni chek pun tengah dalam situasi nak tegoq ka tak nak tegoq..? masih lagi berkira2, sambil dok belek kain sendirik..

    BalasPadam
  6. Ttp bersimpati dgn nasib kita org Melayu.. nak cakap salah tak bercakap lagi salah.Entohlah tak reti nok mengomen :(

    BalasPadam
  7. salam sahabat.

    Bagi saya apa yg ditulis itu agak keterlaluan. saya masih boleh berlapag dada andainya hanya melayu yg dihina sebab dalam byk kes mmg melay uamat layak utk dikutuk. Ini termasuklah kes melahirkan anak haram teramai, melayulah juaranya. kes dadah melayu juga juaranya. kejayaan melayu dlm perniagaan krn DEB pun kerana suaoan demi suapan dari kerajaan. Tak perlu melenting sbb itu mmg betul.

    Tapi, si bangsat tu telah menghina islam dgn menyamakan Nabi Muhammad s.a.w dgn babi( diguna istilah Nabi Khinzir). saya rasa khinzir tu merujuk kpd babi dan bukannya Nabi khidir.

    Sepatutnya si bangsat tu dikenakan tindakan di atas keceluparannya mnghuna agama.

    BalasPadam
  8. salam ziarah... no komen..

    BalasPadam
  9. hal org melayu ni umpama kita duk bahas psl bid'ah. xkan pernah ada kesudahannya. letih.

    BalasPadam
  10. tu masing-masing punya kesedaran..fungsi ayah sebagai pembimbing keluarga,emak sebagai pengharmoni,anak-anak sebagai penyeri macam dah hilang..masing-masing buat hal sendiri..ayah ke mana,emak ke mana,anak-anak ke mana..tapi tak boleh salahkan dorang jugak..dunia sekarang dah berubah..bekerja tu bukan lagi sebab nak cari nafkah untuk keluarga tapi lebih kepada untuk mewah dan kepuasan diri..sebab tu la jadi macam sekarang..anak-anak terabai..tak merasa kasih sayang keluarga..bila sampai time dorang berkeluarga dorang takde orang yang boleh dijadikan contoh untuk jaga keluarga diorang pulak..

    BalasPadam
  11. salam en cemomoi.
    begitulah rintihan kaum minoriti dimana-mana.yang merasa diri ditindas dalam setiap sudut.pada sy di malaysia,kaum bkn bumiputera lebih baik hidupnya.dpt menjalankan budaya dan adat resam tanpa gangguan,cuma sesekali tegang akibat adu domba oleh sesetengah pihak.apa yg diutarakan surat itu ada kebenaran cuma beliau perlu lihat pd konteks yg lebih luas.pd sy ia hanya iri hati ttg kepimpinan melayu.asas pembinaan bangsa/negara malaysia berpaksi samada melayu @ Islam.itu yg perlu diakuri oleh sesiapa shj.jika beliau marah pd kepimpinan sekarang.sy tidak setuju.kerana kepimpinan sekarang lah yg menyebabkan umat elayu/Islam terpinggir di negeri sendiri.mereka hanya gah pd kata2 ketuanan melayu DEB dan bermcm2 istilah.ttp pengisiannya/tindakan amat mengecewakan.kaum bkn melayu sedikitpun tidak terkesan dgn laungan itu.mereka bkn menindas kaum lain ttp kaum sendiri.hanya mengayakan kroni sendiri.sebab itulah terasnya mesti Islam.keadilan Islam merentasi sempadan kaum.ttp kaum lain hendaklah akur dan menyuarakan pendapat dgn beradab.jgn sampai menghina agama@anutan org lain.kalau nak salahkan, salahkan individu itu.bkn agama@bangsa yg dipegang.
    -ke arah malaysia yg lebih baik (for the better future of malaysia)

    BalasPadam
  12. hi..cgg singgah sini..
    tq lawat cgg


    banyak info dari blog ni

    BalasPadam
  13. assalamualikum:

    zulkbo: tu la banyak ngat baca n3 18x, yang ni takde 18x hujung dia

    sahrom: ye le gamaknya, tapi yang eksiden pon melayu jugak yerk

    ampuan awang: bole diperbesarkan nanti nampak le... tak tahan bila dia hina agama kita tuu

    cik shinju: setuju cuma bila bab hina agama tu nak marah tu walaupun dia kata betul bila kita semayang tapi perangai tak elok juga

    annas: awatnya ada kain sapa nak terlondeh pulak dahhh

    mazru: koi ok aje...

    akuanakpahang: hok ni bukan takat hina bangsa, hina agama nih

    shameel: setuju sesangat sebab dia menimbulkan provokasi dan sentimen agama

    cik lam: no komen terkedu ke layu?

    deena farhana: sebab tu stat dengan 'bercakap banyak tak mendatangkan kesan, langsung tak bercakap memburukkan keadaan'

    iman: tul tu... kemewahan menjadi punca kita terabai banyak perkara.. dikejar tak dapat, dikendong berciciran

    pacifist: betul belaka, tat kala tiada kuasa, kita kata dengan kuasa kita bole dapat segalanya... realitinya kita tak ada apa-apa kerana kuasa bole dibeli dengan duit, yang menjadi mangsa bangsa kita ialah bangsa kita juga

    miez hanim: sama-sama. kongsi le mana yang patut

    nick irfan: semoga info ni memberikan kebaikan untuk semua

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap