Pages - Menu

Jumaat, 19 Mac 2010

KERJA untuk dunia, AMAL untuk akhirat

bule ke tajuk cenggitu?

'kerja' dan 'amal' dua perkataan berbeza tapi maksudnya sama. cuma dalam konteks lain, perkataan amal dilihat lebih menjurus kepada agama. arghh! tak kesah la apa pon tanggapan. cerita sebenar hanyalah:

ESOK, cuti bagi warga kerja kerajaan. mungkin tidak bagi sebahagian warga kerja swasta mahupun orang kampung : penoreh getah, pemetik kelapa sawit, pesawah, penternak lembu dan kambing atau yang seangkatannya dengannya, mahupun yang meliputi kawasan yang sewaktu dengannya.

cuti ialah hari berehat daripada bekerja. bukannya tak bekerja. adapun bagi orang yang tiada kerja@penganggur, mereka bukan bercuti, sebab tiada majikan yang nak approvekan cuti sepanjang hayat mereka. begitu juga dengan WARGA PENCEN. apa yang terlebih penting, waktu berehat banyak menda bole buat:

waktu senggang begini mesti syok layan

atau temankan

atau sekadar imbau kenangan
hemm... untuk orang pencen?

rasanya satu PERINGATAN bahawa usia dah menginjak senja waimma MATI tak kenal tua muda

i'mal li dunyaka ka annaka ta'isyu abadan wa'mal li akhiratuka ka annaka tamutu ghadan

bekerjalah untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari (maksud hadis)

8 ulasan:

  1. bekerjalah untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari..
    Dalam betol maksud hadis ni kang.

    BalasPadam
  2. betul blake dah jadi xperlu komen ape2 kcuali renung2kn apa yg patut dari n3 tuan rumoh!

    BalasPadam
  3. bekerja dengan ihlas ... baru diberkati

    BalasPadam
  4. baguslah aok .. mengingatkan sesama kita.

    BalasPadam
  5. lawo gambo pakcik tu tgh tidur kat boyan tu.....letih sgt gayenye...

    BalasPadam
  6. Amiable brief and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.

    BalasPadam
  7. waktu muda tu gunalah sebaiknya...


    sekarang rasa begitu singkat
    hari hari berlalu rasa sekejap
    umur pun makin meningkat


    esok lusa sape tahu...mungkin tiba saat kita.hari ini gunalah sebaiknya..

    BalasPadam
  8. dak kecikkk: emm lama tak nampak

    apa pon meh hayati maksud hadis untuk untuk kebaikan kita jugak

    piewahid: takpe, kongsi makluat untuk kebaikan ummat

    cegulinn: setuju sesangat...

    endiem: agama itu nasihat. ingat mengingat akan beroleh manfaat

    cekgu jan: betui tu... baru abih nolong memasak untuk kenduri kawin orang kat jengka

    tanpa nama: semoga ilmu yang sedikt ni emberi manfaat yang banyak untuk semua

    si para para:
    nak kiamat, masa terlalu cepat berlalu... jangan sedo-sedo tengok matahari dah terbit ikut barat udah le, tak sempat tobat

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap