Pages - Menu

Khamis, 17 Disember 2009

nak buat azam baru ke...


salam hijrah
hijrah datang lagi
belum pasti aku berhijrah
sama seperti tahun-tahun berlalu
hanya lidah berkata begitu..
azam tersemat penuh membara
hujung tahun tertanya-tanya benarkah telah berhijrah bagai dikata...
akhirnya hanya menjadi pendusta
kepada diri sendiri
hijrah tetap suci
biarpun banyak yang mencemari
pada hari yang diberi cuti
hijrah tetap datang dan pergi
betapapun banyak yang berjanji

ahlan wa sahlan wa kullu ammul hijriyyah antum bikhair

7 ulasan:

  1. Selamat tahun baru hijrah..
    Mmg semangat dan azam baru(dicuci agar nampak baru) agar dapat segera ketimur tengah ASAP..
    disamping meminimumkan galasan hutang..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, Berazam dulu,lepas itu berusaha untuk melaksanakannya, insyaAllah berjaya...

    BalasPadam
  3. Salam Cemomoi. Babah nak tanya? Jika kita dah buat azam Maal Hijrah, bila sampai awal tahun masihi nanti kena buat azam lain tak? Atau bawa je azam yang sama? Atau tahun hijrah,azam berkaitan agama dan tahun masihi azam berkaitan kehidupan lain. Macamana?

    BalasPadam
  4. teman blog:

    lanabulu:- moga tercapai hasrat ke rumah ibadah pertama didirikan tu insyaallah
    tang hutang tu kengkadang dah jadi trend hidup, rasa gatal tangan kalu tak meminjam gamaknya

    lipislady:- betui tu, niat yg baik dah dapat pahala, tinggal nak usaha dan tawakkal la pulak

    mybabah:- soalan panas tu... ada konsep sekular gak ye antara masihi dan hijri... apapun sebagai muslim percaya le setiap niat dan amal yang baik pasti ganjaran ada di sisi Ilahi

    cekgu jang:- hidup bermatlamat le tu... setiap tahun ada kpi

    BalasPadam
  5. salam tuan hamba..

    Tak lama lagi hamba akan berhijrah ke rumah baru...hehe. Hijrah jugakan...

    p/s: tak tahu le pulak ada tak gamat kat sini ye.. klu ada pun hamba bukannya tahu... sebab hamba tak pernah tengok gamat yg real..hehe

    BalasPadam
  6. nida :- tengok-tengok la kat rumah baru tu kot ada gamat ikut hijrah sekali

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap