Pages - Menu

Selasa, 22 Disember 2009

diorang tau ke?


dah dekat sebulan aku kena posting kat pejabat orang. untuk tahun ni, ini kali kedua aku bertukar lokasi kerja... nak buat camana, 'Saya Yang Menurut Perintah'. baru nak susun barang-barang opis kat rak dan meja dah kena simpan semula dalam kotak.

baru je beberapa bulan pindah dari Kelantan dah diarah pulak pindah ke sebuah Jabatan lain. hemm penat punggah barang rumah masih dok terasa kat sendi-sendi ni. sib baik la tak jauh sangat. namun kali ni, ia asing sama sekali daripada tempat kerja aku. kalau sebelum ni takat ditukarkan ke cawangan, kali ni sama sekali berubah disebabkan bertugas di Jabatan lain. cuma duduk letaknya jabatan ini di bawah kementerian yang sama. suasana baru, bos baru dan rakan sekerja pon baru... dah tentu le bidang tugas pon baru. tapi seakan ada persamaan naluri, aku bertugas membantu memelihara dan melestarikan seni dan warisan bangsa dan negara...


'terokai seni' baru le nampaknya

8 ulasan:

  1. Salam Cemomoi. Lama menunggu entri saudara. Semoga sihat sejahtera. Mohon susuri jawapan terhadap komen saudara di blog babah. Wassalam.

    BalasPadam
  2. selamat berpindah ke jabatan baru..maal hijrah lah tu gamaknya..kan

    BalasPadam
  3. Salam tuan ..

    Selamat mengemas ye.. kalau nak mintak tolong kemas bagitahu..hehe.

    Kalau sakit2 sendi, makanlah pil chi kit teck aun... tak pun minta yg tersayang picitkan

    BalasPadam
  4. kot suasana baru, tempat keje dan rodong baru .....semangat kejepun baru jugak....hehehhe

    BalasPadam
  5. salam teman blog:
    mybabah:- la ni kalu dapat entri seminggu skali pon rasanya ok kot... disibukkan dengan hal-hal dunia mengatasi kelapangan yang ada

    en. lanabulu:- dok sibuk berhijrah ni le menyebabkan tak sempat buat azam baru

    cik nida:- hek eley rumah baru dah kemas ke belum, kalu saya amik masa 3 bulan baru siap semuanya

    cekgu jang:- harapnya getuloh semangat aje membare tapi kalo tak ander senjate tok jadik weh

    BalasPadam
  6. Salam..
    Selamat memulakan tugas baru..

    p/s letih pindah2 ni..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,sapa aki dalam gambo yang las sekali tuh?

    BalasPadam
  8. shaniza:- tima kasih atas kata-kata semangat tu

    lipislady:- oak tok kenei aki ni pasei bukan oghang lepih... toktuo ni oghe kelate hok ghoyak crito tok janggut

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap