hemmm... bagi hedonisme mereka akan menyambutnya secara besar-besar hingga bersepahan sampah sarap bahkan botol arak... bagi yang menentang, mereka mengatakan tahun baru sebagai merayakan hari
kelahiran Jesus so apa pekdahnya orang Islam merayakannya. hek eley, kita baru sahaja menyambut Ma'al Hijrah. juga bererti sambutan tahun baru tapi khusus untuk umat Islam bagi memperingati
peristiwa Hijrah Rasulullah ke kota Madinah. kontradiksi pada kedua-dua perayaan yang mempunyai persamaan untuk menyambut tahun baru ini adalah antara
kelalaian dan kesyukuran. namun bagi setiap orang yang menyambutnya akan melafazkan
azam baru

(terjemahan syair imam syafie ni dipetik daripada buku ibni qayyim al-jauziah)
paling menarik bila baru-baru ini ada seorang penceramah memberitahu audiens supaya kita jangan menyambut Ma'al Hijrah. sebabnya apabila disebut sahaja
sambutan sudah tentulah ada
majlis makan-makan dan kemudiannya akan habis begitu sahaja. yang perlu kita buat ialah majlis mengambil ikhtibar daripada peristiwa Ma'al Hijrah atau mungkin dengan lebih mudah kita sebut sebagai
Penghayatan Ma'al Hijrah
fikir-fikirlah mana yang patut.