Pages - Menu

Khamis, 7 Jun 2018

memang MELAYU dah LUPO

"Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak"
- Demang Lebar Daun

"Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun"
- Sang Sapurba

hubaya! hubaya!
ada gerah
aristokrat
birokrat
maunya geruh
marhaen
murba
maunya luluh
bak rintihan tok tua melayu
gajah berjuang sama gajah
pelanduk mati di tengah-tengah
takutnya
ada belati
menjerut
merobek
alur tengkuk

1 ulasan:

  1. selepas pru14 banyak orang mula bersifat kurang ajar dengan institusi diraja hingga peringkat menghina YDP Agong termasuk orang melayu sendiri

    penggunaan istilah belati merujuk kepada 2 makna
    1. pisau - dalam kamus senjata asing (khususnya eropah). dalam hal ini ia membawa maksud bangsa asing
    2. tali

    kedua-dua alat itu boleh menjadi senjata yang membunuh.

    alur tengkuk pula merujuk kepada arah tikaman atau jerutan yang datang dari belakang yang membawa maksud ketika orang melayu sibuk bercakaran ada orang lain ambil kesempatan menikam dari belakang

    #pengarangtolongtafsirkan

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap