Pages - Menu

Selasa, 18 Oktober 2011

lama bertapa gemuk idea

arakian diceriterakan orang, sorang lelaki bawa isterinya yang mandul berjumpa doktor. doktor dengan seriusnya memeriksa nadi wanita tersebut dan sambil mengeleng kepala dia pon bagitau pada si suami, "huh! takde gunanya ko bagi dia makan ubat-banyak-banyak!"

kaget si suami mendengonya sambil sekilas menjeling isterinya yang turut terkesima, "napa plak doktor?"

"menurut telekan perubatan, isteri kamu ni tak bule idop lama, abih-abih pon patploh ari je lagik!"

mendengar kata-kata doktor tu, wanita tu dah pon bagai hilang rohnya. syahdan bermuram durjalah ia. maka difaraidkan hartanya, diwasiat, diagih dan didermakanlah sebahagiannya. diperlakukan selayaknya bagi orang yang tau bila malaikat maut nak datang jumpanya nanti. beramallah ia sepenuh ati hinggakan mood nak makan dan minum pon ikut melayang.

arakian cukup patploh hari dilihat si suami, isterinya idop lagi maka musykil le dia. dibawanya ke pengetahuan doktor tadi untuk mengadul hal. doktor dengan muka toyanya berbisik pelan-pelan, "heee aku dah agak hal itu akan terjadi. maka sekarang ko bule balik dan gaulilah dia..."

"pulak? apa crita sbeno ni doktor?" frust je suami tu (tak tau le sama ada dia menyimpan niat nak kawin baru ke tak - teks tambahan penyunting)

"heh! gini... masa ko bawak dulu, aku nengok bini kamu tu gemuk sangat. jadik aku nakut-nakutkan dia dengan hal kematian. disebabkan trauma dengan kematian maka kurus le dia dek tak makan. sekarang, pintu rahimnya dah terbuka dan barangkali bule le dia beranak lepas ni"

pssst: heee lama bersuluk dari blog ni bawak pulak crita sensitif gini yerk! jangan maraah yea sebab ni peringatan yang diambil daripada imam al-ghazali dari kitab ihya ulumuddinnya yang menganjurkan kita supaya elakkan diperbodohkan dan belajar pulak ilmu yang tak bermanfaat.

30 ulasan:

  1. assalamualaikum...

    tue org tua ckp malu bertanya, sesat jalan hehehee

    BalasPadam
  2. Kalau memabca kisah imam al-ghazali memang kita khayal sebab banyak ilmu yg berkias diberikan. Radia IKIM pun selalu mengambil petikan sesuatu utk renungan dari imam al-ghazali punya.

    Benar org gemuk sukar sikit utk mendapat zuriat sebab banyak lemak. Eh... kakak tak gamuk pun. hmm... ujian lain segi.

    BalasPadam
  3. hahaha...pandai doctor tu bagi ubat mendalam...

    BalasPadam
  4. terer...pakai psiko jer...hehee

    BalasPadam
  5. mana tahu, cukup tempoh meninggal betoi...x ke haru jadinyer..

    BalasPadam
  6. kadang tu tak sedar pun diperbodohkan, dan tak sedor ilmu yang dituntut tak bermanfaat... kalo percaya dengan sistem MLM, agak2 diperbodohkan tak? hikhik.. baru dengar member dok sembang pasal ni..

    BalasPadam
  7. caittt... kalau ngan aku..aku belasoh doktor tu.. sian mini maaa..hihihi

    BalasPadam
  8. Jangn palor ngat blog lelama abis berlumut :)

    BalasPadam
  9. Hehehe...pendek kata, jangan terlalu lurus bendul sangat...klau tak ni la jadiknye...

    BalasPadam
  10. salam..
    selamat kembali saudara..
    ermm..baguih doktor tu..

    pernah cakap dengan rakan
    cina dulu, saya bagi perbandingan
    bab puasa..antara Allah dan doktor
    kalau kita islam berpuasa kerana
    takutkan Allah..orang cina berpuasa
    takutkan doktor sebab besok nak bedah..nanti darah tak boleh stop

    BalasPadam
  11. huh mau bini tak kecut perut, ketar lutut.....

    BalasPadam
  12. "hehe..baguslah doktor tu yer..pakai psikologi..tp kalau org yg macam saya ni jgn lak nak ckp camtu sbb lagi risau lagi tertekan lagi makan...haghu.."

    BalasPadam
  13. tertekan pula baca entry ni..lepas ni tak nak mkn la..hehhee nak mogok lapar..

    BalasPadam
  14. hidup mestilah berilmu..:)

    BalasPadam
  15. Ada gak member kat opis ni kata kalau badan gemuk susah nak preggy, tapi tak taulah betul ke idak kan sebab semua tu Allah yang tentukan :)

    BalasPadam
  16. salam,

    lama bercuti ...

    dr tu kat mana...nak jumpa gak
    sbb nak kurus ...heee :)

    BalasPadam
  17. Salam..
    heheeh, amcam tu pun boleh ke?
    Nasib baik saya tak gemuk sangat..hehehe

    BalasPadam
  18. elok gak peringatkan tentang kematian nih..barulah ingat nk beramal sepenuh hati..

    BalasPadam
  19. cite btol ka ni? atoi la atoi

    BalasPadam
  20. ubat yg amat mujarab. selain merawat fizikal yg gemuk ia juga merawat rohani yg sakit.

    Lama betul cemomoi beruzlah dari dunia blog.

    BalasPadam
  21. maka hampalah sang suami kerna istrinya x jugak mati2 ye. hahahah

    BalasPadam
  22. sakit perut dtg kat sni...lpar nak makn,,.slmt pagi tuan blog^^

    BalasPadam
  23. apa cerita pun takpe..janji boleh difikirkan bersama...

    BalasPadam
  24. hahahah ! kesiann isteri die

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. assalamualaikum:

    sahromnasrudin: kembalike pangkal jalan

    Kakzakie: membaca kitabnya yang berjilid-jilid tu jenuh nak ngabih

    munna: sian juga kat suaminya...

    Ungu Violet: ada yang menang ada yang kalah...

    Jang: ada ruang dan peluang untuk suaminya...

    Anaa: kalo ada untung kira tak le diperbodohkan sangat cuma orang lain untung beso laa

    a.samad jaafar: suami yang baekkk

    akuanakpahang: huii koi pon kena jumpa doktor juga

    ckLah: doktor sekarang banyak yang keja senang

    Yastro: takde ilmu, idop kelabu

    zulkbo: dakwah yang santai...

    S..U..D..@..I..S berkat: suami pasang harapan ke?

    Pia: tu le, setengah orang lagik kuat dia makan bila tensen

    Woofer Storm: sian tokey kedai, rindu tak nampak muka..

    ZORA: supaya idop tak kena tipu

    Myra Jay: ada la pencentage tu... tapi Allah punya kuasa ...

    Ati Masrif: brehat...

    rasanya kompom doktor tu dah tak idop lagi

    Zezebel Lair: kene menten

    Miecyber: untuk senaman mulut

    anitaare: bio ada kejutan jangan kena kejutan

    maCy: tak tau le mana imam al-ghazali dapat crita ni

    shameel: tu le muhasabah diri yang bengkok tapi ada ati nak luruskan orang.. trasa malu bila baca n3 lama

    cik sakdi: umo panjangggg

    Woofer Storm: jamu minda bole le

    Pu Huiren: dah bercucu-cicit la kot...

    suri solehah: kot ada tauladan intuk dibuat sempadan

    teha: peringatan untuk para isteri

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap