Pages - Menu

Jumaat, 18 Februari 2011

tiada jalan pulang

diceritakan sorang kawan:

member dia ni kira sorang suami yang baik le. dunia dia ialah rumah dan opis. tapi dek kecewa sangat dengan perbuatan isterinya, dia amik jalan pintas; bunuh diri. hari-hari dok bertungkus-lumus bekerja tetiba tau isterinya main kain kayu tiga... takleh nak gambar perasaan kecewanya. dia telan bahan kimia yang ada dimakmal kat tempat dia kerja. pada hari kematiannya, ramai yang kata jenazahnya berat sangat. sampaikan orang yang bawak van tu pun kata cenggitu. bila nak tanam, berlaku lagi masalah. tak muat kubur walopon dah dicuba lebarkan beberapa kali. sudahnya, tok imam kata, "kita letak kat hujung kubur. jauhkan daripada orang lain." selesai masalah.

masalah lain pulak timbul. ada orang slalu dengar dan nampak arwah di tempat kerja dia. orang mula cuak. satu ketika, ada budak baru bertukar kat situ. bila dia bekeja kat situ, pernah le bersembang dengan kawan tu. nak jadik crita, satu hari dia tanya la kat staf lain. meremang bulu roma dia (sama macam aku ketika mula dicritakan) bila tau kawan barunya tu dah meninggal dunia. dia pon tak brani datang keja. akhirnya, opis amik keputusan buat bacaan yassin beberapa hari sampai le hilang gangguan tu... tapi pobia jugak le nak keja sensorang...

bagi si isterinya pulak, asal nak masuk bilik air, bukak je pintu nampak suami tengah bertenggek atas jamban. g ke dapur tengok suami tengah minum. kat mana aja dalam rumah tu dia tengok suaminya ada... dia pon tak bole duduk lagi kat rumah tu. takut! pindah le. dengan lelaki yang ada hubungan tu pon akhirnya tak jadik nak kawin...

ya Allah, na'uzubillahi min zaalik...



Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw., bersabda : “Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya.” (Shahih Muslim)


* dah makin ramai orang islam jadikan trend ni untuk setel masalah,

32 ulasan:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Kecewa di dunia dan kecewa di akhirat..moga Allah mengampunkan dosanya

    BalasPadam
  2. Moralnya jangan buat kerja bunuh diri ini roh hura-hara tak tau kemana nak tuju kata dek org. Kaco juga kalau jadi macam citer kat atas tu.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum cemomoi..trime kasih ya..akan diambil iktibar dari penceritaan ini

    BalasPadam
  4. Misteri nusantara...terjun sungguh2 tu..

    BalasPadam
  5. Nauzubillah...
    Mohon dijauhkan kita semua dari perbuatan bunuh diri nih...

    Dulu maid pakcik koi pun bunuh diri..Dia gantung diri kat pokok mempelam blkg umah..sebabnye suami dia kat Indon main kayu 3...Perasaan kecewa tu boleh buat org hilang pertimbangan kan...Mcm dah xde jalan lain...

    BalasPadam
  6. skrg ni makin ramai yg berlumba-lumba nak bunuh diri....

    semoga dijauhkanlah dari keluarga kita semua...

    BalasPadam
  7. banyak betul kes bunuh diri sekarang . . .

    BalasPadam
  8. salam..moga jadi pengajaran untuk org lain..isteri curang satu hal..bunuh diri lg satu hall..dua2 pun dosa besar..

    BalasPadam
  9. Setiap yg bernyawa memang akan pergi tapi tak boleh ikut suka hati nak mencabut nyawa. Izrael pun ikut perintah Allah kalau nak cabut nyawa seseorg...

    BalasPadam
  10. as salam cemomoi,

    semoga cerita ni menjadi ikhtibar
    kepada semua orang..

    lately ni ..ramai sgt org islam
    bunuh diri...minta dijauhkan dari
    kita semua...ameen!

    BalasPadam
  11. bomohpun takleh nak tolong halau hantu bunuh diri nih....payoh gamoknyer sebab roh tak diterima bumi....

    BalasPadam
  12. Trima kasih cemomoi atas perkongsian yg menginsafkan. jalan pulang luas terbentang selagi hayat dikandung badan. selagi ada siang dan malam. selagi ada matahari dan bulan.

    Bunuh diir besar dosanya. mengapa harus menoktahkan hidup dgn begitu hina. moga Allah menjauhkan kita semua dari semua itu.

    BalasPadam
  13. aduh sadisnya cerita...napela pendek akal sangat...?

    BalasPadam
  14. subhanallah.. mintak2 la dijauhkan dari menimpa diri dan sahabat2 kita

    BalasPadam
  15. Pendek akal sampai bunuh diri..hanya org yg kurang iman je sanggup buat mcm tu....

    BalasPadam
  16. bunuh diri bukan penyelesai masalah. semoga kita sentiasa dilindungi-Nya.

    BalasPadam
  17. takut mendengarnya.

    akhir-akhir ni ramai betul orang kita yang kononnya islam mati dengan cara begini.


    terus tak keluar tajuk berita lepas dapat tahu puncanya dari bunuh diri.

    BalasPadam
  18. kisah benar ke ?

    kes ni org kita ke ?

    bunga bukan sekuntum !
    semoga rohnya dicucri rahmat

    BalasPadam
  19. mintak dijauhkan dari perkara seperti ini...

    BalasPadam
  20. Dunia boleh sakit.Akhirat pun boleh sakit juge.Saje cari penyakit.

    BalasPadam
  21. assalam,
    hmmmmm...tpaku sjenak.
    padahnya bila iman kurang d dada

    mohon d jauhkn dr blaku kpd kita n famili

    BalasPadam
  22. dosa bunuh diri balasannya neraka Jahannam, dikira xde iman..

    Allahualam.

    BalasPadam
  23. Nauzubillah...

    Macam-macam bila dunia dah makin panas..

    BalasPadam
  24. kalau dia tahu akibat peruatan dia tu..mesti dia takkan bunuh diri..

    BalasPadam
  25. assalamualaikum;

    semoga Allah selamatkan kita semua daripada melakukan salah satu doa besar ni. memang menyedihkan bila sejak akhir-akhir ni, membunuh diri menular dalam masyarakat islam. ia memberi mesej keruntuhan iman di kalangan orang islam semakin parah sampai tergamak memilih jalan yang tiada ruang untuk bertaubat lagi... tiada jalan pulang! na'uzubillah

    "Allahumma ahyana bil iman, wa amitna bil iman..."

    BalasPadam
  26. Assalamu'alaikum cemomoi

    Membunuh diri (na'uzuzubillahi min zaalik) tu mengambil tugas Allah, zalim kepada Allah.. mudah2an kita tidak ikut jalan yang bengkok ini.

    BalasPadam
  27. kak werdah: pada Allah jua kita mohon dimatikan dalam keadaan Allah redha pada kita... amin!

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap