Pages - Menu

Ahad, 6 Februari 2011

syurga di mana?

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)" maksud surah an-Nisa: 36

nak kawin, ibu tak restu... kawin juga! sudahnya tersisih dari kluarga. bertahun idop dengan suami yang tak diterima kluarga, tau-tau suami mati sebagai penjenayah. alangkah! alangkah! alangkah! sedih tak terkira... hiba bawa petaka. sudahnya dunia jadik gelap gelita kerana mata tak tertanggung sengsara.

benar rupanya kisah kassim selamat!

bak kata pendekar bujang lapok, "ini bukan cobaan?" memang ini kisah benar yang jadik nyata.

bukan sekadar ditimpa tangga sesudah jatuh tak terdaya. anak pula derhaka. barangkali Allah membalasnya di dunia. dia sendiri berandaian begitu sambil bercerita meluah rasa. dalam kelam, si anak hilang pedoman. dipukul si ibu tak keruan. bukan sekadar buta jadik beban, datang bertimpa sakit tak tertahan. selepas dua tahun menanggung derita berendam air mata dan terkilan rasa, sudahnya si ibu menyahut panggilan... "doktor kata ada kesan lebam di kepala!" siapa punya angkara?

"agaknya bila akan kesudahan? lepas dia derhaka pada ibunya, anaknya pula derhaka dengan dia... dan kalaulah nanti Allah balas pula perbuatannya..." aku sekadar mampu bergumam mendengar kisah sedih ini.

25 ulasan:

  1. err apakah semua ni...
    saat akhir zaman,.banyak benda pelik terjadi...

    BalasPadam
  2. salam..
    banyak koi dengor
    cerita cenggini..
    simpati..moga mereka
    cepat insaf dan sedar
    kesalahan lalu..

    BalasPadam
  3. orang alim bagi tau, redha ALLah dalam redha kedua ibu-bapa..
    dan murka Allah dalam kemurkaan ibu bapa.. moga kita semua jadi anak soleh dan solehah..

    BalasPadam
  4. Salam Sahabat ginie bila sesuatu itu dibuat tanpa restu.. bermula dgn tidak baik berakhir dgn cara tidak baik juga. Semoga anak yang derhaka memohon keampuananNya jua.

    BalasPadam
  5. nauzubillah. harap2 tak terjadi pada kita...

    p/s : thanks ye sbb buat tracking di site saya. baru balik dari pertapaan..heheh

    BalasPadam
  6. salam,

    cemomoi ini psl
    cite semalam ke..kisah benar?

    BalasPadam
  7. Kala terlajok jauh baik2 patoh balik.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum..

    sekarang nie semua ba;san datang cash je kan...banjir tue kira bala jugak kan huhuhuhh

    BalasPadam
  9. السلم عليكم ورحمة الله

    Begitulah segeranya pembalasan Allah terhadap anak yang derhaka kepada orang tuanya...

    BalasPadam
  10. Assalamu'alaikum

    Sedihnya baca kisah seperti ini.. kesedaran amat penting untuk mengelakkan jadi derhaka.. wal'iyazubillah..

    BalasPadam
  11. Minta Allah jauhkan menda2 cenggini dari menimpa diri dan ahli keluarga.. selalu orang kat cam tu, kalo derhaka ngan mak ayah, kat dunia lagi dah dapat balasannya.. mak bapak kenalah sentiasa doakan anak2, walopun mungkin anak itu si Tanggang.. huhu.

    BalasPadam
  12. bila kita jadi ibu...baru kita tahu dan faham perasaan seorang ibu...

    BalasPadam
  13. moga kita tidak mnjadi anak derhaka r ibubapa yg derhaka amin.

    salam knalcemomoi :D

    BalasPadam
  14. Salam cemomoi,

    Pada anak yg derhaka perl;u ada pendekatan agama. Segala bermula dgn iman, tanam keimanan pada anak insya-Allah tidak akan ada putaran derhaka itu lagi....

    BalasPadam
  15. itulah yang sepatutnya .. restu ibu bapa yg paling utama... bila kita buat macam tu kat ibubapa kita.. esok lusa anak kita pulak buat macam tu kat kita...

    BalasPadam
  16. kt tmpt sy ni byk terjadi cerai berai mngkin x dpt restu la ni

    BalasPadam
  17. Salam ziarah Cemomoi..
    Perkara ini juga berlaku kepada sepupu saya. Nak kahwin tetapi bapa menghalang. Bila bapa meninggal dia kahwin juga tetapi ibunya tak benarkan adakan kenduri di rumah.

    Majlis kenduri diadakan di rumah ibu saudara. Hidup bahagia tetapi Allah menjemput isteri dan anak2, sorang demi seorang.. tinggal dia keseorangan. Dia bagai orang gila.. dan akhirnya pasrah dan kahwin lagi ... Syukur kehidupan mereka bahagia hingga kini...

    BalasPadam
  18. Jauhilah menderhakai kedua ibu bapa...

    Tak selamat nanti..

    24 khasiat ais dan air sejuk

    BalasPadam
  19. sesiapa yg menderhaka kpd ibu bapanya( kecuali dlm mensyirikan Allah dan kemaksiatan) maka Allah akan melaknatnya

    BalasPadam
  20. koi pantang betoi dengor cite anak derhaka ni...rasa nak tikam je perut deme2 ni...!

    BalasPadam
  21. salam....semoga keluarge kita tak tergolong dlm org cam gitu

    BalasPadam
  22. Semoga generasi ke-3 tu insaf agar pnderhakaan ni x diwarisi generasi seterusnya...

    BalasPadam
  23. As-salam tuan..

    Bila baca kisah ini, tiba2 teringat pada ibu yg jauh dimata....

    Semoga mereka yg lupa akan pengorbanan seorang ibu diberikan hidayah olehNya utk kembali bertaubat.. Insya Allah

    BalasPadam
  24. assalamualaikum:

    tima kasih atas perhatian teman-teman

    kisah benar ini berlaku kat pahang tapi takmoh crita banyak takut mengganggu emosi anak-anak yatim yang telah ditinggalkan. semoga yang tersalah langkah, kembali ke pangkal jalan dan pohon ampun di pusara ibunya

    moga kita dapat taufik dan hidayah serta tauladan dari ikhtibar ini

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap