Pages - Menu

Rabu, 16 Februari 2011

n3 pasca maulud (lepas orang dah tanak cakap hal tu)

"mereka (pengkritik Muhammad s.a.w @ oreantalis) tidak boleh melihat bahawa satu-satunya pedang muhammad s.a.w. ialah pedang kemurahan hati, petunjuk, persahabatan, kemahuan untuk memaafkan. inilah pedang yang menakluki musuh-musuhnya dan membersihkan hati mereka. pedangnya lebih tajam daripada pedang besi" - Pandit Gyandandra DevSharma Shastri.

korang besa jadik bos? pnah tak kita salah dalam membuat keputusan kendian mintak maaf pada staf? kalu pnah blasah orang, suruh orang tu blasah balik kita kerana kita nak mintak maaf. sapa brani buat gitu dan sapa pulak brani lempang bos? (sila angkat tangan walopon aku bukannya tau...)

satu malam yang dah lewat, nabi s.a.w nak tutup kuliahnya. bangun sorang ahli jemaah dan bercakap, "tak bole ya Rasulallah! saya ada banyak lagi ni nak tanya ni..." nabi s.a.w cakap dengan baik supaya sambung esok le, banyak juga sahabat nak tanya ni tapi dek keletihan baik le esok je.

lelaki tu tak puas ati. dia turut nabi s.a.w ke kudanya dan terus memegang tali kuda. nabi cuba juga nasihat tapi tak diendah, sudahnya nabi cucuk dengan tongkat baginda ke arah rusuk lelaki tu supaya mamat tu akan terlepaskan tali tersebut. nabi pon balik.

kat rumah, nabi s.a.w takleh tido memikirkan perbuatan baginda. akhirnya nabi s.a.w bingkas bangun terus g semejid. jemaah masih ada di situ. lalu nabi pon tanya sapa yang nak tanya tadi. sorang lelaki bangun mengaku. nabi dengan nada kesal memohon maaf atas insiden tu.

nak setel hanya ada dua cara; maaf atau balas balik. lelaki tu pilih yang kedua. wuiyooo ni nabi la... ok la tolak tepi dulu title 'nabi' tu. nabi ialah pemimpin ummat islam ketika tu ibarat sultan atau maharaja ketika tu. korang fikir camana kalu bos suruh lempang atas silap dia depan orang ramai... eleh bos tak best, ketua jabatan ke, menteri ke pm ke? camana?

sahabat semua minta lelaki tu maafkan je la. lelaki tu tak moh. dia tambah lagi, masa rasulullah tusuk dengan tongkat, dia takde baju so dia minta nabi s.a.w bukak baju pulak. banyak songel tul, kan? tapi nabi ikut je sebab tu hak dia. nabi singkap sikit jubah baginda dan terus lelaki tu terkam perut nabi sambil campak tongkat,

"aku hanya nak letak pipiku ke perut rasulullah..."

psst: orang bukan islam benar-benar mengkaji sirah rasulullah s.a.w dan mereka menemui sentuhan keajaiban perilaku baginda sehingga melahirkan kekaguman yang tinggi. benarlah firman Allah yang bermaksud: "Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang sangat agung." (al-Qalam: 4)


psstt: ada versi lain kisah nabi ni tapi dikatakan kisah ini maudhuk

21 ulasan:

  1. Salam, itu sifat terpuji Nabi s.a.w. Kalau kita semua boleh ikut caranya aman dunia kita yak :)

    BalasPadam
  2. Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan.
    Tapi ramai yg lebih suka berdendam dari memaafkan, sampai ada jenis ikatan tengkolok diberi nama 'dendam tak sudah'...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum cemomoi..

    trime kasih atas entri ini

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Betapa tingginya akhlak Rasulullah S.A.W...

    BalasPadam
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    Ikuti jejak Rasulullah, warisi perjuangan dan sifat-sifatnya..

    BalasPadam
  6. Alanglah bertuahnya mereka yg hidup zaman baginda. Melihat makam baginda pun kita sudah merasai kebahagiaannya itu.....

    BalasPadam
  7. as salam cemomoi,

    Alhamdulillah ..

    seronok kita baca n3 hari ini..TQ


    Jom baca: Tag Dari Tok Dukun

    BalasPadam
  8. Begitulah indahnya akhlak Rasulullah...pernah menangis bila baca kisah Nabi Muhammad ni.

    BalasPadam
  9. salam cemomoi,
    touching. kisah2 sbgini bukan takat utk ms maulud je...

    smalam dlm halaqah juga bkisah ttng khutbah trakhir nabi Muhammad saw..sungguh2 mnyentuh kalbu T_T

    BalasPadam
  10. as salam cemomi..

    moga mendapat keberkatan...


    saya wat blog baru ni..ada masa singgahla yekk...

    http://kilauancintasangratu2011.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Meremang bulu roma... huhu... sedihnya. Thanks berkonsgi bang :)

    BalasPadam
  12. Cemomoi..
    Semoga sama-sama kita ambil pengajaran keatasnya..

    BalasPadam
  13. Mulia seklai pribadi Rasulullah. tidak pernah berbesar diri dan sentiasa merendah diri. Sesungguhnya pribadi baginda adalah 'siaran langsung' dari wahyu Allah

    BalasPadam
  14. tak terkata..
    terkedu dengan kecantikkan peribadi rasulullah...
    sesungguhnya Islam adalah sebaik2 agama dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  15. kalau ada bos buat gitu mesti org cakap gile bos ni...dah takde dah manusia semulia itu zaman sekarang ni...

    BalasPadam
  16. bgus btol nabi siap minta maaf balik...

    BalasPadam
  17. salam..
    nape kita lebih sayangkan
    diri kita dan anak isteri dari
    mencintai Nabi Mohammad?tapi kita sibuk nak syafaat nabi di akhirat nanti..adehhh..moga Allah memberi kita petunjuk..amin

    BalasPadam
  18. hu3..hebatnya rasulullah s.a.w

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum;

    akuanakpahang: tak dapat sikit, kita contoh banyak-banyak....

    Abu Aiman: yeee... harap yang sudah tu, sudah la

    sahrom: harap beri manfaat untuk kita semua

    Cik SHiNJU: jadi kewajipan kita untuk meneladaninya

    Abd Razak: ... baru le dikatakan cinta rasulullah

    Kakzakie: pnah gak time kecik-kecik brangan nak mimpikan nabi

    Ati Masrif: moga ia dapat meningkat rasa kasih kita pada baginda s.a.w

    CekWa: kekakadang dengan berselawat (nasyid para ansar menyambut nabi ketika hijrah) pon kita aka rasa sangat terharu jika kita benar-benar hayati maknanya

    So Shy Lady: banyak rahsia yang masih tak tersingkap ketika kita bercakap tentang peribadi baginda

    Adinda Amy Sensei: ada dengo dari blog lain, sian... insyaallah nanti sampai le

    iqbalsyarie: moga kita peroleh syafaat baginda kelak

    Jejaka Desa: tauladan terbaik buat ummatnya

    Miecyber: siapa lagi kalu bukan sebaik-baik manusia ini (huluqun aziiim)

    cekgu Mohamad: 'kaulah cahaya yang menerangi kegelapan.'

    shameel Iskandar: tul tu... sebaik-baik dan semulia-mulia manusia yang menjadi tauladan

    Yastro: semoga kita mati dalam keaadaan Islam, dan Allah redha kepada kita semua

    Sham: kita nak lempang pon kompius, bergurau ke hapa.. kang kena buang keja pulak

    NICK IRFAN: tu le contoh terbaik

    zulkbo: yang penting sayang kita tidak sampai menggadai akidah

    La Tahzan: penghulu segala nabi...

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap