Pages - Menu

Isnin, 24 Januari 2011

hebat melayu ni: ilmu melayu 1

3 binatang ni jangan buat main, jangan cakap beso:

gajah
buaya
rimau
(ada yang nambah ular tedung selar)

tu ingatan yang dibagitau sorang makcik kat aku time bersembang tentang keanehan cakap beso pada gajah.

dia pon stat bercrita kisah dolu-dolu:

sedara dia kerja kampung. ada buat semacam kolong (lupa pulak aku istilah yang digunakannya) bela ikan di tengah sungai. waktu tu bini sedang mengandung sulung. pesan orang tua-tua dolu-dolu, kalu pompuan ngandung jangan bawak ke sungai. pantang tu. "aala omak ni... cayo bona. ni haaa den punyo bulu ghomo (roma) samo bosa dengan anak buluh..." sambil dia narik lengan baju.

"jangan..." ulang orang tua tu.

"tak peduli, dibawo ey jugo turun ke kolong tu. apo nak kato. tengoh duduk kek kolong tu, bogoga (bergegar) kolong tu dilando dek boyo. sibaik ada orang nolong. yang dio pucek-pucek muko bawak lari bini eee... haaa mano doo ekau punyo bulu ghomo bosa buluh tadi..."

aku mengekek ketawa sambil membayangkan situasi tu. keanehan tentang cakap beso pada menatang ni khususnya buaya korang boleh tanya pada kaki pancing. tapi tang gajah, aku pnah gak alami masa kecik dulu. hanya dok melaung panggil "gajah!" tiga pat kat tepi ladang sawit, menyahut dia... huiii lintang-pukang kitorang lari...

17 ulasan:

  1. badan besor takpe tapi jangan sesekali kiter bercakap besar kans hehehehhe

    BalasPadam
  2. salam tuan cemomoi,
    ini hari dalam paper ada orang parah kena libas nga pijak dek gajah.. ni agak eh bukan setakat laung, diejek nya gajah tu kot...

    p/s: wah kocik2 dah main ngan gajah, hebat nih..

    BalasPadam
  3. Ehhh bukan setakat tepi padang or ladang kelapa sawit jer tak bleh panggey gajah, tapi dlm rumah ni pon tak bleh.

    Mengamuk “omak gajah” nihh.. hahahaha

    BalasPadam
  4. betul...betul...bkn seklai..tp berkali2 org2 tua bepesan...jgn cakap besar,bongkak..jika berasda di hutan,di lautan,disungai...

    BalasPadam
  5. betul juga, pada mana mana tempat ada binatang te..

    BalasPadam
  6. Kata dek org menatang tu ada badinya pulak kalau cakap besor deme boleh faham :)

    BalasPadam
  7. bhasa apa dia cakap? N9 ke?

    BalasPadam
  8. Janganlah sesekali bercakap besar kerana ia mendidik hati jadi sombong

    BalasPadam
  9. Kawan saya yang bekerja di pejabat tanah yang selalu masuk kedalam hutan untuk membuat kerja mengukur mengakui bahawa mereka pernah di kepung oleh gajah kerana salah seorang dari mereka mencabar gajah untuk keluar.


    UMP : Perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos

    BalasPadam
  10. Pantang larang orang tua-tua kadang-kadang menjadi juga walaupun kita kata kita tak percaya... tapi janganlah keterlaluan...

    BalasPadam
  11. salam..
    binatang2 nih
    ada 6 sense rasanya
    biasalah kejadian
    Allah belaka..tak
    terjangkau akal kita

    BalasPadam
  12. Ada juga binatang yang tak boleh dikutuk....

    Contohnya cik Ti.....(Tikus). Pernah dengar tak cerita ni?

    BalasPadam
  13. betul tu cemomoi..
    kalau orang yang biasa masuk hutan tahu la..
    nak nak gajah..tak boleh sebut sangat..
    nanti dia dengar..
    telinga dia kan besar,,boleh dengar tu...

    tapi sebenarnya kat mana mana pun mulut kita kena jaga.
    tak boleh culupar,
    nanti kena tampor.
    kan naye je kena penampor free

    BalasPadam
  14. aleh ai..

    nun gajah-gajah abis kena sumpah dek si kelembai terus jadi batu.. tak caya ?..pegi tanya Zombi Kg Pisang dekat Batu Gajah tuuu

    BalasPadam
  15. penah dengar kisah raja pahang zaman dulu bersahabat dengan raja buaya tak?cite2 dari orang tua2?sebab tu buaya tak makan warga Pahang...hehee

    BalasPadam
  16. assalamualaikum:

    sahrom: beso-beso belaka tu

    iDa: jangan jilat jari yea

    Aanas: adoyai anak sapa le tu

    kak azieazah: jangan buta pasal, kang gajah dok dalam rumah kito lak kat lua

    kak Kamsiah: tul tu, realitinya kalu dok tempat cenggitu risiko untuk dapat bahaya tu banyak

    endiem: camana dia bole paham cakap kita yea

    akuanakpahang: yang tu koi tak paham

    NICK IRFAN: nabi sulaiman je yang paham bahasa dia kot

    Abd Razak: sifat takabbur tu sifat keji tu

    Miecyber: dah masuk kampung orang kena le sopan

    Mohamad: tak semestinya betul tapi tak salah beringat

    zulkbo: kehebatan Allah...

    ckLah@xiiinam: cik t u memang mau habih tikar karpet dikeronyok kalu dia marah

    si para para: agaknya telinga beso tu yang bole dengo walopon dok jauh.. kalu kena tampo dek belali gajah tu terpeleot rahang dibuatnya

    ikan emas: orang batu gajah memang hebat...

    Sham: ooo baru koi dapat jawaban napa boya sungai pahang tak ngaco orang

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap