Pages - Menu

Jumaat, 28 Januari 2011

anak kecil itu


anak kecil itu belum pun mengerti apa-apa
anak kecil itu belum pun berusia telah kehilangan bapa
anak kecil itu belum pun puas bermanja
anak kecil itu seusia enam tahun kehilangan pula bonda
anak kecil itu dirundung malang bertimpa
anak kecil itu patah dahan kasih mesra
anak kecil itu kematian datuknya sesudah tahun kedua
anak kecil itu tak punya apa-apa
anak kecil itu berpindah pada paman menjaga

kasihan anak kecil itu...
pepatah berkata, "jika kamu mahukan kasih sayang, carilah daripada seorang wanita..."

anak kecil itu telah dewasa
anak kecil itu bertemu jodoh wanita tua
anak kecil itu? sepertinya anak kecil jua
anak kecil itu (?) diselimut tatkala ketakutan tak terkira
anak kecil itu (?) bila semakin tenang jiwanya...

ya habibi, ya habibi! (wahai kekasihku, wahai kekasihku!)
khabarkan kepadaku gerangan melanda
aku sudah tidak sabar mendengarnya

anak kecil itulah Muhammad Rasulullah
yang ketika pulang ke rumah
baiti jannati! baiti jannati!
ditunggu isteri penyejuk hati

psst: tengok camana siti khadijah r.a menyambut suaminya. takde sergahnya. selimut dulu sehingga baginda tenang, baru la bertanya. korang ingat cerita 'madu 3', time p. ramlee balik lambat tu tak? heee cuba ingatkan balikkkkk! untuk makluman hari ni hari jumaat, mandi pon dapat pahala yea...

27 ulasan:

  1. sesungguhnya mereke meninggalkan contoh tauladan terbaik buat kita

    BalasPadam
  2. Salam cemomoi,

    Komen dua bujang kecil kat gambar tu dulu. Macam model bergaya.....
    .
    .
    .
    cahaya anak kecil itu
    menerangi seluruh pelusuk maya
    menyuluh kegelapan
    menerobos keegoan
    sayangnya...
    ketiadaan anak kecil itu
    dirobek ramai durjana
    mengundang petaka di sana-sini
    kembalilah kita
    menjunjung hadisnya....

    BalasPadam
  3. selamat hari jumaat..jenjalan kt sini cari nasik:P

    BalasPadam
  4. anak kecil comel & mmg penyejuk hati

    BalasPadam
  5. Anak kecil juga umapama kain putih kitalah yang mewarnakannya.

    BalasPadam
  6. salam cemomoi..

    kita sambut hubby kita..

    tolong buka kan pintu..hihi

    jom dtg blog kita
    berkenal dgn kawan maya
    ati yg sempoi...jom!!

    BalasPadam
  7. ikuti contoh wanita tua itu... menjaga anak kecil itu sebaikya

    BalasPadam
  8. susahnya nak cari isteri macam siti khadijah,,
    Kurniakan kakibiskut isteri solehah..amin...(^.^)..

    BalasPadam
  9. Hmmm...susah dah nak cari isteri yg boleh buat mcm tu....

    errr...hari jumaaatttt?? hehehe

    BalasPadam
  10. kar melaka tu kan?

    BalasPadam
  11. Salam cemomoi,

    Anak kecil itu ialah 'seseorang' suatu hari nanti...

    BalasPadam
  12. Bila baca n3 ni.. tiba2 fikiran melayang jauh ke bumi tercinta.. terkenangkan nasib adik bongsu saya... seawal usianya 6 tahun, beliau telah kehilangan ayah... di saat semua orang bermanja dengan ayah, ke hulu ke hilir dengan ayah.. dia kesepian... andai ke sekolah pada setiap majlis yg perlu dihadiri, beliau hadir tanpa ayah.. sedangkan rakan-rakannya berpimpin tangan dengan kedua orang tuanya..

    Semoga adik saya, Mohd Fikhrie bin Muhammadon membesar sebagai anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat..ameeennn

    BalasPadam
  13. Anak kecil pencorak kehidupan masa akan datang...

    BalasPadam
  14. erk... kengkadang termasam muka jugak kat suami.. huhuhu..


    kena muhasabah diri seikhlas-ikhlas lagi lepas ni.

    BalasPadam
  15. Anak kecil itu.....




    ...menunggu kita mencorakkan putihnya.

    BalasPadam
  16. menarik sajak ni puitis.. eh! cerita madu tiga?? nnt kena tgk balik sbb lama xtgk asyik tgk bujang lapok jer..

    BalasPadam
  17. Anak kecil itu belum mengerti apa-apa, di kala itu syurga buat mereka. Namun selagi hayat, induklah bertanggungjawab mencorak mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    Sejahtera selalu saudaraku.

    BalasPadam
  18. "ditunggu isteri penyejuk hati"

    kagum dengan ummul mukminin siti khadijah

    BalasPadam
  19. Semua kita kita ni pernah merasa jadi anak anak kecil..

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum...

    Mereka insan termulia di dunia dan ikutan yang sangat baik untuk kita..

    BalasPadam
  21. Assalamu'alaikum

    Marilah kita jadikan anak kecil itu sebagai idola...

    BalasPadam
  22. teringat cerita kumpulan balas raja lawak baru ini..ayat isteri sambut suami masa mula2 kahwin dengan dah lama kahwin:"ya Allah suamiku sudah balik..." ayat sama tapi nada berbeza...

    BalasPadam
  23. assalamualaikum:

    melatidaisy: moga jadi panduan idop kita atas pesan yang Rasullulah tinggalkan

    Kakzakie: ngeh3x macam baaapaknya juga (prasan)

    tok khatib pesan baru ni kalu kita cinta pada rasul buat le 3 perkara (pesan nabi s.a.w pada abu hurairah):

    1. ikut apa yang telah aku ajarkan
    2. selalu berasa rindu padaku
    3. berselawatlah ke atasku

    Mimie: nasi dah blend lepas tu campur dalam cekodok

    oya: moga menjadi anak soleh

    akuanakpahang: suka kaler ijo ke biru? merah pon ada... bla.. bla.. bla

    Ati Masrif: alhamdulillah, tambah sikit lagi bawakan air minumnya skali

    Alimaz: ye betui... zuriat nabi s.a.w hanya melalui siti khadijah r.a

    kakibiskut: insyaallah... amin

    Yastro: adaaaaa kut... orang pompuan ni takde hal, yang banyak hal ni lelaki jeee

    m!da BucHuxX: juga hari kiamat berlaku

    maCy: a'haaaa

    Iris: harapnya cam orang tua-tua salu kabo 'jadik orang'

    Nida: moga sirah ini dapat ia teladani dan jadi insan yang tabah

    HaDi: "ya Allah, jadikanlah anak-anak kami qurrata a'yun yang beriman dan beramal soleh yang akan memberikan kebaikan kepada manusia lainnya kelak"

    azrina: takpe suami pemaaf dalam diam tuu

    ckLah: kita pencantingnya, semoga dapat memberikan corak yang terbaik mengikut landasan iman

    NICK IRFAN: layan dengan perasaan

    ashrafi: tima kasih atas ingatan dan doa tu... amin!!

    light 0F happiness: sirah, ada banyak yang patut kita amik ikhtibar

    relevan: heh, jadik jangan maroh ngat kalu anok nakei yerk

    Abd Razak: 'huluqun aziim' harus disampaikan sirah dengan penuh pengertian

    kak Werdah: sukar untuk kita merasai keindahan akhlak rasulullah s.a.w. kerana kita sekadar membaca atau bercerita secara tidak analatikal

    Sham: heh, suami pon nak kena sambut juga nih...

    kak shaniza: alhamdulilah, moga beroleh syafaatnya nanti

    BalasPadam
  24. assalamualaikum saudara
    anak2 itu fitrahnya,suci kan saudara...

    BalasPadam
  25. ummu: semoga kesuciannya terus terpelihara

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap