Pages - Menu

Isnin, 20 Disember 2010

part akhir: yang dah parak jangan terus haprak

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin (jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Sebar luaskan nasihat ini. Moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini. Tentunya tidak semua lelaki menghadapi tekanan sampai sebegini rupa tetapi apa yang pasti email di bawah adalah sebuah kisah benar yang saya petik dari email saya. Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-
1) Aurat wanita : Apa sudah jadi
2) Kerjaya wanita, Aurat & Suami Nusyuz
3) Bertudung Tapi Hina Agama & Hukum : Dosa Ganda
4) Seluar Londeh Wanita & Seksi : Hak Kebebasan Peribadi ?

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

psst: kluo rumah je segala dosa dan pahala dah bercampur-baur. camana la nak kita sisihkan dosa kering ni kalu amalan kering (sunat) pon kita tak buat

27 ulasan:

  1. salam..

    ade yg tahu tapi buat2 taktahu..

    BalasPadam
  2. semakin hari semakin menjadi-jadi keadaan begini. Alasan mengikut fesyen. lebih-lebih lagi yang jahil ilmu agamanya. Seluar cawat singkat memang jadi pilihan...

    Belum pasti pendidikan seks disekolah boleh mencapai matlamatnya jika tidak disertai dengan ajaran agama..

    BalasPadam
  3. Alasan nok buat mende tak molek ni kadang deme boleh buat satu buku.Punye la nok menang ke diri.Hukum hakam buat pemain je.

    BalasPadam
  4. Salam .. dunia kita semakin haru kerana org dah berubah segala laku :(

    BalasPadam
  5. Duduk di rumah, TV pulak 'menggoda'. Walaupun kita tengok rancangan yg elok, iklannya kdg2 ntahapahapa.

    BalasPadam
  6. salam cemomoi,

    sesungguhnya setiap kita ini ada tanggung-jawab yg telah Allah berikan. kita juga akan ditanya diakhrinya nanti adakah kita telah melunaskan tanggung-jawab itu?

    kepimpinan agama tunggak dalam segala hal. bila iman kosong natijahnya inilah jadinya....

    BalasPadam
  7. Salam cemomoi.

    Inilah fitnah akhir zaman.. perkara yang buruk tampaknya baik begitu juga sebaliknya..

    BalasPadam
  8. moga-moga ada yang berjalan ke arah yang betul

    BalasPadam
  9. setuju sangat! dosa kering-kering je dapat, klau amal sunat tak buat :(

    BalasPadam
  10. salam..blogwalking...
    saya anak pahang..hehe
    time kasih info..sangat melekat dikepala..:)

    BalasPadam
  11. budak budak zaman sekarang....kalau di tegurnya.kita pulak yg kena marah...

    last2 benci dlm hati je..

    BalasPadam
  12. Terima kasih. Suka entri perkongsian ini.

    BalasPadam
  13. ckLah skodeng sambil tutup mata sebelah...


    :D

    BalasPadam
  14. Cabaran masa kini, sangatlah dahsyat...

    BalasPadam
  15. thx cemomoi. macy baca part 2 dlu bru part 1. huhu

    BalasPadam
  16. salam tuan cemomoi,
    setuju sangat dengan "camana la nak kita sisihkan dosa kering ni kalu amalan kering (sunat) pon kita tak buat" ... kalo buat pun tak istiqamah, mula hangat, pastu suam, pastu sejuk beku.. takpe, mujahadah lagik.. :)

    BalasPadam
  17. fesyen ohh..fesyen..inilah penangannya huhuhuhhh

    BalasPadam
  18. manusia zaman sekarang ni

    semoga kita juga tidak terleka ...

    BalasPadam
  19. salam..
    fitnah Dajjal pasti
    tiba satu masa nanti
    bersedialah kita...

    BalasPadam
  20. Tanpa sedar...nada dan isi percakapan pun kekadang boleh dikategori menghampiri zina. Na'uzubillah...

    BalasPadam
  21. segan & malu pun ada bila kawan cina tegur kawan melayu di ofis .



    berkahwin tp macam tak rasa apa bila sentuh yg bukan muhrim bangsa lain. kesian suami dia.

    BalasPadam
  22. yg mana haru perbetulkan haruslah berubah kan...manusia x sempurna juga

    BalasPadam
  23. cabaran datang bertalu-talu dari segenap penjuru .. tiada siapa yang kebal .. semoga saya dan ahli keluarga tidak hanyut.

    terima kasih atas entri yang ingat mengingatkan ini.

    BalasPadam
  24. takutnye,...:( insyaallah nak sebar2 kan, & mudah2 sy pun blh berubh makin baik.

    BalasPadam
  25. ya Allah, peliharalah kami ketika kami terlalu lemah berhadapan dengan penyakit wahan... peliharalah diri kami, anak isteri kami dan seluruh keluarga jiran tetangga kami dari terjerumus ke lembah noda dan dosa

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap