Pages - Menu

Selasa, 31 Ogos 2010

eksklusif sempena merdeka

aku tak tau akan sampai bila ada blogger yang nak panggil aku cik/akak/makcik dan seumpamanya... takpe... barangkali uniknya nama tu.

Cik Momoi (ejaaan lama CHEMOMOI atau aku senang dengan ejaan baru, CEMOMOI) nama seorang awek orang asli. padan le dorang ingat aku pompuan, kan? dengo kabo, dia anak tok ngulu/batin di sebuah perkampungan terpencil hampir di sempadan pahang dengan negeri sembilan dalam daerah bentong. nama itu kendiannya diabadikan pada sebuah kampung. bila pembukaan tanah secara besar-besaran oleh felda, maka nama itu kendiannya turut tersenarai sebagai salah sebuah penempatan orang melayu dari pelosok semenanjung nih. di situ aku lahir.

dan cintanya aku pada tanah tumpah darahku, aku bawak nama itu. aku jaja ke sana ke mari sejak zaman sekolah, universiti hingga bekerjaya. ada orang berkerut muka, tak kurang tersengih dan ala-ala meneneng bijik mata sambil teroleng-oleng kepala mendengo nama tu. pelik, takjub, heran dan macam-macam lagi. tak kesah dan tak malu. aku bangga dengan kepelikan, ketakjuban dan keheranan mereka. dan sekali tu, aku pnah ditegur oleh mamat sekampung yang aku tak kenal. "ko budak cemomoi ye?" "aha!" "aku tengok pada motor ko tu" heee aku senyum tengok stiker yang aku buat sendiri dan lekatkan pada tangki motor rxz, lama dulu masa aku kat UKM.

aku tak ingin rasa cinta tu berakhir begitu aje. aku cuba buat sesuatu yang dapat aku katakan sebagai manifestasi cintakan anak watan sekampung. alhmadulillah, dapat juga aku bawak kengkawan dari universiti untuk buat projek motivasi di sana. tapi itu crita lama. aku tak tau apa lagi dapat aku jelmakan pengorbanan untuk anak-anak cemomoi tu nanti kerana aku bukan seorang pemimpin masyarakat. jauh di perantauan ni... takpe le, kalu berkesempatan nanti, diizinkan Allah barangkali ada le jalannya untuk beramal jariah dengan orang sekampung.

pada blogger yang datang singgah sini, tima kasih dan aku tak kesah dengan apa pon panggilan tu. salam merdeka dan moga ramadhan ini mendidik kita erti sambutan merdeka sebenarnya. bukan macam beruk matyeh yeh...

27 ulasan:

  1. salam ziarah ramadhan juga..

    oo, org felda cemomoi rupenya, ada sorg kawan dr sana.

    selamat mengejar lailatul qadar, inshaAllah ..

    BalasPadam
  2. =) hehe~ makcik, akk..
    pakcik, duet aye on kan?
    huhu~

    BalasPadam
  3. salam..betul tekaan saya..nama cemomoi tue adalah nama tempat dlm sebuah daerah di bentong antara simpang pelangai di NS dan daerah bentong di Pahang...
    mmg ya nama tempat biasanya kiter akan hargai..cth mcm old boys saya panggil high school klang sbg ice cool clunk ( merujuk nama sekolah kami)

    BalasPadam
  4. Salam..

    Masa mula-mula kenal hari tu pun pikir macam tu juga. hehehe.. tapi ni bukan nama betul kan?

    BalasPadam
  5. Salam...

    Dulu pun tertanya-tanya juga apa sebenarnya makna cemomoi tu...

    Salam kemerdekaan buat semua..

    BalasPadam
  6. Salam.

    Sekarang awek org asli tu ke mana, ada lagi ke di kampong tu?

    Beruk matyeh.. ingat beruk di kampong mengejar arwah mak n makcik..

    Selamat mengejar lailatul Qadar.

    BalasPadam
  7. Salam,
    Oh begitu ceritanya ! Apapun Selamat Menyambut UlangTahun Kemerdekaan.

    BalasPadam
  8. ingat asal usul
    kira patriotik la tuu

    Salam kemerdekaan !

    BalasPadam
  9. panggil kak bang bulih???
    hahaha mati hidup balik igtkan pompuan.

    p/s : bagus tak lupa asal usul.

    BalasPadam
  10. ammvoiii abang chemomoi tewww.. kowserr

    BalasPadam
  11. oooo gitu sejarahnye hehe

    akak n mak cik xleh tahan haha...

    BalasPadam
  12. la..tak pernah terfikir pulk cemomoi tu name perempuan

    BalasPadam
  13. hehe, gitu ghopanya...
    Selamat Hari Merdeka..

    BalasPadam
  14. cemo pun ok jugak ya :=).semoga Allah kekalkan keberkatan persahabatan kita di alam maya ini.

    salam merdeka n selamat memburu lailatulqadar.

    BalasPadam
  15. tempat jatuh lagikan dikenang cemomoi kan..inikan pula tempat berkubang..
    walaupun bukan kubang pasu...haa

    BalasPadam
  16. Salam merdeka dan selamat menyambut ramadhan juga.

    BalasPadam
  17. Salam rodong ..kawan tau lama dah aok nei jantan hehehe... aok adalah salah sorang budak cemomoi yang hebat itu :) kawan sokong!

    BalasPadam
  18. salam otai cemomoi.
    gitula,name yg unik akan disebut/dikenang.salam kemerdekaan.semoga malaysia akan lebih baik di masa depan.(dgn sokongan rakyat jelata menumbangkan kezaliman/ketidaktentuan yg wujud)

    BalasPadam
  19. pggl kak macho or abang sweet boleh?kui9

    BalasPadam
  20. Salam tuan cemomoi,
    hihi, tak tahu pun apa makna cemomoi tu, ingat suka suki buat nama glamer,.. ada makna rupanyaa..

    BalasPadam
  21. cemomoi...dkt dh ke simpang pelangai kan..hehe :)

    BalasPadam
  22. dulu2 masa kome muda pernoh juge pergi Cemomoi..ikut jalan Short cut.. lalu Kemansul..

    BalasPadam
  23. cara cerita kat sini dah agak aok ni lelaki..



    nak panggil abang cemomoi ke?

    hehe..

    BalasPadam
  24. assalamualaikum:

    melatidaisy: uuu anak sapa le tu...

    moga kita dapat rahmat seribu bulan tu

    manna_salwa: errr t jap g tengok kat bank... aaa ada!

    sahrom: heh, banyak kenangan tu... tu yang dok ingat tu

    ashrafi: dah tentu le bukan... nama mak ayah bagi elok-elok dok pangil yang bukan-bukan plak heh, tapi nama tu masih nama yang baik

    ashrafi: aaa, dh tau ok le tu... salam 'ala lailatul qadr

    kak werdah: hanya tinggal nama... beruk matyeh memang suka ngejo orang tapi jangan bagi dia cari kutu kepala maunya digenggam rambut tak dilepasnya kita

    semalam lailatul qadr ke?

    luahfikiran: begitu le adanya dihikayat orang

    ada nampak lailatul qadr?

    ikan emas: merdekakah kita?

    azketom: bule, tak i kesah awww...

    en_me: gitu lerrr

    missxyz: bombastik baru ada thrill

    iman: laaa awat jadik lagu tu, nama tu tak feminin ke?

    pakcik kordi: meh la. oak tanya orang kat cemomoi ter deme tak kenei ke koi

    abu aiman: ate ke ghopanya begitu le...

    alehkayong: ikut le sesedap rasa nak nyebutnya, brasa nama tu manja ngat kang takut skandal plak..

    abg lanabulu: yep betui tu, tempat jatuh dalam kubang, pasu yang pecah... heee

    penjejak maya: tu yang promosi tu

    zezebel: salam 2 kali, raya sok salam lagik huuu

    akuanakpahang: heee malunya koi oak nyebut gitu, (riak la pulok)

    pacifist: tul tu, rakyat dalam kegelisahan bila melihat kebejatan yang tak brenti, kuasa di tangan siapa?

    echah mahsuri: macho ke, sweet nih? krisis identiti nih.. uhh

    brutalsolo: wa tatak segan wa cakap lu aaaa

    aanas: heh, baik ada makna, di sebalik nama yang baik

    kak intah rh: den balik ikut sempang pelangai yooo

    relevan: jalan dah ok sikit skang ni tk cam dulu

    azrina: pandai meneka dalam kesamaran, hebat! tahniah!

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap