Pages - Menu

Rabu, 25 Ogos 2010

dah makin hampir nih!

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (maksud surah al-Qadar:1-5)

LAILATUL QADAR diceriterakan orang...

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya, emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. “Mungkin kubah itu tengah sujud ,” fikirku.

"Kenapa?" tanya abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah... bodoh," sambung abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

pssst: moga kita beroleh seribu rahmat pada malam laitul qadar nanti, insyaallah...

16 ulasan:

  1. hahaa.. sian sian.. tapi indah nye kalau jumpe lailatul qadar kan ;)

    BalasPadam
  2. Salam...

    Nasib baik tak kena penampar ngan ayah..

    BalasPadam
  3. dekat nak raya kubah kena betulkanlah ..

    BalasPadam
  4. salam...bacer doa qunut panjang ke qunut pendek??? huhuhuhu

    BalasPadam
  5. hehehe....
    koi dh khusyuk2 baca nasihat, tetiba aok potong stim. aduih!

    BalasPadam
  6. jom same2 raikan malam tu jom

    BalasPadam
  7. bertuah anda sempt menemui lailatul qadar.hee

    BalasPadam
  8. wakakaka.. hampir terpedaya aii.. ingatkan betul lerrr. cisss..

    masjid udah start baca surah al-Qadr jer kan skang nih.. (ambe dok gi sejik dok tahu).. udah kena start baca doa "Allahumma Innaka 'Afuwwunkarimun tuhibbul 'afwa fa`fuanni" masa masak nasi ngan panaskan lauk taim sahur dah ni .. :)

    BalasPadam
  9. =) nice 1 pakcik.. cian kene marah.. hiihhii

    semoga kita dpertemukan dgn lailatul qadar.. =)

    BalasPadam
  10. smoga doa dimakbulkan..amin

    BalasPadam
  11. penuh masjid dan surau ketika ini

    BalasPadam
  12. assalamualaikum:

    masa kecik-kecik dulu memang orang tua-tua kabo kalu nak tau lailatul qadar, semua mahkluk dok sujud pada malam tu hatta sungai pon berenti mengalir... heee kepercayaan ni diperturunkan sekian lama dan membudaya dalam masyarakat kita

    BalasPadam
  13. kekeke..
    berdesing telinga.


    mula baca macam suspens jer..

    BalasPadam
  14. kak azrina: bagi senyum sikit bulan posa jagan stress sangat

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap