"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (maksud surah al-Qadar:1-5)
LAILATUL QADAR diceriterakan orang...
"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya, emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. “Mungkin kubah itu tengah sujud ,” fikirku.
"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah... bodoh," sambung abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.
pssst: moga kita beroleh seribu rahmat pada malam laitul qadar nanti, insyaallah...

hahaa.. sian sian.. tapi indah nye kalau jumpe lailatul qadar kan ;)
BalasPadamSalam...
BalasPadamNasib baik tak kena penampar ngan ayah..
dekat nak raya kubah kena betulkanlah ..
BalasPadamKan dah kene tak pasey2.
BalasPadamsalam...bacer doa qunut panjang ke qunut pendek??? huhuhuhu
BalasPadamhehehe....
BalasPadamkoi dh khusyuk2 baca nasihat, tetiba aok potong stim. aduih!
jom same2 raikan malam tu jom
BalasPadambertuah anda sempt menemui lailatul qadar.hee
BalasPadamwakakaka.. hampir terpedaya aii.. ingatkan betul lerrr. cisss..
BalasPadammasjid udah start baca surah al-Qadr jer kan skang nih.. (ambe dok gi sejik dok tahu).. udah kena start baca doa "Allahumma Innaka 'Afuwwunkarimun tuhibbul 'afwa fa`fuanni" masa masak nasi ngan panaskan lauk taim sahur dah ni .. :)
=) nice 1 pakcik.. cian kene marah.. hiihhii
BalasPadamsemoga kita dpertemukan dgn lailatul qadar.. =)
smoga doa dimakbulkan..amin
BalasPadamhaha.hebat.
BalasPadampenuh masjid dan surau ketika ini
BalasPadamassalamualaikum:
BalasPadammasa kecik-kecik dulu memang orang tua-tua kabo kalu nak tau lailatul qadar, semua mahkluk dok sujud pada malam tu hatta sungai pon berenti mengalir... heee kepercayaan ni diperturunkan sekian lama dan membudaya dalam masyarakat kita
kekeke..
BalasPadamberdesing telinga.
mula baca macam suspens jer..
kak azrina: bagi senyum sikit bulan posa jagan stress sangat
BalasPadam