Pages - Menu

Selasa, 4 Mei 2010

yang hilang tak berganti

lihat pada batu putih
yang hitam di mataku
yang hitam pada generasiku
yang hitam pada pertiwiku
mana suratanmu
dari tulisan
tangan-tangan ayahku
mana catatan
dari coretan
tangan-tangan datukku
untukku tinggalkan
buat anak-anakku
mana hilangnya
kebanggaanku
warisan
kupersembahkan
kehebatanmu
pada dunia
kapsyen:

gambar 1: rekod yang tidak tersusun dilonggokkan begitu sahaja
gambar 2: rekod yang disimpan dalam tandas terbiar sebagai bilik rekod
gambar 3: rekod yang dicampurkan dengan pelbagai peralatan yang boleh merosakkan dan memendekkan jangka hayat rekod


* dah hilang kedaulatan sebuah pulau semua orang nak bising,

10 ulasan:

  1. Sungguh malang rekod tu mendapat penjaga yang tidak komited...

    Sayang...

    BalasPadam
  2. jangan sampai nanti anak cucu kita lupakan kita sebab kita sering terlupa bahawa mereka pewaris kita..

    new is silver..old is gold =)

    BalasPadam
  3. Sayangnya kalau tak tahu menghargai....

    BalasPadam
  4. tak sanggup tengok...

    BalasPadam
  5. Sayangnya..... kalau dibiarkan

    BalasPadam
  6. Generasi kita yang perlu mewarisi

    BalasPadam
  7. Salam Cemomoi.

    banyak betul failnya.. berapa tahun baru dilups ya.. rasanya ada jangka masa tertentu.. betul ke?

    BalasPadam
  8. assalamualaikum

    buat teman-teman yangmenyayangi warisan bangsa kita... semoga kita dapat ambil pengajaran daripada apa yang berlaku. biasanya bila dah takde, kita sering menyalahkan orang, menunding jari. jarang benar koreksi diri. kehilangan batu putih atas kesilapan orang dulu-dulu kerana lapa menaga rekod, bahananya kita yang dapat. kalau diulangi kesilapan sama kelak anak cucu pasti melemparkan kemarahan kepada kita pula.

    BalasPadam
  9. salam bro
    rekod dan dokumentasi hari ini
    membawa sinar untuk generasi kita
    rekod dan dukumentasi lalu
    yang terabai dan terbiar
    bagai menyiat hati datuk kita
    yang telah bersekang siang malam menyiapkan dokumentasi...
    insiden ini mengingatkan pada dokumentasi yang dah hilang dalam keluarga datuk saya akibat tiada penjagaan yang baik dari waris...

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap