Pages - Menu

Rabu, 19 Mei 2010

idop untuk makan?

" makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kenyang" ( maksud hadis ).

teluk tempoyak

penah dengo nama nih?

kalo tak penah dengo, cuba teka... argh! takyah la.. lokasinya di batu maung, pulau pinang. baru jap tadi aku dibawa ke situ nak makan. melalui kawasan berbukit dan berselekoh, aku bagitau kat kengkawan, "wuih! susahnya nak makan... sampai begini sekali nak cari tempat makan sedap yea... kalu ikut aku, balun je la kat mana pon"

nak gie ke sini dari bandar tanjung penaga (george town) kena menghala ke pulau jerejak dan jumpa simpang ke muzium perang. depan sikit tu ada le simpang ke teluk tempoyak. berjalan malam ni tak banyak kelebihan untuk menikmati panorama tepi laut. dan barangkali hari kerja ni, tak le ramai ngat pengunjungnya. makanan seafood yang disediakan bule tahan juga. yang bole tahan tu sedapnya. yang tak tahan tu harganya... eleh, sesekali sampai kat sini layan aje la.
Firman Allah s.w.t. bermaksud:

"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[*5]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (A1-A’raaf: 31)

[*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.

[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.

esok ada kerja nak buat lagi so itu je la yang bole dikongsikan untuk trip kali ni.

12 ulasan:

  1. aihhh...besor2nye udang...koi dah lapo ni..bila nk blanje koi makan udang besor ni?

    BalasPadam
  2. udang tu nampak fresh,,, buat sambal bestt tuuu

    BalasPadam
  3. ~~~@@@~~~
    Assalamualaikum salam sejahtera,
    Pemanis kata pembuka bicara;
    Dari Blog kami bercerita,
    Untuk tatapan sahabat semua.
    ~~~@@@~~~

    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    uhhh makan udang tapi kira sekilo tu siap da masak ke.... sedapnya... dapat udang segar masak butter... atau bakar aje fuhhhh maveles... best sangat...

    but betul tu banyak yang dapat di pelajari dan panduan... thanks ye

    BalasPadam
  4. Selalu gak pi Penang, tapi tak penah lagi sampai Teluk Tempoyak. (dulu pernah dengar dan tengok kat tv pasal tempat ni, dlm rancangan makan-makan).

    Mesti best tu kan? Penang ni memang terkenal dgn makanan yang sedap!

    BalasPadam
  5. Penang memang syurga makanan. Kali terakhir kami ke sekeluarga ke Penang 3 tahun lalu, memang asyik buat edisi 'jalan-jalan cari makan' sepanjang hari. Mee udang Teluk Kumbar sahaja yang gagal kami temui, hehehehe

    BalasPadam
  6. Bestnye jalan2 cari mkn. Dah lama saya tak ke penang. Dulu 3 tahun belajar kt USM, lepas konvo langsung x singgah penang.

    Jom mkm mee banjir( mee udang tapi selayaknya dinamakan udang mee) kt kuala sepetang Taiping.

    BalasPadam
  7. makannya best...duitnya best jugak....

    BalasPadam
  8. assalamualaikum:

    mimie: ace kabo awei bule koi bawok skali ke sana

    ain: sakit perut maan sambal, podehhhh

    afzainizam: yap, siap masak, siap makan dan siaaaaap bayar yea

    iman: jom makan kang masuk angin kluo pon angin je

    kak azieazah: ikut orang bawak kat mana, kita ni blasah je

    marni: orang yang suka makan mesti g cari tempat cenggini sapa nak cuba bule le try test

    shameel: now everyone can fly....insyaallah mesti sampai semula tempat nostalgia tu

    cekgu jang: orang kabo alah membeli menang memakai, alah makan... jaga poket bule pokai

    BalasPadam
  9. SEDAPNYA MAKAN..... LAPAR LE NI

    BalasPadam
  10. sedap nyeeeeee.... tak pernah sampai kat sana.

    BalasPadam
  11. nina: wuih makan memang sedap paling sedap makan free

    seri: jangan panjang sangat 'nye' tu kang meleleh pulok air liur

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap