stresssssss (dah macam bunyi ulo la pulok)
tah hapa mimpi bos besar...
(bila la gamaknya korang nak sampai kat rumah. nak tengok buku sekolah anak lagik, nak tengok bini lagik... nak tengokkkk... argh dah sampai tu semua orang dah tido agaknya)
dalam huru-hara pilihanraya ni, kami pon kena le
tempiasnya... orang gomen. pukul 5 petang panggil
meeting tergempar. aiseh! rosak rancangan nak
shopping petang semalam...
meeting bagai nak rak, sama rak dengan langit yang berdentum-dentam marah kat warga kota gamaknya, kerja tak ingat nak balik rumah... aku agak le... sambil curik-curik lari gi maghrib,
meeting tamat pukul 8 malam. bergegas gila la balik. kat rumah pon henpon berbunyi lagi ada arahan terbaru gara-gara nak buat program kat kawasan hulu yang tengah
panas sekarang ni.
(bang! tolong jangan kedekut bagi
signal,malam-malam cenggini, hujan lak tu, brek pon tak guna!)
pagi ni, dalam renyai-renyai hujan, gi kerja ada gak yang tergolek atas jalan. tak le cedera teruk. aku malas le snap tak tentu arah, kang kena marah, lagik pon nak cepat kejo
punch card. sampai opis, arahan malam tadik bertukar lagik... suka ati la kerana tau arahan akan berubah dari semasa ke semasa selagi program tak selesai.
kesian kat kawan aku bila dia kata, "aku baru balik dari
check jantung, tu yang lewat datang opis ni"
mestikah aku cakap kat dia, "sabtu lepas aku ziarah suami rakan isteri aku yang
meninggal masa main futsal. kompom sakit jantung..." "cis! cabulnya mulut ko..."
idop ini penuh cabarannnnnn