Khamis, 16 Mei 2019

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:

“Dalam Hadis Qudsi Allah SWT berfirman, ‘Dustalah pengakuan seseorang yang mengaku mencintai-Ku, namun tatkala malam menghampiri ia malah tidur mengabaikan Aku.”

Jika engkau menjadi bahagian daripada orang-orang yang mencintai Allah, maka engkau akan merasa tersiksa oleh tidurmu, kecuali tidur yang tidak disengaja. Orang yang mencintai itu lelah, dan yang dicintai selalu tenang. Orang yang mencintai adalah pencari, sedangkan yang dicintai adalah yang dicari.
Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman kepada Malaikat Jibril: “Wahai Jibril, tidurkanlah Si Fulan dan bangunkanlah ia!”

Firman ini memiliki dua pengetian: 

Pertama, Dia berfirman, “Bangunkanlah fulan yang mencintai dan tidurkanlah fulan yang dicintai. Orang yang mengakui mencintai-Ku harus Aku berikan tantangan dan menempatkannya pada posisi seharusnya agar ‘dedaunan’ yang tumbuh di dalam hatinya menjadi berguguran. Bangunkanlah dia agar jelas bukti pengakuannya serta terwujud rasa cintanya.
Dan, tidurkanlah ia, kerana dia adalah orang yang dicintai yang telah lama mengalami kelelahan. Tidak ada satu pun yang tersisa baginya untuk selain diri-Ku. Aku mengambil cintanya untuk-Ku. Pengakuannya terbukti, begitu juga dengan keterangannya dan pelaksanaannya terhadap janji-Ku. Taubatnya menghampiri-Ku, begitu juga dengan penunaiannya terhadap janji-Ku. Ia adalah tamu. Seorang tamu tidak diminta untuk melayani dan bekerja. Tidurkanlah dirinya pada meja makan kurnia-Ku, serta tenangkanlah dirinya dengan kedekatan kepada-Ku. Kasih sayangnya sungguh benar. Maka, lenyaplah seluruh beban dirinya!”
Kedua, Dia berfirman, “Tidurkanlah fulan, kerana ia menginginkan reda makhluk melalui ibadahnya kepada-Ku. Bangunkanlah fulan, kerana ia mendapatkan reda-Ku dengan cara beribadah kepada-Ku. Tidurkanlah fulan, kerana Aku membenci suaranya. Bangunkanlah fulan, kerana Aku ingin mendengar suaranya.”

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Jala Al-Khathir.
Reaksi?:

0 orang adijauhari:

TeRhAnGaT

get this widget here

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

nyinggoh borok ngekek