Khamis, 18 April 2019


MENURUT Imam Al-Ghazali, bagi orang yang sudah sangat mendalam pengetahuan makrifatnya dan sudah menyingkap rahsia kekuasaan Allah walaupun hanya sedikit, maka hatinya akan diliputi perasaan bahagia yang tak terhingga. Kerana begitu bahagianya, dia akan menemukan dirinya seolah-olah terbang. Dia juga akan merasa hairan dan takjub menyaksikan keadaan dirinya. Ini termasuk hal-hal yang tak dapat dibayangkan kecuali dengan cita rasa (dzawq).

Bahkan, kadang cerita-cerita sufi pun tak banyak membantu. Semuanya tak dapat dilukiskan oleh kata-kata. Ini juga membuktikan bahawa makrifat kepada Allah merupakan puncak daripada segala kenikmatan. Tak ada kenikmatan lain yang dapat mengalahkannya.

Abu Sulaiman Ad-Darani pernah mengatakan, “Allah memiliki beberapa orang hamba, mereka menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah, bukan kerana takut neraka atau berharap syurga. Lalu, bagaimana mungkin mereka disibukkan oleh dunia dan meninggalkan Allah?”
Maka, wajar saja jika ada seorang murid dari Ma’ruf Al-Karkhi bertanya kepada gurunya, 
“Apa yang membuatmu beribadah dan meninggalkan pergaulan dengan manusia yang lain?”
Sejenak Ma’ruf Al-Karkhi terdiam. Lalu menjawab, “Aku ingat mati.”
“Ingat apanya?” tanya muridnya lagi.
 
 

 “Aku ingat kuburan dan barzakhnya,” jawab Al-Karkhi.
“Ingat kuburan? Bahagian yang mana?” tanya murid itu lagi.
“Rasa takut pada neraka dan berharap syurga,” jawab Al-Karkhi.
“Bagaimana boleh begitu?”
“Sesungguhnya dua malaikat ini ada dalam kekuasaan-Nya. Jika engkau mencintai-Nya, maka engkau akan melupakan itu semua. Jika engkau mengenal-Nya, maka cukuplah itu semua!”

Ma’ruf Al-Karkhi mengingatkan kita bahawa perasaan takut dan berharap masuk syurga adalah harapan rendah bagi orang yang beribadah. Sebab, orang yang benar-benar beribadah kepada Allah dan mengharap perjumpaan dengan-Nya, pasti merindukan-Nya dengan penuh cinta, dan pasti akan melupakan segalanya. Dia hanya berharap memandang wajah-Nya. Dalam sebuah kisah disebutkan bahawa Nabi Isa a.s. bersabda,
“Jika engkau melihat seorang pemuda mencari Tuhannya, maka sungguh dia akan lupa segala-galanya!”

Ali Ibnu Al-Muwaffaq mengatakan,
“Aku bermimpi seolah-olah masuk syurga. Aku melihat seorang lelaki duduk menghadap sebuah hidangan. Dua malaikat duduk di kanan-kirinya menghidangkan makanan yang serba lazat. Dia sendiri nampak begitu menikmatinya. Aku juga melihat seorang lelaki berdiri di pintu syurga sedang mengawasi wajah-wajah manusia. Sebahagian dipersilahkan masuk dan sebahagian lagi ditolak. Aku melewati dua orang lelaki itu menuju Hadirat-Nya yang suci. Kemudian, di khemah Arasy aku melihat seorang lelaki lagi, matanya terbuka dan tak berkedip, memandangi Allah SWT. Lalu, aku bertanya kepada Malaikat Ridwan, “Siapakah orang ini?” Lalu dia menjawab, “Dia adalah Makruf Al-Karkhi. Dia hamba Allah yang tidak takut neraka dan tidak rindu syurga tetapi cinta kepada Allah SWT. Maka, dia diizinkan memandangi-Nya hingga Hari Kiamat. Dia menambahkan dua lainnya adalah Bisyr Al-Harits dan Ahmad Bin Hanbal.”
Abu Sulaiman berkata, “Siapa saja yang hari ini sibuk dengan dirinya sendiri, maka besok dia juga akan sibuk dengan dirinya sendiri. Siapa saja yang hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka besok dia akan sibuk dengan Tuhannya.”

Sofyan Ats-Tsauri suatu ketika bertanya kepada Rabi’ah Al-Adhawiyah, “Apa hakikat imanmu?” Lalu dia menjawab,
“Aku tidak menyembah-Nya kerana takut neraka atau berharap syurga. Aku tidak seperti buruh yang jahat—jika dibayar bahagia, jika tak dibayar bersedih—Aku menyembah-Nya semata-mata kerana cinta dan rindu kepada-Nya.”

-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha.
Reaksi?:

0 orang adijauhari:

TeRhAnGaT

get this widget here

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

nyinggoh borok ngekek