Jumaat, 20 Januari 2012

napa kena 'naik' saksi?

aku ni takde la tua sangat, bila ada pulak yang panggil tuan lagi la aku gelabah beruk... (jadik tolong la jangan panggil aku tuan). cuma dua tiga menjak ni memang terpaksa jadik bos kat opis sebab bos besar dan lagi besar kat atas aku tak diisi.... maka banyak le yang aku tanggung. termasuk tanggung azab kalo nak kena marah dengan orang atasan.

errr bukan itu yang nak crita. crita sebenar ialah bila member ajak jadik saksi anak dia nak kawin. kami (sorang lagi kawan @ jiran yang diajak jadik saksi) turut berseloroh "heee... saksi 25%!" dan bila imam kata kat bapa si perempuan (jiran kami ni) "nanti kena sediakan duit rm160 untuk bayo tok kadi, saksi dan bla, bla, bla..." sengih kami lagik lebar.

lepas setel urusan isi borang, kami dibawa soru kat sebuah kedai makan. dah tentu banyak crita hal kawin disembangkan. memandangkan aku ni semua anak lelaki, manakala member yang jadik saksi kedua baru dapat anak (semua pompuan) maka isteri jiran aku pon memeriahkan suasana:

"haa bole le amir berbesan dengan rusdi ni nanti..."

aku diam jap, amik napas dan kata, "dua perkara yang tak bole buat main, kawin dan cerai. kalu bergurau pon bole menjadik. haaa jadik statement cenggitu bahaya laa."

kalu le bapak si pompuan yang berkata cenggitu kat aku dan terima offer dia serta cukup syarat saksi maka nikah bole jadik sah. maka anak kita yang kecik-kecik ni kawin le tanpa pengetahuan dia. malangnya bila dia beso nanti dia kawin pulak dengan orang lain. jadik tak heran le kalu ada hadis nabi yang mengabarkan anak zina akan berleluasa kelak.

psst: orang tua-tua kita dulu rajin buat keja gitu, jadik eeelok le kita beringat!

Isnin, 9 Januari 2012

,

ada gajah setiap subuh?

orang melayu berpolitik memang teruk... bukan matlamat yang dijaga tapi brapa banyak yang bole disebat dan dikebat!

...

"yakinlah betapa masanya untuk kita menguasi dunia sudah tiba" kata tok khatib dengan penuh optimis dan wajah yang kompiden.

"15 hari saya di gaza, hampir 115 buah masjid dimusnahkan oleh yahudi, kenapa masjid jadik sasaran? kerana mereka tau di situ le pusat kekuatan orang islam"

dari sudut sejarah, kata tok khatib bahawa pusat kekuatan dunia dahulunya berada di timur. lihat aje kerajaan firaun, himyar, babylon, persia dan sebagainya. kendiannya berpindah ke eropah di tangan romawi, athens, greek dan lain-lain lagi. "tapi dengan izin Allah ia kembali ke pangkuan timur di bawah naungan Islam. malangnya atas kealpaan kita akhirnya ia berpindah semula ke eropah!" tok khatib menyorot sejarah dalam khutbahnya.

tok khatib memberikan justifikasi kuasa dunia akan berpindah ke timur:

1. "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, ... " (maksud surah Yunus:49). maka dah dekat sampai masanya untuk ajal (expired date) umat/bangsa yang zalim yang memerintah dunia

2. "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." (maksud surah al-Isra :81). retinya kezaliman tak selamanya bertahan

3. "...Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih." (maksud surah Anbiyak :105). dan janji Allah jelas bahawa bumi ini hanya untuk dimakmurkan bukan untuk dibinasakan dan orang yang memakmurkan bumi ini tentu le orang yang saleh je

dan seperti besa, lepas jemaat di kedutaan indon tu berakhir, kami akan ikut membahaskan serba sedikit khutbah pak imam tu. "ko tau apa kesimpulan tok khatib tu tadi?" joe diam je sambil sengih nunggu aku ngabihkan ayat power...

"walopon yahudi dah bagitau rahsia, heee... rentikan la kita nak takluk dunia kalu waktu subuh kita jemaahnya tak seramai waktu solat jumaat... tu pon asik subuh gajah je, camana!"

Selasa, 3 Januari 2012

,

bahana crita mistik ke ni?

tahun baru ni rasa tak berseri pulak...

ahad lepas ke pasir gudang, jb untuk berziarah ibu saudara yang dah lama tak berjumpa. khabar tak baik betapa dia kini terlantar sakit teruk kerana disihir orang. penyakit yang dah lama tapi kian kelihatan sengsaranya akhir-akhir ini. rambutnya pon banyak yang gugur selain pergerakan terpaksa dipapah.

mengikut crita sepupu, sihir ini dah diakui oleh beberapa ustaz yang pakar mengubat. baru-baru ni seorang ustaz dari darul syifa' telah merawatnya. apabila diurut hujung kakinya keluar pasir. ustaz tu sendiri muntah darah waktu mengubatnya. diperkirakan sihir ni dimport dari siam. selain pasir ditabur di dalam rumah, ada benda kotor turut diletakkan dalam makanan. semuanya untuk melepaskan rasa sakit ati orang pada mak sedara aku ni. dan yang buatnya pon orang yang akrab kluo masuk dalam rumah, begitu menurut kata beberapa pengamal perubatan tersebut.

"berasabar le mak ngah, Allah nak ujji kita ni untuk diberikan pahala yang banyak atas kesabaran kita. pada orang yang berbuat tidak baik tu takpe la... ada hutang yang bole kita tuntut di akhirat kelak" itu je la yang bole aku katakan.

psst: sbenonya ada beberapa kes lagi yang hampir sama aku hadapi sejak menjak ni. letih juga bila berhadapan dengan hal cenggini. nanti le ada kesempatan aku sambung lain kali.