Isnin, 31 Oktober 2011

Berapa Harga Isteri Anda..???

n3 copy paste dari emel ni untuk renungan kita bersama sempena nak nyambut raya aji ni...

HARGAILAH ISTERI ANDA...

Mulianya isteri di sisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan, jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15hari sebulan dia tak wajib solat tetapi Allah anggap waktu itu solat terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu...

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Tapi bila dah habis cuti tu, layanlah suami... offer lah pada suami. Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala... jangan buat deekkk jeee. Jangan buat alasan itu dan ini pulak… ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih... Orang lelaki tak ada cuti dari solat... solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa ampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Alah ke atasnya jua...

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurga-Mu... namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu... kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu..."

"Ya Allah. jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang bertaqwa, ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" 10 x

Khamis, 27 Oktober 2011

ada ke mc hari ahad?

cuti skoloh dah dekat, yang nak kawin tu dah apply cuti ke?

*******

"kadang-kadang kelakar juga mengingatkan dorang ni, dorang ni jujur tapi pemalu" kata sorang cekgu baru yang kena mengajar sekolah orang asli di perak.

"pnah satu ketika, dorang naik moto bertiga dan tak bertopi keledar, polis tahan, "ence kalo nak tumpang nanti syaya hanta dorang balik dulu, dah tak muat ni..." terkulat-kulat le polis tu. tapi tak lama kendian orang asli tu datang balik" manis je bila aku tengok cekgu tu tersenyum, "diorang ingat polis nak tumpang le tu"

"cuma yang tak tahan, dorang datang sekolah ikut suka dia je... kekadang cuti sampai tiga bulan"

"haaa? ingat gomen je bule amik cuti cenggitu. bebudak ni pon ada cuti camtu ke?" tanya aku heran sambil dok perati beberapa pelajar orang asli yang menikus dalam LDK ketika menyertai satu program kembara.

"kalo time musim buah tu besa la dorang tak datang sekolah. tapi yang tiga bulan ni sebab cuti kawin!"

hoh! lagi la beso mulut aku melopong.

"tu yang kekadang saya segan tu, ngadap anak murid yang kawin." kata cekgu yang cumel ni dan masih blom berpunya. heee... besanya dorang kawin muda. yang pompuan seawal 14 tahun. yang pompuan pakat tak ke sekolah le bila dah kawin, cuma para suami je yang akan pergi ke sekolah. crita ni mengingatkan aku ketika di pulau bonggi dulu buat penyelidikan.

psst: err... tak brapa nak kebah lagi rupanya. so kurang le berblog dan baru ni masuk lagi air bateri dalam badan. uuuuiii seriau tengok jarum tu... serik tul nak g spital. doktor pon pelik bila aku mintak mc hari ahad "saya kena g opis ari ni!"

Jumaat, 21 Oktober 2011

andai kutahu...

muammar gaddafi dah mati... aku cuma baru rasa macam setengah mati.

dah selesai program aku kat central market semalam, senang sikit ati. tapi peristiwa sehari seblomnya seolah-olah macam la aku nak lari dari belenggu masalah nak setelkan projek tu.

cam biasa, masuk opis ingat nak g sarapan tapi member baik tak kelihatan. so bio dulu le... tetiba sakit menangkap bahagian belakang pinggang, seblom perut ikut sakit semacam. ni bahana crita pasal doktor dalam n3 seblom ni ke? ketulahan! dalam mamai berjalan, aku beli seracik buah dengan air mineral untuk alas perut tapi tak bule telan banyak bila perut macam nak terbelah. terasa cam ada bonjolan yang sedang menekan. sudahnya aku bergolek kat tepi kerusi bawah meja. untung je ada sorang kawan yang kebetulan masuk dan terus panggil member lain untuk bantu.

perjalanan pagi ke hkl memang stended dengan jammed. aku dah bergulung-gulung menahan sakit. terlintas kat sorang kawan sekelas masa tingkatan 3 yang meninggal, dengo crita kerana sakit dalam perut. aku pon istighfar bebanyak kot aku juga sedang dalam perjalanan ke arah itu. dah dekat hospital, akhirnya aku muntah. cuma satu je, walau kesakitan tak tertahan fikiran aku masih waras untuk menunggu satu lagi petanda sama ada aku dah nak mati ke tak ni (sambil mengingat dosa yang banyak). aku blom nampak orang yang kita kasihi yang dah lama mati datang melambai-lambai ke arah kita. itu le senjata terakhir setan untuk menyesatkan kita.

uiiii, rupanya sakit kena cucuk untuk masukkan air bateri dalam badan kita heh! bahu sengal semacam bila kena enjet ubat tahan sakit. dan alhamdulillah, hari ni semakin sehat dan Allah masih bagi ruang untuk menjadi muslim terbaik dari hari seblomnya... moga-moga begitu selayaknya.

pssst: walopon dapat mc dua hari, tetap keja. lagipon tayah punch, jadik tayah le aku kotorkan dan pecahkan rekod selama keja dekat 15 tahun ni dengan menghantar mc tu.

video(copy dari klip member n tacap sikit-sikit)

Selasa, 18 Oktober 2011

lama bertapa gemuk idea

arakian diceriterakan orang, sorang lelaki bawa isterinya yang mandul berjumpa doktor. doktor dengan seriusnya memeriksa nadi wanita tersebut dan sambil mengeleng kepala dia pon bagitau pada si suami, "huh! takde gunanya ko bagi dia makan ubat-banyak-banyak!"

kaget si suami mendengonya sambil sekilas menjeling isterinya yang turut terkesima, "napa plak doktor?"

"menurut telekan perubatan, isteri kamu ni tak bule idop lama, abih-abih pon patploh ari je lagik!"

mendengar kata-kata doktor tu, wanita tu dah pon bagai hilang rohnya. syahdan bermuram durjalah ia. maka difaraidkan hartanya, diwasiat, diagih dan didermakanlah sebahagiannya. diperlakukan selayaknya bagi orang yang tau bila malaikat maut nak datang jumpanya nanti. beramallah ia sepenuh ati hinggakan mood nak makan dan minum pon ikut melayang.

arakian cukup patploh hari dilihat si suami, isterinya idop lagi maka musykil le dia. dibawanya ke pengetahuan doktor tadi untuk mengadul hal. doktor dengan muka toyanya berbisik pelan-pelan, "heee aku dah agak hal itu akan terjadi. maka sekarang ko bule balik dan gaulilah dia..."

"pulak? apa crita sbeno ni doktor?" frust je suami tu (tak tau le sama ada dia menyimpan niat nak kawin baru ke tak - teks tambahan penyunting)

"heh! gini... masa ko bawak dulu, aku nengok bini kamu tu gemuk sangat. jadik aku nakut-nakutkan dia dengan hal kematian. disebabkan trauma dengan kematian maka kurus le dia dek tak makan. sekarang, pintu rahimnya dah terbuka dan barangkali bule le dia beranak lepas ni"

pssst: heee lama bersuluk dari blog ni bawak pulak crita sensitif gini yerk! jangan maraah yea sebab ni peringatan yang diambil daripada imam al-ghazali dari kitab ihya ulumuddinnya yang menganjurkan kita supaya elakkan diperbodohkan dan belajar pulak ilmu yang tak bermanfaat.

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong