Isnin, 29 Ogos 2011

pilih gembira atau duka

di sebuah wad bersalin, tentulah yang kalut ialah para doktor, bidan dan jururawat yang nak menyambut orang bersalin. tapi bila nak menyambut anak bulan syawal, pasti le penyimpan mohor besar raja-raja dan kaki skodeng anak bulan yang ditempatkan di merata-rata lokasi di seluruh negara. semuanya gara-gara nak menggembirakan sebahagian orang yang tak sabar nak berhari raya.

(kad raya dari sharom, mintak mahap kalo kad raya ghodong lain tak disiarkan)
bagi yang bersedih kerana ramadhan berakhir, menginsafi betapa dah ramai orang yang tak sempat menamatkan ramadhan dan menyambut syawal lantaran terlebih dahulu dijemput Ilahi, lalu berfikir apakah kita akan sempat bertemu ramadhan akan datang.

semalam dah siap kacau dodol, ketupat pon dah anyam tapi dek kerana giliran beraya di temerloh, orang lain le yang akan merebus ketupat yang siap aku anyam. kabonya bandar temerloh tengah sesak gila. nak masuk pon tak bule... berlapis dah kereta.... jadi rentikan dulu niat nak bershopping tu. pakai aje le apa yang ada. raya tetap akan raya walopon tanpa baju raya... cuma daging dah beli lum?

video
psst: dipercayai lembu yang terlepas ini juga tak sempat sama skodeng anak bulan... slamat hari raya dan moga bergumbira bersama kluarga, sanak saudara dan jiran tetangga...

Jumaat, 26 Ogos 2011

siri bersembang dengan setan 4


ada kawan dari jauh bagi kad raya, nida dari niuzelen, bukannya felda niuzelen kat pahang tu yea..

sambung lagi crita setan...

Iblis Dibantu Oleh 70,000 Anak-anaknya

iblis mempunyai 70,000 anak. dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan. sebahagiannya ditugaskan untuk mengganggu ulama, anak muda, orang tua, wanita tua, dan sebahagiannya juga ditugaskan kepada para zahid. antara kerja mereka:

1. suka kencing telinga manusia hingga ia tidur waktu solat berjamaah. tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

2. suka taburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

3. suka berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus .

4. suka duduk di pinggul dan paha seorang wanita yang berjalan, lalu dihiasinya agar setiap orang memandangnya. syaitan juga berkata,"keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

"anak-anakku selalu menyusup dan berubah dari satu lokasi ke lokasi lain, dari satu pintu ke pintu yang lain untuk goda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. akhirnya mereka sembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak terasa. tahukah kamu, Muhammad? bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

opis lengang, jalan raya pon lenggang

memetik kata sahabat yang memberi emel kepada aku:

Jika HATI sejernih AIR, Jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biarkan IA mendung,
Jika HATI seindah BULAN, Hiasi IA dengan IMAN.

Sebelas bulan Kita kejar dunia,
Kita umbar nafsu angkara.
Sebulan penuh Kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan Kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.

nah! duit raya supaya hati lebih berbungaaaa...


psst: bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

Selasa, 23 Ogos 2011

siri bersembang dengan setan 3

pnah baca crita sorang lelaki tebang pokok beso yang berantu tapi dihalang oleh setan? walopon setan tu kuat, tapi lelaki tu berjaya kalahkan setan tu lantaran ketaqwaannya pada Allah. tapi bila dirasuah dek setan dengan janji setiap hari ada dinar emas di bawah bantalnya, akhirnya lelaki tu dengan mudah ditewaskan oleh setan selepas setan ngelat bayo wang perlindungan tersebut.

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

pertanyaan nabi s.a.w, dijawab oleh syaitan seperti berikut:

1. kawan iblis - pemakan riba
2. sahabat iblis - penzina
3. teman tidur iblis - pemabuk
4. tetamu iblis - pencuri
5. utusan iblis - tukang sihir
6. kegembiraan iblis - bersumpah dengan cerai
7. kekasih iblis - orang yang meninggalkan solat jumaat
8. manusia yang paling membahagiakan iblis - orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

rasulullah s.a.w lalu bersabda: "segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."

iblis segera mencelah, "tidak, tidak... tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku. demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan sesatkan mereka semua, baik yang bodoh atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"siapa orang yang ikhlas menurutmu?"

"tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku tinggalkannya. selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Isnin, 22 Ogos 2011

puasa menajamkan akal

kuiz ramadhan

kita berehat dulu daripada n3 sembang dengan setan. meh kita test minda kerana diakui bahawa bila kita banyak berposa minda akan lebih bersih dan mudah menerima ilmu. dalam erti kata yang lain, itu le rahsia bijak pandai ulama kita yang terdahulu.

sila baca ikut telo arab:

al-shiamu ...
(a) jannah
(b) jinnah
(c) junnah

jawapan: ...

terjemahan pada soklan tersebut:
puasa ialah ...
(a) syurga
(b) jin (pompuan la kot)
(c) perisai

ada sapa betui? jawapannya c

kesimpulan: sila baca al-quran dengan sebutan, baris dan makhraj yang betui. kalu tak, nanti salah je sebut, maknanya akan jadik salah/bertukar maksud

pssst: kalo baca doa ya Allah adhilna jinnah - maksudnya kita minta Allah masukkan kita dalam (kumpulan jin) bukannya masuk syurga

Ahad, 21 Ogos 2011

siri bersembang dengan setan 2

kata imam syafie dan imam ghazali, "kalo puasa jatuh hari isnin ada kemungkinan lailatul qadr turun pada malam 21" gitu la pesan ustaz yang ceramah kat surau itu hari. moga kita lipat gandakan amalan pada 10 terakhir ramadan nih.

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"apa yang kau rasakan jika lihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
"aku merasa panas dingin dan gementar."
"kenapa?"
"sebab, setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat."

"jika seorang umatku berpuasa?"
"tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."

"jika ia berhaji?"
"aku seperti orang gila."

"jika ia baca al-quran?"
"aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"jika ia bersedekah?"
"itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
"mengapa begitu?"
"sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"suara kuda perang di jalan Allah."

"apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
"taubat orang yang bertaubat."

"apa yang dapat membakar hatimu?"
"istighfar di waktu siang dan malam."

"apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"sedekah yang diam-diam."

"apa yang dapat menusuk matamu?"
"solat fajar."

"apa yang dapat memukul kepalamu?"
"solat berjamaah."

"apa yang paling mengganggumu?"
"majlis para ulama."

"bagaimana cara makanmu?"
"dengan tangan kiri dan jariku."

"di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"
"di bawah kuku manusia."

Jumaat, 19 Ogos 2011

siri bersembang dengan setan 1

memanjangkan peringatan yang panjang ni (dengan sedikit suntingan) untuk kita amik ikhtibar

.......

ketika kami sedang bersama rasulullah s.a.w di kediaman seorang sahabat anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? sebab kalian akan memerlukanku. "

rasulullah s.a.w bersabda:"tahukah kalian siapa yang memanggil?"
kami menjawab: "Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
beliau melanjutkan, "itu iblis, laknat Allah bersamanya."
umar bin khattab berkata: "izinkan aku membunuhnya wahai rasulullah"
nabi s.a.w menahannya: "sabar wahai umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan oleh Allah untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
ibnu abbas r.a berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. pada janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah s.a.w lalu bertanya kepada iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

iblis segera menjawab: "kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

diringkaskan: selain itu, manusia yang dibenci syaitan ialah:

1. pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT.

2. orang alim dan wara'

3. orang yang selalu bersuci."

4. seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain - tanda kesabarannya; ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar

5. orang kaya yang bersyukur - tanda kesyukurannya; ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."

Khamis, 18 Ogos 2011

berhati-hati! labur tapi lebur

Daripada Abi Hurairah r.a katanya, Baginda Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada para Sahabat; “Tahukah kamu sekalian akan siapakah gerangannya orang yang MUFLIS!"

Para sahabat pun meneka; “Setahu kami, MUFLIS itu bermaksud orang yang tiada wang yakni dirham dan tiada harta miliknya."

Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan; “Sebenarnya MUFLIS di kalangan umatku ialah orang yang datang di hari kiamat yang penuh sarat dengan pahala solat, pahala puasa dan pahala zakat. Akan tetapi, malangnya dia di dunia dulu sering mencaci maki si Fulan dan menuduh si Fulan dengan tuduhan yang palsu dan dusta. Dia juga pernah menumpahkan darah si Fulan dan memukul si Fulan. Sebagai hukumannya, pahala kebajikannya baik pahala solat, puasa dan zakat serta lain-lainnya di dunia, akan diserahkan kepada mereka yang dizaliminya hingga apabila selesai pahalanya, maka akhirnya diambil pula dosa-dosa orang yang dizaliminya lalu dicampakkan kepadanya dan akhirnya dia pula dihumban ke dalam neraka”. (maksud hadis riwayat Imam Muslim).

psst: banyakkan sedekah dalam bulan posa ni, jangan lupo bayar ftrah, zakat pendapatan, zakat simpanan dan zakat emas kalo ada terlebih nisab dan cukup haulnya...

Selasa, 16 Ogos 2011

kita tak sama dan sama sekali berbeza

aku tak layak untuk membahaskan isu kalimah Allah. cuma peringatan bahawa isu perkongsian nama Allah takan selesai kerana mereka memilih untuk terus bermusuhan dengan kita, umat islam. kalaupun ada ulama islam yang berpendapat sesapa pon di kalangan orang kafir harus menggunakan nama Allah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran:

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)"(maksud surah Al-Ankabut; ayat 61)

namun konsepnya, mereka mengakui kekuasaan Allah cuma dalam masa yang sama mereka mensyirikkan Allah (sembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah). abih tu apa crita "Allah" dalam pemahaman kristian?

tuhan mereka bertumbuk dan kalah:

Genesis 32:25-28 disebutkan yakub berkelahi melawan Allah sejak malam hingga fajar menyingsing. Karena Allah tak dapat mengalahkan yakub, maka Allah memukul sendi pangkal paha Yakub dan berkata bahwa yakub telah melawan Allah dan manusia dan yakub menang.

tuhan sekutunya (triniti), jesus dihina

27:27 Kemudian serdadu-serdadu wali negeri membawa Yesus ke gedung pengadilan, lalu memanggil seluruh pasukan berkumpul sekeliling Yesus. (28) Mereka menanggalkan pakaian-Nya dan mengenakan jubah ungu kepada-Nya. (29) Mereka menganyam sebuah mahkota duri dan menaruhnya di atas kepala-Nya, lalu memberikan Dia sebatang buluh di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut di hadapan-Nya dan mengolok-olokkan Dia, katanya: “Salam, hai Raja orang Yahudi!” (30) Mereka meludahi-Nya dan mengambil buluh itu dan memukulkannya ke kepala-Nya. (31) Sesudah mengolok-olokkan Dia mereka menanggalkan jubah itu dari pada-Nya dan mengenakan pula pakaian-Nya kepada-Nya. Kemudian mereka membawa Dia ke luar untuk disalibkan.[Matius 27:27-31]

tuhan jesus merintih:

Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: “Eli, Eli, lama sabakhtani?” Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku? [Matius 27:46]

tuhan jesus lapar dan tak berkuasa mengadakan makanan

11:12 Keesokan harinya sesudah Yesus dan kedua belas murid-Nya meninggalkan Betania, Yesus merasa lapar. 13 Dan dari jauh Ia melihat pohon ara yang sudah berdaun. Ia mendekatinya untuk melihat kalau-kalau Ia mendapat apa-apa pada pohon itu. Tetapi waktu Ia tiba di situ, Ia tidak mendapat apa-apa selain daun-daun saja, sebab memang bukan musim buah ara. [Markus 11:12-13]

tuhan jesus tido:

Sekonyong-konyong mengamuklah angin ribut di danau itu, sehingga perahu itu ditimbus gelombang, tetapi Yesus tidur. [Matius 8:24]

dan macam-macam sengsara yang dilalui tuhan jesus sekaligus menunjukkan kelemahan sebagai tuhan!

pssst: sila amik perhatian pada gambar tu, sesapa yang pnah bli frame cenggitu cuba tengok eeelok sebab itu ialah ayat bible yang ditulis dalam bahasa arab... kang gantung kat rumah dok ingat ayat al-Quran plak...

Khamis, 11 Ogos 2011

nak sangat kongsi nama Allah

'Lebih menghairankan, tiga peserta Islam cuba dibawa keluar menerusi pintu belakang, menyanyikan lagu Alhamdulillah dan Allahuakbar, serta soalan kuiz Islam turut diberikan kepada peserta.'

serabut umat islam melayu kita nih!

kerana ada yang menyokong kita kongsi nama Allah maka boleh le mereka nak bernasyid dan berzikir cenggitu, kan?

sebeno tak heran kalo dorang buat begitu. malah dikatakan bahawa pnah (aku tak pasti sama ada menjadi amalan ke) mereka berselawat 'tala'al badru' ketika menyambut paderi masuk ke gereja. napa dilagukan begitu? kerana liriknya yang bererti pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w telah ditukarkan maksudnya kepada paderi tersebut

pssst: kita serba satu skarang ni sesuai dengan slogan 1malaysia

Selasa, 9 Ogos 2011

bonus sepanjang hayat

dah ble amik ke bonus? tengok kat mesin atm, lengang je mesti tak kluo lagi... hee gamaknya, kakitangan awam dari tido malam tadi sampai ke opis hari ni, sengih tak brenti fikir pasal bonus

apa kata kita tengok pemimpin negara lain bagi bonus kat rakyat dia!

*Did you know this about Libya?*

Some other facts (that mainstream media will never disclose) about Gaddafi and Libya

- Loans to Libyan citizens are given with NO interest.

- Students would get paid the average salary for the profession they are studying for.

- If you are unable to get employment the state would pay the full salary as if you were employed until you find employment.

- When you get married the couple gets an apartment or house for free from the Government.

- You could go to college anywhere in the world. The state pays 2,500 euros plus accommodation and car allowance.

- The cars are sold at factory cost.

- *Libya does not owe money, (not a cent) to anyone. No creditors.

- Free education and health care for all citizens.

- 25% of the population with a university degree.

- No beggars on the streets and nobody is homeless (until the recent bombing).

- Bread costs only $0.15 per loaf.

No wonder the US and other capitalist countries do not like Libya. Gaddafi would not consent to taking loans from IMF or World Bank at high interest rates. In other words Libya was INDEPENDENT! That is the real reason for the war in Libya! He may be a dictator, but that is not the US problem. Also Gaddafi called on all oil producing countries NOT to accept payment for oil in USD or Euros. He recommended that oil get paid for in GOLD and that would have bankrupted just about every Western Country as most of them do not have gold reserves to match the rate at which they print their useless currencies.

Remember the last time someone had the “NERVE” to make a similar statement was when Saddam Hoosein advised all Opec countries not to accept payment for oil in US Dollars. Well, we all know what happened to him. Yes, they HUNG HIM.

pssst: ada sesapa nak pindah ke libya?

Ahad, 7 Ogos 2011

n3 jaga diri lagi

dah nak buka dah ke? air brapa warna? tu blom kira yang panas, sejuk, ada gas lagik!

ni haaa ada orang pesan:

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven a its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese med ical society as a 100% cure for the following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases,
vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and ear nose and throat diseases.

METHOD OF TREATMENT

1.. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water .....interesting

2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes

3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.

4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours

5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.

6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

pssst: huuu doyan dah turun rega ke? bebuka doyan kang kalu sendawa time terawih susoh la weh

Sabtu, 6 Ogos 2011

jaaangan tido lagiiii

ramadhan terakhir?

lepas sahur malam jemaat, sambil amik port nak landing aku bagitau orang rumah, "tadi abang mimpi..."

"mimpi apa?"

"nenek rindu kat abang... dia nak jumpa abang!"

dalam mimpi tu, kununnya aku ikut satu trip yang kendiannya singgah di kampung aku. tapi aku tak pulak amik kesempatan nyinggah kat rumah nenek aku. kendian datang sorang member bagitau, "nenek ko naaaak sangat jumpa ko, dia kabo, rindu kat ko!"

tak abih fikir aku tentang mimpi tu. sebab nenek aku ada dua orang je. sorang masih ada dan sorang lagi dah pergi meninggalkan kami pada tahun 2008 yang lalu.

jadik, nenek yang mana satu rindu kat aku ni, yang masih idop atau yang dah takde? sangkaan kuat aku yang dah takde? sebab seblom ninggal dia beria-ia pesan suruh aku balik kalo dia meninggal. walopon aku balik, tapi tak sempat jumpa sebab jarak perjalanan yang jauh ketika itu. kalo betul dia rindu kat aku, mati adalah gerbang yang akan mempertemukan semua roh di alam barzah. adakah itu petanda dekat ke aku dengan waktunya untuk tinggalkan kesenangan dunia ni?

pssst: pada nenek yang masih ada, blom lagi aku tanya perasaannya terhadap cucunya yang meremut macam mayang kelapa. buat nenek yang dah takde, aku dahpon buatkan tahlil untuknya... moga dia dirahmati Allah di sana... ya Allah ampuni dosa aku dan redhailah aku ketika hari pertemuanku dengan Engkau ya Allah.

Khamis, 4 Ogos 2011

n3 jaga diri

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.".

bulan posa ni disinonimkan dengan kesihatan. ketnya, dalam pada dok jaga kesihatan, banyak perkara yang mungkin kita terlepas pandang. ada yang dah jadik habit pon tapi dalam tak sedar habit tu memberikan kesan tak baik kepada kesihatan kita ni... cuma nak kongsikan le ingatan kengkawan yang dihantar melalui emel untuk manfaat bersama.

Health - Very Very Important Tips

Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COOL water.
Do not have HUGE meals after 5pm.
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning, less at night.
Keep your distance from hand phone CHARGERS.


Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Rabu, 3 Ogos 2011

tu la bila menonong tanak mengaji

bulan-bulan posa ni ada orang kata bulan berehat, santai dan rileks-rileks aje. walopon ramai ustaz dok kabo, "buangkan la tanggapan negatif tu..." tapi angin dan tempiasnya tetap gak terasa. tak tau le kot ni antara barakah bulan ramadhan ke, hingga kita rasa tenang je sampai nak buat kija pon "sedey (mudah) amat..." kata orang pahang.

jadik, dalam waktu senggang yang ada tu, sesekali aku dok belek buku terjemahan 'sifat solat nabi' oleh allamah syeikh hassan al-saqqaf yang dua minggu lepas dibeli. blom pon banyak halaman dibaca, terjumpa satu masalah yang aku tak tau pon - wajib qadha solat bagi orang yang solat di atas kapal terbang!

argh sudoh!

untuk kepastian, aku pun berkelewak le dalam gugel mencari hukumnya... macam-macam yang aku jumpa tapi cukup le dua pendapat dalam blog ni untuk perkongsian kita:

(i) Adakah solat yang dilakukan dengan rukhsah (yakni dengan mengambil kemudahan dan kelongaran) tadi perlu diulangi semula? Jawapannya; tidak perlu. Ibadah yang wajib, jika telah dilaksanakan mengikut yang termampu dilakukan (walaupun dengan meninggalkan sebahagian syarat atau rukunnya kerana tidak berupaya dilakukan, bukan kerana sengaja untuk bermain-main atau mempermudah-mudahkan agama), sahlah ibadah itu dan tidak perlu lagi diulangi. Inilah pandangan Imam al-Muzani (seorang murid terkenal Imam Syafi’ie) dan disokong oleh Imam an-Nawawi

(ii) dua pendapat Fuqaha berhubung masalah ini.

1) Tidak sah solat di atas kepal terbang walaupun mampu berdiri tegak. Solat di dalam kapal terbang tidak lebih solat menghormati waktu dan wajib diqada setelah turun daripada kapal terbang. Ini pendapat Syafie.

2) Sah solat di atas kapal terbang kerana ia menyamai solat di atas kapal air. Ini merupakan kebanyakan pendapat Ulama kontemporari. Mereka beralasan kapal terbang yang ada pada hari ini terdapat syarat yang dimaksudkan fuqaha iaitu tetap di atas bumi. Bukti kepada ucapan tersebut, kapal terbang yang melalui kawasan vakum akan terhempas dan tidak mampu terbang. Ini membuktikan bersambung antara mereka yang berada di dalam pesawat dengan bumi. Juga membuktikan kapal terbang dan individu yang berada di dalamnya masih tetap dengan bumi bukan terawang-awang.

psst: sesapa yang tau, atau ada kesempatan nak bertanya kat ustaz nanti bole le kongsikan hal ini

Isnin, 1 Ogos 2011

slamat nyambut bulan kemerdekaan

ketika iblis diperintahkan oleh Allah ditemu duga oleh Rasulullullah s.a.w, soklan baginda yang ke-8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba.. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.

Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sepertimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

psst: tak perlu mencederakan diri untuk taqarrub kepada Allah dan kegembiraan pertama bagi orang yang berpuasa, insyaallah tak berapa lama je lagi... so selamat berpuasa dan selamat berbuka (ok, jangan sampai membazirrrr plak!)

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong