Selasa, 31 Mei 2011

homework cuti skuloh: taraf vs tarif

adoi la kekadang senak otak mengikuti perkembangan semasa ni. suka atau tak, rasanya kena mikir juga hal yang berlaku di sekeliling kita...

sila buat karangan dan contoh yang sesuai yang menunjukkan perbezaan kedua-duanya

takrif;

taraf bererti kedudukan

tarif pulak berkaitan dengan bayaran bil elektrik yang heboh sekarang ni

kandungan

taraf hidup seseorang akan meningkat bila dilihat dari sudut pencapaian status sosial, politik mahupun ekonominya. contohnya;

1). taraf saleh yaakob di mata orang lelaki naik melonjak bila kuotanya sudah mencukupi (barangkali ada hubungkait dengan n3 ni)

suatu yang pelik bila wikipedia mentafsirkan tarif sebagai cukai yang dikenakan ke atas barangan yang diimport sedangkan berdasarkan pengetahuan am, elektrik dijana di dalam negara kita sendiri. contoh yang sesuai untuk rakyat malaysia ialah;

1). tarif elektrik yang naik baru-baru ini menunjukkan kejayaan kerajaan meningkatkan status rakyat berpendapatan tinggi (dah nama duit banyok kena la bayo rega yang tinggi...)

kesimpulan

walopon taraf anda sorang yang kaya-raya, sila jimatkan elektrik untuk mengelakkan tarif yang dikenakan sekiranya penggunaannya melebihi 300 kwj

psst: faham ke n3 ni. aku nak merapu je ni, kesan daripada situasi yang berlaku di sekeliling...

Ahad, 29 Mei 2011

al-fitnatu asaddu minal qatl

"fatwa pelik kerana peristiwanya pon pelik" kata ustaz yang berceramah kat surau aku sambil tersenyum kecil...

alkisahnya tersebut pada zaman imam malik. disebut orang, sorang pompuan telah meninggal dunia. mulut tak ketahuan heboh mengatakan pompuan tu bukan jenis yang baik. propesyennya diadukan orang sebagai pelacur, wallahu a'lam. tatkala dimandikan dek orang pompuan, sorang makcik ni nak membasuhkan bahagian sulit ni, barangkali dok syok sangat dengan crita orang, lalu dia dok le menepuk beberapa kali kat alat sulit kawan tu seraya berkata, "ni haaa, dah berapa kali dah ni? berapa kali dah niiii..."

tetiba Allah nak tunjukkan kuasa-Nya, melekat pulak tangan makcik ni tadi kat menda alah. tu. sudoh!!!

heboh le crita tu di serata ceruk bandar. setelah puas ditarik-tarik tak bule juga, sudahnya dipanggil le segala kadi, imam, ustaz dan tok bilal untuk beri fatwa nak setelkan problem. problemnya, camana nak tanam mayat dan orang idop yang dok melekat ni.

ada la yang cadang tanam je mayat tu, yang idop pulak dok la kat kubo, nak wat camana dah takdir dia gitu... "ceh! nak munasabah!" kata sekumpulan yang lain. diusul pulak, "apa kata kita kerat je tangannya. dia idop lagi kalo kerat pon!" mau berkerut la muka makcik ni pulak...

dalam kalut gitu, ada orang berkata, "weh! ada sorang lagi tok syeikh yang kita tak minta pandangannya... imam malik!"

bila imam malik datang, "aphal?" maka diflashbackkan orang kisahnya. imam malik pon kata, "huh! ni dah kira menuduh ni, meh bukak Quran kita tengok hukum qazaf!"

80 sebatan kata beberapa jemaah surau yang tersenyum-senyum dengar crita ustaz. sambil ustaz membetulkan jumlah yang salah bila dijawab jemaah lain dok kata 100 tadi.
(sibbaek bukan kena hukuman sula)

"60 kali sebat, 70, 75, 78, 79..." kata ustaz nak bagi suspenkan crita tu, "dengan kehendak Allah, abih je kali ke-80 sebatan, terlepas le tangan makcik ni tadi" sebahagian jemaah melopong dengo crita ustaz tu terus menarik nafas lega...

kesimpulannya, ustaz kabo "kalo kita dengo crita fitnah jangan kita pulak menambah-nambah. kalo rajin siasat, siasat la jika ada kaitan dengan kita atau kepentingan masyarakat. kalu dak, lebih baik kita diam aje..." sambil dikiaskan dengan keadaan politik sekarang

Jumaat, 27 Mei 2011

romantis di penghujung

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (maksud surah Al- An'am : 93).

aku tak pnah berhadapan dengan orang yang nazak, walopon pnah bacakan yassin pada orang yang sakit tenat, tapi bila menghayati kisah tu, terkesima dan menusuk kalbu.

(harta yang kita kumpul ni akan direbut oleh orang lain satu masa kelak)

ni versi lebih touching untuk n3 seblom ni.

...

ketika itu hanya mereka berdua sahaja saling berhadapan lewat keheningan malam.

"tak percaya, awak tengok sekejap lagi. awak jangan la ke mana-mana..."

"saya mintak maap, saya memang banyak buat dosa dengan awak, marah-marah awak..." isterinya pun dalam sayu ikut sama mintak maap.

"saya dah nak mati ni, awak tolong la bacakan fatihah banyak-banyak..."

si isteri tak tau nak buat apa dah, dia hanya mengajar mengucap pada suaminya yang sedang nazak. bila roh sedang ditarik perlahan-lahan, dia sempat belek tubuh suaminya. kaki dah sejuk, kuku dah mula biru dan kulit seperti melekit. dia sayu melihat suaminya menanti habisnya sakaratul maut. pada saat roh yang tinggal separuh itu, dia melihat suaminya seperti orang yang berhenti kepenatan. peluh kecil mula tumbuh di dahi dan semakin banyak. sehinggalah suaminya menghembuskan nafas terakhir, dia lihat di belakang suaminya sangat banyak peluh keluar.

(perabot yang bakal kita bawak hanyalah papan lahad je)

psst: untuk crita kali keduanya aku dengar, petanda orang yang nak pergi mengadap Ilahi, lebih kurang seminggu seblom kematiannya dia mula memanggil-manggil ibunya. kedua-dua kes ini, dorang seperti nampak ibunya datang.

Selasa, 24 Mei 2011

antumus sabiqun wa anas sahiqun

"lepas ni wheelchair ni awak bule buang la"

"napa nak buang pulak, kan nak guna lagi..."

"saya tak guna dah. tak guna selama-lamanya daaah"

"awak jangan pegi mana-mana... saya ni dah nak mati dah..."

"dia baring atas kerusi malas, lepas tu suruh tutup tv, takde semput ke, sesak ke terus dia pergi..." dalam sedu, bekas pengasuh anak aku bercerita.

apa lagi yang bole aku kata, sekadar memujuknya sabar atas ketentuan Ilahi. ada hikmah dia pergi, sekurang-kurangnya setelah lama menanggung sakit.

sebenonya aku dah nak sampai opis, baru prasan ada 3 miss call dan satu mesej, "aki dah ninggal" gelaran kepada suami pengasuh anak aku tu le. bergegas le balik dan terus je amik cuti emergency. lepas zohor ni tadi baru selesai kebumikan. semoga Allah memeliharanya beliau dah merahmatinya sejak pada hari yang amat menakutkan ini hinggalah kita dimasukkan ke jannatu naim. "perjalanan awal memasuki alam barzah" kata tok imam yang membacakan talkin tadi...

Jumaat, 20 Mei 2011

pra khutbah (n3 khatib tak bertauliah)

orang kata, nak tau kekuatan dan kelemahan diri kita, selidiki le daripada musuh kita

setahun beli buku ni baru khatam. teruk tul... puncanya, membaca time nak seru ngantuk mai selepas berblog sampai tengah malam. takdan 2, 3 minit hanyutttt.

kenapa kita kena baca buku cenggini? sebab ada orang tanya, apa pekdah dok kaji hal dorang, agama sendiri pon tak abih ngaji... ada logiknya soklan tu. tapi bila kita baca buku camni, kita akan dapat lihat kehebatan agama kita daripada perpektif berbeza. melihat mereka mengkaji islam dan rasulullah s.a.w (walopon untuk tujuan permusuhan) dapat le kita kenal lebih dalam kekuatan islam.
kebencian yang ditaburkan kepada islam akan menjadi ukuran kepada kita. sama ada kita berupaya untuk menjawab soklan mereka. terlebih daripada itu, sebenarnya kajian orientalis ini sebenarnya menghukum kita, sejauhmana pengetahuan kita terhadap agama kita sendiri?

kita hanya pandai mendakwa bible telah diubah, tapi kita tak mampu menjawab soklan 'apa yang telah diubah?' orang tanya, apa perlu kita kaji perubahan itu? takpe tinggalkan dulu soklan mereka tapi jawab soklan musuh islam ini. antara dakwaan musuh islam, al-quran juga telah diubah! alasan mereka dengan menggunakan ayat nasakh dan mansukh... tau ke kita istilah tu? alasan kedua mereka, saidina uthman telah membakar semua mushaf kecuali yang telah ditulis semula yang dikenali dengan nama mushaf uthmani... tau ke kita sejarahnya dan dapat ke kita jawab soklan dorang?
jangan lupa baca juga tulisan dr. maurice bucaille tentang perbandingan al-quran, bible dan sains... kita akan dapat menyelami betapa mukjizat al-quran itu bukan sekadar di bibir kita aja yang dok mencanangkannya... selamat mencuba dan selamat beramallll

psst: kalu nak kenal lebih lagi tentang keindahan islam, sesekali kena juga ke tengok dari perspektif musuh kita.

Rabu, 18 Mei 2011

pandu berhemah @ berkhemah?

ingat lagi tak kata-kata bung mokhtar tentang pemandu wanita kat parlimen dulu?

scene 1: 5 petang hujan yang tadinya lebat dah reda. tapi air dah melimpah dan bertakung kat depan plaza uncang emas (sekarang dah tuka viva ke namanya). jalan blom stat sesak lagi. ada sebijik keta dengan penuh kompiden dan lajunya terus melanggar air kuning pekat yang bertakung (masih dalam contruction time tu, so air hujan berkeladak dengan tanah). kelajuannya mula terbantut bila berada semakin ke tengah air yang agak dalam. yang herannya napa dia dengan bangganya meredah lumpur tu sedangkan jalan 3 lorong tu tak le jammed pon. hasilnya, air yang dirempuh tu menjadi hujan paling cantik menyimbah dua buah motisikal yang berada berhampirannya. kuyup le kawan tu dengan air lumpur tu. maka tak heran la penunggang tu menggawang tangan memarahi pemandu keta tu. aku lajukan sikit dalam senyuman nak tengok sapa pemandunya... pompuaaaan!

scene 2: time tunggu bebudak balik skoloh, seorang pompuan memimpin anaknya kluo pagar menghala ke kereta yang dipakir di tepi jalan. kebetulan sebuah keta toyota unser juga baru bergerak lemah gemalai dari pintu pagar sambil cuba menongkah bumber jalan yang sebesar lengan dengan gear 1. pompuan yang kluo pagar ni tadi nunggu le sambil lalu di belakang kereta tu. heee bule ke gear 1 tak lepas manjat bumper tu, lalu keta tu terundur ke belakang dan kena lak pompuan yang memimpin anaknya. dan tentulah dia membebel hangin... aku senyum lagi. pemandunya juga pompuannnnn

video

psst: saja nak bako pemandu pompuan!

Isnin, 16 Mei 2011

insan kecil lagi kerdil

dah blogspot demam, mood nak nulih pon kantoi. patutnya nak share pengalaman ni jemaat lepas.

...

sema orang punyai pengalaman kerja yang hebat. kalo mereka orang yang hebat, memang patut la lalui pengalaman tu, kan? tapi yang tak hebat cam aku ni tentu le jadik seronok bila diletakkan di tempat hebat cam tu. 2 pengalaman yang syok pnah aku lalui tu:


pertama: menjadi pewawancara tun siti hasmah pada 2007. aku goreng time interbiu tu sampai beliau dengan seronoknya bukak rahsia bagaimana kesah dia bercinta dengan tun mahathir waktu blajo kat singapura dulu. dia akui tak pnah bagitau sesapa pon. rahsianya, malas la aku nak cerita dah.

kedua: tahun lepas, aku diminta oleh bos wakilkan dia menjadi penemu duga. stakat temu duga orang besa la, kan? tapi bila aku sampai kat sana, rupanya aku jadik panel penemu duga kepada para penerbit dan pengarah filem. hoh! camana aku nak buat nih? beberapa pelakon, pengarah dan penerbit filem terkenal ada masa tu termasuk le penerbit dan pengarah antu mak limah. dan macam kat atas tu tadi, aku goreng jugak dorang nih...

manakala dua tempat yang hebat pnah jejak kat malaysia ni:

pertama: seblom klcc dirasmikan, aku dah naik dulu. dan kami berada di puncak klcc di bahagian luar untuk menikmati pemandangan saujana hingga ke kelab lumba kuda sungai besi (sekarang ni dah jadi palace of the golden horses)

dan kedua, pengalaman terbaru jemaat lepas, aku berpeluang masuk ke istana negara seblom ditutup dan berpindah ke istana baru di jalan duta. mengikut kata Dato'Pengelola Bijaya DiRaja, ni first time dorang benarkan lawatan ke istana negara. terlebih istimewa daripada tu, kami dibenarkan akses sehingga ke kawasan larangan. kawasan tu hanya beberapa orang staf aje bule masuk... cuma atas ingatan pegawai istana, apa yang dilihat dan disnap cukup le untuk pengalaman pribadi. so tangan le tanya lelebih, dilarang untuk publish gambo yang kitorang amik.

psst: takde can la korang nak rasa terima pingat kat istana negara yang ni. tunggu la kot ada rezeki kita terima sama-sama kat istana yang baru yeh

Selasa, 10 Mei 2011

n3 tak tau nak komen apa dah?

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

.....

sebab kita kununnya bangsa lemah-lembut (mudah dipujuk)?
sebab kita kununnya bangsa bertolak-ansur (ditolak dan beransur)?
sebab kita kununnya bangsa bole kongsi apa aje (nama tuhan pon)?
sebab itu semua orang dah nak tunjuk taring?

Isnin, 9 Mei 2011

kalo takde kulit, ada ke isi?

itu ari janji nak sambung n3 lepas...

...

pnah dengo martabat 7? yang tak pnah tu bole gugel tapi berguru le, bimbang tak jumpa jalan pulang... kepalang ilmu biarlah berguru. belajar tanpa guru, kata orang syaitan le nanti akan jadik jurupandu

aku takmoh komen tentang martabat 7. sebab konflik yang panjang, pro dan kontra yang tak berkesudahan, banyak tokoh hebat berada pada dua-dua persaingan ini, mempertahankan pandangan masing-masing

cuma nak kata, pengalaman orang sufi tak bule sembarang disebarkan pada orang awam. bimbang orang awam salah menanggapinya...

"tuhan ada dalam jubahku..." antara kata-kata ahli sufi yang terkenal dan kemudiannya dihukum sesat.

malah, ada sorang tua pnah bercakap kat aku satu masa dulu. "tuhan tu tak tinggi tak rendah, sedang-sedang kita ni aje. besarnya sepemeluk, gelap/hitam aja rupanya..." tentu bunyinya pelik bagi kita yang tak paham ni. dan tak susah untuk mengatakan ungkapan itu sebenarnya telah mensyirikkan Allah.

sebaik-baik bagi orang yang mengikut aliran tarekat/sufi, berpada-padalah bila dia berbicara dan lihat le dengan siapa ia berkata-kata. dorang ini ibarat orang bercinta. berhadapan dengan orang yang angau, kita akan cepat menuduh, "gilo ko apo ekau ni nak terjun lautan api? boghonang pon tak ghoti... ado ati nak ghodah lautan api konon!"

orang angau ni kekadang dia rasa telah berjaya mengungkapkan kata-kata yang puitis, bombastik dan dapat memberikan kepuasan pada jiwanya. "tak caya, amik la kapak belah la dada" hebat,kan? puitis dan bombastik, punya la nak bagi awek dia puas ati dan kompiden.

begitu juga le orang sufi. cuma orang sufi ni, dibimbangi bukan sekadar salah tafsiran, lebih daripada itu kang melintas pulak rasa ujub, riak dan takabbur. maklum le banyak yang baru nak belajar ni akan berkata, "yang ko belajo tu 'kulit', aku ni belajo 'isi!'"

psst: "Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.". kalo kita tau jalan sufi ni, maknanya sepanjang hari kita sebenonya dalam ibadah!

Jumaat, 6 Mei 2011

berapa banyak tarikh nak kena ingat?

"eeee nangis, uuuu dapat hadiah pon nangis!!!"

kena cubit skali...

masa aku balik rumah itu ari, aku nampak mata merahnya... tapi ati lelaki yang penuh ego ni buat deeek je.

"hadiah apa tu?"

"la hadiah hari ibu la... patutnya abang kena bagi kat mie..."

"aphal lak nak kena bagi? kalu abang nak bagi pon, abang takan bagi kat mie" keras ati tul, kan?

"napa?"

"laaa... hari ibu, kan? bagi kat mak abang la..." tu adil - meletakkan sesuatu pada tempatnya. tul, kan?

(istana cinta ni rasanya ada kat pulau bonggi je ni)

diam.

kluo jap, masuk balik bilik... baru la berlangsung dialog mula-mula tu tadi... apsal?

'mama along mintak maaf sebab along melawan... selamat hari ibu' - tulisan yang pontang-panting dengan sebuah hadiah anak patung yang dibeli menggunakan duit belanja hari tu sambil menahan lapar untuk belikan hadiah tersebut dari anak sulungnya... tak heran la dia nangis! sentap tangkai jantung le tu...

angah terpingga-pinga tak ingat tarikh tu, tapi tak mau kalah, "mama, tunggu hari ahad ni yea!"

"ko ada duit?"

sengih, diam...

pssst: sori takde gambo hadiah tu sebab kamera dah rosak la pulak....

Rabu, 4 Mei 2011

anugerah atau padah?

kami bersembang dari satu topik ke satu topik, dari kafe sudahnya tepi tangga buat halaqah tapi tak bulat la sebab dua orang je...

joe: kawan aku crita dia jumpa tok guru dia kat mekah waktu umrah, kiai ... (tayah sebut nama la). sedangkan tok guru dia memang dah meninggal dah. hah! camana tu?

aku: err aku ni tak le reti sangat bab gini. tapi camni la, stigma yang ada pada kita khususnya orang melayu menganggap apa aje yang dapat kat Mekah tu semuanya suci dan merupakan 'pemberian' Allah. sebab tu, baru ni aku baca blog ada orang ngutuk beberapa ahli politik yang sanggup bersumpah depan kaabah. sedangkan saidina umar kata (antara maksudnya), "kalau le bukan kerana aku melihat rasulullah s.a.w mencium kamu (hajarul aswad), ko hanyalah batu yang tak bernilai" hah! tu hajarul aswad, yang kita kalo pegi haji mesti ralat tak cium tu...

joe: ok yang tu aku setuju, sebab tu dulu pnah dengo crita orang nak bela toyol mesti amik kat mekah.

aku: nak kait dengan kawan ko yang jumpa roh tu guru tu, aku tanak kata dia salah ataupun tak, tapi bole aje syaitan menjelma atau menda lain wallahu a'lam. sebab, satu crita daripada ustaz aku dulu pnah bagitau ada sorang pesakitnya mendapat/dimasuki jin ketika dia sedang mengadap kaabah time mengerjakan haji. pegi aji sebagai orang biasa je macam kita ni haaa. kata la 40 hari, tapi bila balik je terus jadik hafiz dan sampai ble mengubat orang. lepas puas berubat dan dipulihkan, sudahnya jadi cam biasa la balik, takde hapal qurannya... cuma nak cakap, betapa syaitan yang masuk tu menyelinap dari tempat yang kita anggap sebagai 'pemberian' Allah ni tadi la, hafiz pulak tu, kan? so hati-hati le jangan terpedaya...

aku: cuma macam kesal gak le bila orang kita yang katanya belajar tasauf akan bercakap macam-macam yang pelik yang sudahnya bole ditafsirkan sebagai sesat!

pssst: errr t la kita sambung lain hari, panjang dah ni

Selasa, 3 Mei 2011

jawatan kosong?

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (maksud surah Ali Imran:142)

selepas saploh tahun mencari, hari ni diumumkan "keadilan akhirnya ditegakkan..."

ironis tul kenyataan tu dengan segala kecanggihan dan kehebatan negara polis ni. ibarat menangkap tikus dalam rumah. dikepung segala penjuru, guna spray, bongkar segala kain baju, piuk belanga dan sebagainya punya la seksa nak tangkap...

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.(maksud surah Ali ‘Imran, 3:169)

nabi s.a.w. memberitahu kita takde orang yang dah mati nak idop balik untuk merasai sekali lagi kematian kecuali orang yang syahid. tapi kerana ati berkarat dengan hubbud dunya, maka kita sering kabur dan digambarkan betapa jihad dan syahid suatu yang taboo.

Karena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar. (maksud surah An-Nisa’:74)

namun tak dapat dinafikan bahwa menuntut ilmu juga sangat penting dan sebahagian daripada jalan jihad. agar dengan ilmu tidak le kita dikotak-katikkan. tak le guna senapang patah nak ngadap roket musuh. al-Quran mengingatkan kita bahawa hendaklah sebahagian orang pergi menuntut ilmu di kala sebahagian yang lain pergi berjihad di jalan Allah. wallahu 'alam

http://almuhajirun.net/2011/04/pandangan-hidup-antara-islam-dan-barat/

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong