Isnin, 29 November 2010

jauh berjalan makin panjang muncung!

'jalang-jalang cari pengalamang' - kata orang ganu

seblom cuti skuloh berakhir, sempat gak bawak bebudak jenjalan ke melaka. melepak di menara taming sari, rasa sikit keadaan yang tak mesra alam. kat luo ada kaunter jualan tiket. nampak mahal gila. terbantut hasrat nak bawak bebudak naik. dah mati akal, kami masuk dalam kompleks di sebelahnya. ada plak orang berniaga foto digital berlatarbelakang bandar raya melaka. ramai gak pelanggan kompius camana nak join amik gambo. sebab, sebelah gerai dia, ada kaunter 'tiket'. ingatkan nak amik gambo kena bayo kat situ... rupanya itu tiket nak naik menara taming sari. aku plak tertanya-tanya kaunter kat luo tadi buat apa? sebab ramai gak yang muka berubah (cam aku jugak) bila tengok harga yang mahal tanpa ketahui rupanya ada offer ticket kat dalam ni. so ramai la yang kat luo tadi blah gitu aje. harga untuk warganegara la kot sebab dia mintak ic, jauh berbeza dari yang tertera kat luo tadi (yang syoknya, bukan sekadar dapat separuh harga, dia silent je untuk tiket anak-anak aku. hee barangkali rezeki anak berderet kot...)

time nak naik pon, keadaan tak mesra alam ni masih wujud. ada pelanggan yang baru beli tiket jalan penuh gemalai je sebab dok ingat 'train' dah penuh ke, atau penumpang baru nak turun ke... kitorang yang dok standby dalam menara tu tengok je la sambil tunggu bila nak penuh ni. takde pulak petugas yang nak memanggil dan menjemput dorang naik. jadik, masa terbuang le sikit sedangkan banyak lagik tempat nak g nih... cewahh!

tak puas ati pasal digital photo tadi, lepas turun dari menara tu, g tanya sekali lagi. kebetulan ada sorang pelanggan yang tengah mengadap skrin komputer diminta pilih gambo dia. tercangak-cangak la dia mencarinya. blur je muka... bila orang tu tanya skali lagi mana gambonya, dia jawab, "mano ado, gamba pun tak pukul lagik" - orang klate le kot - huuu... rupanya dia pon kompius, ingatkan dok depan komputer tu nanti orang tu snap la gambar dia... sudahnya dia bla sambil 'ngepek'(membebel). tu le antara kekompiusan yang berlaku kat gerai tu... maklumat tak disampaikan dengan jelas.

psst: heh! camana la orang nak datang kat negara kita kalu kita tak begitu appreciate dengan pengunjung

Sabtu, 27 November 2010

cakar-kakar ayam

seingat aku, aku melukih sejak kecik. kat sekolah tadika, aku dah ada peminat. sepanjang waktu membeso tu, tangan tak ble pegang pensel. kekadang buat gak keja vandal. aku melukih (guna arang) kat tiang atau gelegar bawah rumah aku. kekadang melukih jugak kat pembetung (guna batu kawi dengan sedikit air liur) yang kami gelar jemetung/kelebot (culvert) - longkang besar tempat kitorang selalu main air (kalu takde keja, heee kami tangkap kucing dan 'ajo' dia berenang kat situ)

ralit tul aku tengok lukisan cina ni, sempoi je nampaknya

walaupun dianugerahi bakat tu, aku tak pulak amik kelas formal (paper lukisan pon tak amik) untuk tingkatkan kemahiran. jadik aku tak brapa reti teknik menggunakan sebarang warna. ada la skali g bengkel melukih kartun anjuran pekartun (persatuan kartunis wilayah) time kat universiti dulu. tapi bengkel tu terlalu basic. walopon aku bukan pelukih amatur jauh skali profesioanl, tapi skill aku boley laaa takat kalu nak melukih kat pasar malam (uuuuiii riak ke aku ni, nauzubillah... sebenonya aku pnah meniaga lukisan spray, time skuloh dulu waktu sukan antara daerah di pahang, kira macam meniaga kat pasar malam la jugak...)

juri awam diperlukan



ada keja ada gaji! tapi ada juga keja yang takde gaji.. takde gaji sebab nak mintak tolong kengkawan tolong mengomen hasil tangan aku ni. jadik dipendekkan crita, sesuai dengan niat aku itu ari nak study lukisan cina, so nak minta tolong sesapa yang pakar melukih tu tolong tunjuk ajo camana nak improvekan skill melukih aku ni.

psst: dah beberapa kali aku lukih ni, yang awal itu ari dah bagi kat kawan, tapi yang ni takde orang nak lagi nih

Jumaat, 26 November 2010

bonussss!

Sasaran dicapai, Zolkples boleh tidur lena

hee... tajuk n3 tu tak valid untuk kakitangan awam... tapi dengo crita duit skuloh masuk awal disember ni, so terima le seadanya yea!

apa keja pon malah dalam idop kita punyai tujuan dan sasaran untuk dicapai. ia menjadi motivasi untuk kita lebih berdaya saing. yang lain tu sebagai bonus le kot... gamaknya ape le bonus yang akan atlet kita dapat bila balik dari china nanti? tahniah le kepada yang berjaya dan jangan mengalah pada yang kalah

video

err, sukan guangzhou lum abis lagik hek!

Selasa, 23 November 2010

melayu hebat: keseimbangan

musim kawin...

penah dengo keris berdiri?

kata sorang pakar senjata melayu, "apa nak heran dengan keris berdiri. itu perkara biasa. so jangan le tertipu kalu orang tu kata kerisnya hebat boleh berdiri. tapi kalu keris tu boleh berdiri sendiri, haaa tu luar biasa... tapi semua tu bohong je. tak pon mesti ada antu le tu"

"keris berdiri ni sebenonya menunjukkan betapa 'pandai keris' (empu) tu sorang yang hebat. sebab dalam pembuatan keris, keseimbangan sangat penting. orang dulu-dulu bukan guna timbangan. dorang ukur pon main ibu jari je..." aku dengo penuh minat.

"err... saya pnah masuk satu seminar keris. dia kabo sekarang ni ramai beno orang yang pakai keris tapi tak tau adab dan adatnya..."

dia ketawa sambil mengia-giakan dan terhangguk-hangguk setuju macam burung belatuk.

"bila kita pakai keris di pinggang, hulunya mesti le ke perut. kalu hulunya kluo mengadap orang maknanya kita bersedia untuk dicabar atau kita nak gaduh le tu."

"tapi pengantin takpe pakai gitu..." bila aku tanyakan hal orang kawin pakai keris ikut suka ati je... "sebab dia menjadi raja sehari. bila jadik raja, maka dia boleh buat ape je la. kalu kita nak cabar dia, hulubalang (pengapit) ramai. ko kena lawan dulu la dorang tu." dia abihkan crita pasal keris pada aku.

kali ni, aku pulak terhangguk macam burung belatuk. maknanya lepas ni sapa nak jadik pengapit mesti kena pandai bersilat. maklum la, zaman dulu kekadang orang berebut awek time tengah bersanding. time tu le dorang tunjuk jantan nak rebut balik awek tu dari tangan pengantin... kang pengantin cabut lari, ape ke heinya dengan pengapit!

kapsyen pic 2: contoh kain cindai. kain ni sukar ditembusi oleh mata keris. oleh itu, ia sering digunakan sebagai ikatan bengkung. dikatakan hang jebat menggunakan kain ini untuk membalut luka selepas bertarung dengan hang tuah untuk menghentikan aliran darah.

Ahad, 21 November 2010

nikah@korban

(kata orang daging gajah ni keras kalu makan... sapa nak rasa ace try cuba le test)

korban
berkorban
terkorban
dikorbankan
mengorbankan orang lain


itu antara petikan khutbah jumaat lepas. lalu tok khatib membacakan doa dalam khutbahnya "ya Allah janganlah Engkau jadikan kami termasuk dalam kalangan orang yang mengorbankan orang lain untuk kepentingan diri kami..."

(makan di kala lapar, berenti seblom kenyang... kang tak cukup tenaga nak berambat ke toilet)

antara nikmat Allah yang disebutkan dalam surah al-Quraisy ialah nikmat keamanan dan jauh daripada kelaparan. ustaz pon membacakan tafsir surah tersebut dalam kuliah maghribnya sambil menambah, "sekarang ni kita bukan aja dapat nikmat tu maloh, terlalu mewoh dengan makanan. ni haaaa... daging kurban melambok dalam peti ais. jenuh macam-macam resepi dok buat, tak habih juga. sampai tak larat nak tengok. time cuti skuloh ni pulok, dah start musim kenduri... makan lagik! haaa gone la gayanya nok ngabihkan daging kurban ter..."

(ustat pon oghang pahang juge...)

psst: hari ni g kenduri sepupu nikah kat kg. jus, melaka. moga bahagia membawa ke syurga

Selasa, 16 November 2010

kukorbankan rasa

ketika para haji sedang mencukupkan rukun haji, kita kat sini tertunggu-tunggu akan kedatangan idul adha. moga jemaah haji kita akan mendapat keredhaan Allah dan beroleh haji mabrur... manakala kita yang menanti kedatangan idul adha ni juga beroleh rahmah dan mawaddah Ilahi.

bagi yang melaksanakan ibadah korban, moga ia sampai kepada ta'abbud ilallah dan diterima akan ibadah berkenaan.

aku nak amik kesempatan mohon maaf kepada semua teman, pembaca dan tetamu yang menyinggah di teratak seni ni. andai selama kita berkenalan dan bersilaturrahim di maya ni terselit bicara berbisa menjadi noda, terkasar bahasa membuat hati terluka, terlajak kata hingga merah telinga, tersasul senda lalu mengguris rasa, yang semuanya akan menjadi dosa sesama manusia, harap sangat dari kerendahan hati dan naluri ni semoga diampunkan le

dan jangan disimpan di dalam ati yea... kelak makan ati yang kendian akan sakit ati lalu bengkak la ati tu takut pula membawa kepada busuk ati

dan hati-hati la di jalan raya kepada yang nak balik kampung tu...

Isnin, 15 November 2010

seblom BLAJO...NGAJI dulu

prolog: artikel ni tak berhasrat menyinggung mana-mana guru atau ibu-bapa

pagi-pagi nak gi keja tadi dan le dengo sekilas berita, 'cekgu kena blasah sampai pengsan'. hek eley bebudak sekarang!!!

sambil nemankan member sarapan pagi, kami sembang macam-macam topik sampai masuk bab cikgu masa kami kecil-kecil dulu (takde kaitan dengan brita pagi tadi)

"aku ada satu cekgu dulu, (malas sebut nama) punya le ganas cekgu ni...", kata si joe mengalihkan topik hal anak-anak.

aku tanyakan namanya kot serupa dengan cekgu aku dulu. ops! bukan orang yang sama. tapi ingatan aku mengimbau satu cekgu aku yang mungkin serupa perangai peliknya.

"kalo dalam bilik, dia suka main susun bata... mahjong macam crita p.ramlee tu" joe sambung crita yang tergendala sambil ketawa.

"kalo ko ngadu sakit gigi, dia suruh ko nganga... bila nganga je dia ludah mulut ko..."

huuu aku ketawa, "ganas tulll" bisik ati. dalam masa yang sama, aku terasa nak tanya cuma tak sampai ati... "gamaknya dah berjaya budak tu" gumam ati aku lagi meneka. maklum la kata orang, kalu nak berkat ngaji, dok la depan tok guru biar sampai kena air liur pon takpe... tapi yang ni kesnya masuk terus dalam mulut, mesti lebih berkat ye dak.

"tapi, kan mir... antu camana pon cekgu dulu... orang tetap respek. takde mak ayah yang datang nak mengamuk kat skolah." joe syok sangat melayan nostalgia dia.

"heh! aku ingat dulu, time cuti kalu kitorang tengah main kat laman, tetiba cekgu lalu jenjalan petang dengan motor dia, abih semua bebudak bertempiar lari. malu! kalu bebudak sekarang... (pengsan cekgu dikejakannya)" aku menambah.

psst: aku pon tak reti nak kabo. dalam banyak hal, mak bapak pon satu hal juga. over sangat dalam melayan karenah anak-anak. hal cekgu pon kekadang over tensen juga dan ter'over' pulak mengambil tindakan.

setiap kita ialah ibu bapa dan guru pada anak-anak. tapi mak bapak patut kena tima kasih kat cekgu sebab tolong jaga anak kita. anak yang tak berapa kerat tu pon susah kita nak kontrol, ni ke pulak 30-40 orang satu kelas... tu yang cekgu sakit kepala tu. bebudak pulak lagi over sampai patah riok kejakan cekgu.

Ahad, 14 November 2010

last: sentimental from china

(ni beberapa pelukis china yang bertaraf profesor)

sblom aku mengakhiri edisi china ni, elok juga kita tinjau lokasi yang membuatkan aku sangat le terujanya... sesuai dengan minat yang ada...

selain lukisan klasik eropah,aku suka juga dengan sentuhan lukisan cina ni. pasal nampak simple, tapi sangat unik. kaligrafi yang disertakan bersama lukisan tu menjadikannya tampak lebih menarik. kelebihan tulisan cina ni, ia ringkas untuk menulis suatu puisi yang panjang.

dek rasa syok sangat, balik je ke sini aku pon bli le peralatan melukih. oooo... dah lama juga aku tak melukih rupanya. kalu ada masa, aku nak study lukisan dorang la plak. yups! terokai seni dorang... ada gak lukisan aku (pnah disiarkan dalam blog ni) yang aku cuba masukkan khat selain puisi mengong aku tu... tiru le tu... heh! saja le le pon

last sekali untuk para bloger (lelaki je) supaya lebih teruja lagi nak g china, ni aku share le sikit wajah ayu untuk dicopy dan simpan dalam dompet (jangan letak bawah bantal yea...)

pssst: hooo... dah nak balik baru aku tringat aku ada rumah rupanya kat sini!

Jumaat, 12 November 2010

view of china

"orang yang lemah selalu menjadikan orang gagah sebagai idola tapi yang terlebih buruk ialah dia ingin menjadi seperti orang itu dengan membuang semua sifat sedia adanya dengan menganggapnya sebagai kolot dan meniru idolanya bulat-bulat." gamaknya, ini le yang dilakukan oleh kamal atarturk untuk merubah bangsanya supaya jadi bangsa hebat.

heee jangan la marah kat aku kalu china ni masih tak abih. (maklum la dua minggu aku peratikan mereka ni, cuma tak sempat cari awek je untuk bawak balik buat souvinier kat orang rumah). sebab aku bukan saje nak crita tentang trip ini tapi falsafah yang sepatutnya diambil untuk pengajaran. aku bukan memuja dorang ni (walaupun aku peminat crita kungfu yang separa fanatik) sebagaimana n3 yang pnah aku kluokan dulu. takkkk...

antara penggerak yang menjadikan bangsa cina berjaya ialah falsafah yang diwarisi dari ajaran confucianisme. ajaran ini menitik-beratkan ketaatan kepada ibu-bapa dan anak lelaki sebagai pewaris keturunan. untuk menjadi taat dan hadiah kepada ibu-bapa, anak lelaki mesti mencari kekayaan. maka di sinilah kekuatan itu timbul untuk membina kejayaan dalam idop.

adakah perlu kita tukar apa yang ada pada kita untuk jadik berjaya cam mereka. Islam yang ada pada kita sudah terlebih baik daripada apa yang ada pada mereka. malangnya kita tak berjaya seperti mereka lalu 'kita' dan (tentulah) musuh Islam menjadikan agama sebagai suatu yang mengekang kejayaan dalam idop. tu le salah kita. sedangkan Islam bukan hanya telah membebaskan bangsa arab dari kejahiliyahan malah membina bangsa yang kuat, kaya, makmur dan hebat. Islam bukan hanya membentuk orang arab, malah bangsa monghul, parsi, afrika, uzbek hingga bangsa eropah di spanyol dan tak lupa juga bangsa melayu di nusantara untuk menjadi bangsa berjaya. tapi cam note di atas sekali tu le; bila lemah, kita sering melihat apa yang ada pada kita tidak memberi manfaat untuk berjaya lalu kita menelanjangkan diri hingga menjadi lebih buruk daripada apa yang kita sangka...

alamak serius la pulak dahhhh...

pssst: ada teori mengatakan orang melayu juga berasal dari wilayah yunnan. takpe la len kali kalu ada kesempatan bule le crita lagi tentang kehebatan orang melayu... dah lama n3 cenggini tak kluo nih.

kapsyen gambo terakhir: foto ini diperolehi daripada lembaga penapisan filem yang didakwa sepatutnya mamat ni la yang berlakon dalam filem titanic... wallahu a'lam

Khamis, 11 November 2010

spirit of china

"dorang punya pakaian ni colorfull and beautiful yea"

jadik, sema peserta tak lepas peluang nak bergambo dengan pelajar atau pemandu pelancong yang memakai pakaian etnik masing-masing.

(buah labu yang dikeringkan dan dimasukkan buluh ni dijadikan alat muzik seperti seruling)

negara china nampaknya tak lupakan segala adat tradisi kebudayaan dan kesenian mereka walaupun sedang mencapai pemodenan yang menakjubkan. ruang yang luas dibuka supaya seni dan budaya terus idop bukan aje untuk mengekalkannya malah menjadi produk pelancongan paling hebat. rasanya orang arab je kot yang suka gi shopping kalu melancong ke negara asing. kebanyakan pelancong lain nak melihat kehidupan asal tradisi masyarakat tersebut.

(kita baru je cuba mempelbagaikan produk berasaskan batik, tapi fesyen baju etnik dorang yang digubah dah sampai ke peringkat antarabangsa)

mereka bukan takat serlahkan semua tradisi etnik, malah galak rakyat melahirkan kreativiti dalam kraftangan. bukan aje yang lama-lama bahkan digabungkan dengan yang baru. hasilnya, dikabokan, dorang meraih berjuta dolar dengan hasil kraftangan yang dieksport ke serata dunia.

(ni bukan lukisan, tapi tembaga yang dipotong, dan dibentuk macam lukisan. dicelah tembaga tu le kendiannya diwarnakan sehingga kelihatan macam sebuah lukisan tangan)

rasa-rasanya, dorang sangat berbangga dengan kebudayaan mereka sendiri. opera cina yang mungkin kita ibaratkan cam makyung, bangsawan atau sebagainya masih diminati. siap ada channel tv khas selain ada sebuah auditorium khusus untuknya yang dibina di dalam sebuah hotel. gamaknya kalu kita ni, bagi tiket free pon masih susah nak dapat sambutan..

psst: semua ni tak la heran sebab dorang mempunyai sejarah tamadun yang panjang... cuma kalu mana-mana yang ada kebaikan barangkali elok gak jadikan tauladan

Rabu, 10 November 2010

amazing in china

(jambatan yang macam kat klcc tu sebenarnya menghubungkan 6 buah blok)

semua orang tau china memilih ideologi komunis.. tapi aku masih tak paham doktrin sebenonya sebab aku tengok ramai sangat yang kayanya. keta beso dan mewah bersepah terutama di beijing. takat bangunan mid valley dengan time square tu jentik dengan jari je. bangunan mereka cukup agam dan banyak yang futuristik. sebab tu bila tengok stadium sarang burungnya kita boleh jadik kagum

satu perkara yang aku prasan bila sampai kat beijing, tiada baju bersidai di balkoni rumah flat atau apartment dorang. dan hampir semua balkoni ditutup dengan cermin supaya mereka bole jemur baju kat situ tanpa perlu tayang 'bendera' yang pelbagai rupa, saiz dan warna pada semua orang. tapi di dua bandar lagi, sama macam kita jugak.

(di tengah bangunan ni ada skrin tv yang beso dan bole dilihat dengan jelas dari jauh)

yang keduanya... ni bukan antiagama ye... aku tak nampak kuil atau tokong kecil kat tiang depan kedai atau rumah dorang macam kita lihat di sini. sedangkan ini negara mereka. kalu kat negara kita macam-macam rupa rumah kecil yang selalunya berisi buah-buahan dan colok tu.

selain yang tu, terperasan juga aku,"mana la kelkatu malam dorang?" heh! tapi jawapannya segera menerjah di benak. gamaknya dorang semua pindah kat malaysia. sebab tu hampir tiap hari brita kat tv kita dok crita ambush tentang gro warga china.

Selasa, 9 November 2010

creative from china

(ayam yang dimasak dalam buluh)

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman”. maksud surah Al-Maaidah 5: ayat 88)

minum sedikit (sikit, sikit) arak ialah kebiasaan bagi dorang meraikan tetamu. hal ini agak menggusarkan wakil dari malaysia, indonesia dan brunei. malangnya masing-masing susah nak bercakap soal agama, hanya menolak dengan baik. slalu gak aku suruh kengkawan terangkan kenapa kita tak makan atau minum menda-menda ni. tugas kita sepatutnya menerangkan kenapa kita tak makan ayam atau daging walaupun 'halal' pada pemahaman mereka.

(cendawan dengan telur dimasak dalam buah apa ntah le ni)

anna segera bertanya kat aku, "awak tak 'minum' ke?" "err, sebenarnya muslim dilarang minum arak." baru dia paham dan lepas tu setiap kali kami makan, gelas arak ditukarkan kepada mineral water... kan senang! tidak le member tu cam merajuk bila beberapa kali suruh minum sebab dorang nak raikan kita tapi kita tolak tanpa sebab munasabah. maklum le ati tuan rumah nak kena jaga juga, kalu dah beria mengajak tapi kita buat bodo, nanti kecik ati plak.

skali tu, sedang sedap melayan makanan, kawan dari vietnam mencelah, "korang tak kesah ke daging babi ni di atas meja kita?" (tu yang seketul sebelah tiram tu la) ulps! aku telan air liur... dah lama lauk tu kat atas meja makan. kami semua tak perasan sebab dalam menu namanya canggih sangat. segera dijawab hj. jefri, rakan dari brunei, "ok, takpe, kami tak kesah..." demi menjaga ati dia. kami berpandangan dan senyum je la. nasib baik dari awal lagi kitorang tak jamah sebarang daging... hih! kalu dak, muntoh ijo le nampoknya weh...

psst: paling sedap makan, bila naik kapal terbang ke kunming kami dihidangkan makanan yang dah ada cop halal china... wuiyyo balun la cukup-cukup

Isnin, 8 November 2010

made in china

doblas hari yang sedikit seksa

makan bagi orang yang agak 'jaga makan' bila berada di luo negara memang susah... selama ni aku tak ble masuk makanan cina. kat sini nampaknya aku kena mengalah. terutama di beijing dan kunming, dorang tak makan nasi. sudah le serve makanan satu, satu - jadik kita takde pilihan - makan atau tolak tepi mana yang tak sanggup makan. (tak macam di manila itu ari, aku sanggup makan nasik tanpa lauk sebab makan ala buffet)

ayam dan daging ialah menu utama yang kami tolak tepi kerana tak konfiden bab semelih. jadi pilihan yang ada hanyalah sayur dan makanan seafood. uiii, tergamak ke korang makan gamat? kerang yang beso tah hapa namanya ni... udang dan jenis kerang pulak yang separuh masak, "alah blasah aje la..." member dari brunei kata, "ada setengah tempat - di vietnam kot - telo yang dah nak jadik anak ayam tu dorang makan..." ark... aku dah seriau (cemas) bila tengok dorang hidangkan telo tu... huh! sibbaik kat sini tak le gitu... kalu tak silap, dorang masak pulut dalam kulit telo tu.

sepanjang kat china, sekali je aku makan sepotong daging itik (setelah disuruh @ ter'paksa'): sedap gak rupanya - dan daging kambing bakar : memang sedap. tu pon sebab kami dibawa makan di restoran muslim (satu-satunya restoran muslim sepanjang trip kami di china nih) ketika di wilayah kunming.

uhhh, sudahnya aku kehilangan berat sebanyak dua kilo... korang percaya tak berat badan aku tak sampai 50 kg?

pssst: sikit seksa sebab masih ada makanan berbanding orang lain yang tak makan.

Ahad, 7 November 2010

only in china

ulps... banyaknya sawang! membaca memberapa komen kat shoutbox tu, alahai sian la pulak... mintak maap tak reply ye dan tak berkesempatan nak berkunjung balas...

6 november 2010 9.20 malam

alhamdulillah slamat mendarat kat klia setelah menempuh perjalanan melebihi 3000 km selama 5 jam. tima kasih atas doa teman-teman.

24 Oktober 2010, 9.00 malam

awal lagi aku dah terpacak kat klia sebab orang rumah tak brani drive balik lewat. flig aku kul doblas tengah malam. tunggu bos kul seblas baru dia tiba. flig lewat sebab nunggu dari afrika. so sampai sana lewat sikit la. Dalam kul 7 pagi kitorang dah jejakkan kaki kat kota beijing... (so balik ni jangan le panggil aku aji yea...)

Sibbaik takde songel di imegresen (sebab dengo crita kengkawan, kalu kita bawak buku, cd atau terbitan lain dorang akan selongkar. barangkali nak sekat pengaruh luo le tu). kendian kitorang ditunggu satu amoi, Dong Qian (sebut Tian) atau kalu susah ngat nak sebut namanya, panggil je anna. "heh! nama glemer yang senang disebut..." dia bagi tau bila aku tanya pasal nama tu kot-kot dia kristian ke...

hari ni takde aktiviti khusus sebab semua peserta asean baru tiba. so, amik peluang meronda sekitar hotel je. petang tu, bos ajak jalan kaki ke medan tiannamen dengan forbiden city. takat tengok dari luar je le ye... ramai betui orang melepak kat situ, tapi tak ramai orang asing. kata bos aku, "pelancong domestik pon dah cukup untuk negara china dapat income."

kat sini suhunya dingin gak sekitar 6-7%C, berlapis aku pakai baju, udah le kurus, lemak plak takde, terketo-keto le aku kesejukan. bila angin kuat je, mak oi rasa nak melayang aku dibuatnya. camana la aku nak ngadapinya untuk seblas ari lagi ni... uhuks!

kapsyen
1. pintu gerbang tol dari lapangan terbang nak masuk ke beijing
2. pekerja alam flora la kot
3. jangan tanya le menda dorang jual tu, nampak cam cekelat, tapi kitorang agak macam buah yang disira
4. ni nak kata beca bukan, teksi pon bukan, tapi cam prebet sapu untuk dua orang penumpang je

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong