Khamis, 30 September 2010

duit beli duit

aduyai... napa la susah bebeno nak upload...

...

cerita ni aku tulis time kul 1.00 petang tadi. tapi punya la teruk line...


mood raya lagik? iye... tapi bukan hari raya sebaliknya bunga raya


pagi tadi abih seperkara lagi tugas negara. pelancaran jubli emas bunga raya. nampak cam sukses. harap kalu post mortem nanti tiada le masalah berbangkit. cuma bimbang mc ke, kot takut tersalah sebut 'merasmikan penunggu gunung raya'. haru majlis tu kang.

dalam masa yang sama, bank negara pon lancarkan syiling bunga raya. orang bank negara pesan kat aku, "baik beli, beli le sekarang. esok baru nak jual kat bank negara ni. besanya kalu ada pelancaran, dorang ni 6 pagi dah sanggup beratur tunggu kat pagar tu, nak dapatkan syiling cam bunga raya ni". heh! aku pon cepat je ngulur seploh hengget (paling murah).

ada satu pompuan cina tu, dia borong sampai 5 ribu keping. kot nak jual kat ahli kelab le tu. tak kira lagi duorang apek selamba je datang dengan duit cash ribu-ribu dalam poket. borong tah brapa banyak tak tau la...

Rabu, 29 September 2010

tangguh takpe tapi hutang ni kena bayo

erks! ada lagi orang tag aku le... patutnya dah lama jawab. sori le yea...

ni dari najwamz.blogspot.com banyak gak soklan tu...

TAG SUKA-SUKA

1- Name one person who made u laugh last night?
bini aku...
2- What were u doing 1 hour ago?
jaga anak demam
3- What was da last thing you said out loud?
hek eleh line ni boring tul...
4- Where's da next place you're going to?
tak tau lagi, masih melekat kat laptop ni
5- What was da last thing u paid for?
bil celcom!
6- Where were u last nite?
tido kat rumah laaa
7- What's da best ice-cream flavour?
rasa yang ala-ala orang belanja
8- Do u wanna cut your hair?
rambut anak yea...!
9- Do u love to 'melatah'?
kalu nak tau test la...
10- If that so(melatah), what will u said out loud?
biarlah rahsia... (cuba le sebut camtu kuat-kuat... gilo apo?)
11- What does da last text-msg received say?
semalam seken bos pesan, "jangan lupa datang petang esok, kp punya persaraan"
12- Will u get married in da future?
soklan maut ni. "InsyaAllah kalau ada jodoh (lagik dan lagik)"
13- Do u chew on your straw?
dah lama tak minum guna straw
14- Do u make-up your own words?
tak le kot...
15- Is there anyone u like/love right now?
heee... takyah cakap la.
16- Tag to other 5 bloggers/more
uuuu... pon takyah le tapi alu ada sapa nak jawab silakan...

yang ni plak award dan tag dari nurrfellanyzellany.blogspot.com

soklan yang kena jawab seblom amik award nih..

1. Write 5 interesting facts about the person who gave u this award

- orang muda

- jiwa muda

- rasa muda

- masih muda

- dan aku pon jadik muda

2.Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby

- tak ramah

- tapi jangan suruh ceramah

- suka melukih

- tapi bukan pelukih

- sekolah tinggi

- tapi tak mboh tinggi, tinggi

- bawak motor laju

- sebab tu polih ingat mat rempit

- kekadang suka merepek

- tapi bukan peniaga atau pengusaha kerepek... tapi kalu ada sapa nak suply bole la aku tolong jualkan... aku dah boring keja ni, bla.. bla... bla la weiii
aaa... satu, dua, lima.. aaa cukup dah seploh

3. Pick your most 10 deserving recipients and describe them.

soklan ni takyah la aku jawab... sebab aku dah bagitau dulu.. dua perkara yang aku payah buat
- memuji
- memujuk
dua-dua ni silap gaya termasuk dalam kumpulan hipokrit... jangan maraaaa

Selasa, 28 September 2010

dah jatuh

masih dalam mood raya...

hari ni kena layan segala vip dan vvip yang datang beraya. dua tiga menjak ni dok cuba upload video tak bule la pulak. apsal hek... fedap tul dibuatnya.

...

besa tengok motor cenggini. bagi orang yang sokmo g keja naik motor, ni perkara biasa le ye dak. tanggapan pertama, motor pancit atau rantai putus tengah jalan atau motor rosak.

takkkk...

sebenonya motor ni, mangsa eksiden kecil time mencilok di tengah kekalutan lalu lintas. eksiden cenggini tak kenal mangsa. bukan mat rempit je, yang veteran dan otai pon bule kena. sian, kengkadang laki bini tergolek dot atas jalan.

baru ni beraya rumah member orang rumah, husben member tu baru jatuh motor. dia tak tau menda yang berlaku. tetiba je dah ada kat spital. takde kesan dirempuh orang atau dia langgar orang. mungkin tertido atau pitam kot. ntah la. cuma nak cerita, kalu terkena kes eksiden cenggini, cepat-cepat le waris mangsa tu mintak tolong kengkawan amik motor tu.

kalu dak jadik le cenggini. seminggu eksiden, motor ok lagi. minggu kedua, tayar belakang hilang. lagik seminggu kendian, tayar depan plak. hari ni aku tengok cover depan yang dah separuh rebeh, kesan daripada eksiden tu pun dah diangkut dek mamat mana tah. tak lama lagi, motor ni tinggal rangka je... caya le

dah jatuh ditimpa tangga
dah jatuh motor hilang pula

Khamis, 23 September 2010

makan > mati < makan

tajuk tu dibaca serupa gini: makan mewah ke mewah makan?

jamuan raya
(rasa-rasa bunga ni kita kena baya ke?)

menu:

sate - paling banyak pon dapat makan 4 cucuk, tu pon nasib la kalu ada member semeja yang malu-malu ayam nak makan.

lemang - dapat la 3, 4 racik/potong, pon sama nasib macam makan sate

nasi beriani dengan dua jenis lauk dan semangkuk acar buah. dah aku jenis tak kuat makan, mintak sesenduk dua cukup la, kan?

dua jenis bubur - pulut hitam dan nangka madu (bule layan dua-dua, bukan pilih salah satu). kata kawan aku, "bayo mahal kena makan juga" aku ingat nak bla je lepas pekena nasi beriani tu.

kabonya RM100 per/head
oh! duit tu kalu diberikan kat aku beli kat pasar malam ni, kan ke best...

pssst: tak bersyukur lagi tu, orang dah blanja pon nak membebel lagi hek

Selasa, 21 September 2010

SERIUS... betul ke kita BOIKOT?

alahai...

sibuk sikit sampai dah berkerawang blog ni yea... ramai orang cuti berblog seblom raya, yang aku plak cuti panjang lepas raya ...

mana taknya, gi opis sibuk braya kat opis, balik rumah terjah rumah jiran-jiran. kami berkonvoi kat taman perumahan ni. malam tadi dekat kul doblas balik rumah. hujung minggu dah tentu punya.

so takdan le nak ziarah blog sendiri apatah lagi blog kengkawan.

k. jap lagi menteri nak datang terjah beraya kat pejabat, huuu... ni je yang sempat untuk muhasabah diri kita (tak habih habih muhasabah, mujahadah @ jihad tah bila la gamaknya)

Subject: Fw: Shocking Images of the Quran and The Denmark Mockry

Denmark is Losing

Please don't let this mail stop in your PC.

Assalaamu 'Alaikum,

Great News

Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holy Prophet PBUH and till now they do not regret. Let us make them regret for good. The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark National Channel, all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billion Euro's loss.

Believers do not let this message stop in your PC. Please forward this text to as many Muslims as possible. Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims.


ASAP?
REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT, “WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME”? HOW DID YOU DEFEND ME”?


Any products with bar code no. starting with 57 are Danish made Products. Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products.

tabbat yada... tabbat yada... tabbat yada... kulluhum minal musyrikin

betul ke kita serius marah ni...

napa dari dulu kita sibuk suruh boikot tapi masih tak mendatangkan kesan?

betul ke kita boikot dorang?

Khamis, 16 September 2010

dah ke penghujung la...

sms dari kengkawan:

"askm. pojam colik pojam colik dah 30 hari poso. pojam colik pojam colik dah nak rayo. sobolum pojam tak colik-colik, mintak maaf kalau ado doso. 'SOLAMEK HAGHI GHAYO AIDIL FITRI...' bla, bla, bla...."

bila banyak pojam dari colik sepanjang raya ni, betul la... dah seminggu pon raya merangkak bergerak. terasa masa cepat benar berlalu. kampung dah mula lengang. mak ayah mata dah mula bergenang. semejid lagi lama takde orang. jalan raya dah mula keta berlenggang.

hari ni befday malaysia, esok hari penghulu segala hari kita bersolat jumaat, lusa hari yahudi sembahyang, tulat orang kristian pulak berarak ke gereja (ironis sungguh, berderet pulak hari kebesaran agama samawi heh) dan sepanjang hari tu kita masih beraya...

semoga kita selamat kita sepanjang masa

ada sesapa buat open house ke?

Sabtu, 11 September 2010

tahlil perdana

"assalamualaikum ya ahlal qubur antumussabibiqun ana lahiqun"

raya kedua, guai dan di merata tempat:

Oleh: Ustaz Abu Syu'aib
Sumber: http://abusyuaib.blogspot.com/

Kebiasaan sebahagian masyarakat kita apabila tibanya Hari Raya maka suburlah amalan menziarahi kubur serta membaca al-Quran terutamanya surah yasin di pagi hari raya sehingga ia menjadi seakan-akan pesta atau upacara wajib di hari tersebut. Persoalannya adakah amalan membaca al-Quran di kubur ini dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para salaf?

Menziarahi kubur merupakan satu amalan yang disuruh serta digalakkan dalam ajaran Islam atas tujuan mengambil pengajaran dan peringatan tentang kematian seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya.

Namun begitu sekiranya dilihat kepada amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam kita pada hari ini, kita mendapati sebahagian mereka telah melakukan satu kesalahan dalam amalan menziarahi kubur iaitu dengan melakukan amalan tambahan ketika menziarahinya yang bukan dari syariat Islam. Amalan yang dimaksudkan ialah membaca Al-Quran di atas kubur.

Dalil menjelaskan amalan membaca Al-Quran di kubur tidak disyariatkan. Amalan ini tidak menepati sunnah dilihat dari beberapa aspek:-

Pertama: Nabi s.a.w. tidak mengajarkannya kepada sahabat

Ummul Mukminin Aisyah r.ha yang merupakan orang yang paling disayangi oleh baginda s.a.w. telahpun bertanya kepada Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab sahihnya, Nabi bersabda:

إنَّ رَبَّكِ يَأْمُرُكِ أن تَأتِي أهْلَ البَقِيْعِ فَتَسْتَغْفِرَ لَهُمْ، قَالَتْ: قُلْتُ: كَيْفَ أَقُوْلُ لَهُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: قُوْلِي: السَّلاَمُ عَلَى أهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ، وَإِنَّا إنْ شَاءَ الله بِكُم لَلاَحِقُوْن.

Nabi bersabda kepada Aisyah r.ha: sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan kepadamu pergi ke perkuburan baqi’ lalu pohonlah keampunan dari Allah untuk mereka. Maka Aisyah bertanya kepada Nabi s.a.w. apakah yang aku perlu katakan? Nabi s.a.w. menjawab: ucapkanlah: Salam sejahtera ke atas penghuni rumah ini (kubur) dari kalangan Mukminin dan muslimin, semoga Allah merahmati mereka yang telah mendahului kami dan yang terkemudian dan sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul sesudah kamu semua.

Begitu juga seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, diriwayatkan dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya (Buraidah)

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يُعَلِّمُهُمْ إذا خَرَجُواْ إلَى المَقَابِرِ أن يَقُولُوا: السَّلاَمُ عَلَيكُم أهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَإِنَّا إنْ شَاءَ الله بِكُم لاَحِقُوْن. نسأل الله لَنَا وَلَكُم العَافِيَةَ.

Nabi s.a.w. mengajarkan kepada mereka (para sahabat) apabila mereka menziarahi kuburan hendaklah ucapkan Salam sejahtera ke atas penghuni rumah ini (kubur) dari kalangan Mukminin dan muslimin, sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul sesudah kamu semua, Kami mohon keselamatan daripada Allah untuk diri kami dan untuk kamu semua.

Sekiranya disyariatkan membaca al-Quran di kubur mengapa Nabi s.a.w. tidak menyuruh Aisyah dan para sahabat yang lain supaya melakukan perkara itu. Ini bercanggah dengan kaedah yang masyhur di dalam ilmu Usul berbunyi:

تَأْخِيْرُ البَيَانِ عَن وَقْتِ الحَاجَةِ لاَ يَجُوْزُ

“Tidak boleh menangguhkan penerangan di saat ianya diperlukan”.

Kaedah ini membawa pengertian bahawasanya Nabi s.a.w. tidak boleh menangguh untuk memberitahu dan menerangkan kepada umatnya suatu perkara yang penting dan diperlukan pada saat itu. Dan sekiranya Nabi s.a.w. tidak menerangkan pada saat itu menyebabkan kemungkinan Nabi s.a.w. tidak dapat menerangkan pada waktu yang lainnya. Inilah yang dimaksudkan kaedah ini. Sekiranya membaca al-Quran itu amalan yang disyariatkan maka sudah pasti nabi akan mengajarkannya kepada Aisyah r.ha. di samping ucapan salam yang diajarkannya dalam hadis berkenaan. Kerana membaca al-Quran adalah lebih afdal dari sekadar memohon keampunan untuk penghuni kubur.

Kedua: Pemahaman dari hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w.

Daripada Abu Hurairah r.h. Nabi s.a.w. bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَفِرُّ مِن البَيْتِ الذِيْ يُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ البَقَرَةِ

Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-baqarah. Hadis riwayat Imam Muslim.

Hadis ini menunjukkan bahawa rumah yang dibaca di dalamnya surah al-baqarah akan menyebabkan syaitan lari. Perumpamaan nabi s.a.w. rumah dengan kubur dalam hadis ini difahami secara mafhum mukhalafahnya (salah satu kaedah istinbat hukum, di bawah kategori Mafhum al-Ghayah) kubur ialah tempat yang tidak dibaca padanya Al-Quran. Sekiranya kubur merupakan tempat disyariatkan membaca al-Quran maka perumpamaan Nabi s.a.w. ini tidak membawa apa-apa erti, dan dalam erti kata yang lain perumpamaan rumah dengan kubur itu adalah sia-sia. Dan ini mustahil kerana keseluruhan perkataan atau ucapan Nabi s.a.w. melalui hadis-hadisnya itu membawa makna yang sangat mendalam tetapi ibarahnya (susunan ayatnya) sangat ringkas yang disebut sebagai jawamiul kalim yang bermaksud ringkas tapi padat. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari sahabat Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

صلوا في بيوتكم، ولا تتخذوها قبوراً

Jadikanlah sebahagian dari solat-solat kamu (solat sunat) itu di rumah dan jangan jadikannya seperti kubur. Hadis riwayat Imam al-Bukhari.

Hadis ini menyatakan kubur bukan tempat mendirikan solat kerana nabi menyamakan rumah yang tidak dilakukan solat di dalamnya seperti kubur. Lakukankanlah sebahagian solat (solat sunat) kamu di rumah.

Oleh sebab itu Imam Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis ini di dalam kitabnya fathul bari menyatakan perkataan Nabi s.a.w. “jangan jadikannya seperti kubur” bermaksud kubur bukan tempat melakukan ibadah. Maka kesimpulan yang dapat diambil dari hadis ini ialah oleh kerana membaca al-Quran merupakan ibadah yang sangat disuruh oleh agama, maka tempatnya bukanlah di kuburan. Ikutilah apa yang telah dianjurkan oleh baginda s.a.w. dengan membacanya di rumah dan secara tidak langsung dapat menghindarkan rumah dari gangguan syaitan.

Ketiga: Hadis yang menganjurkan bacaan Al-Quran di kubur merupakan hadis dhoif (lemah)

Sebahagian masyarakat berhujahkan sebuah hadis yang membenarkan bacaan Al-Quran di kubur iaitu hadis dari Mubassyir dari Abdir Rahman bin al-Ala’ bin al-Lajlaj dari bapanya bahawasanya dia berwasiat apabila dia meninggal dan setelah dia ditanam dibacakan di sisi kepalanya permulaan surah al-baqarah dan akhirnya.

Di dalam hadis ini terdapat rawi (orang yang meriwayatkan hadis) yang bernama Abdul Rahman bin al-Ala’ bin al-Lajlaj yang rawi ini merupakan seorang yang tergolong di kalangan rawi-rawi yang majhul (yang tidak dikenali) seperti yang disebutkan oleh al-Imam al-Zahabi sewaktu menceritakan biodata rawi ini di dalam kitabnya Mizanul I’tidal (2/574, no 4925) dengan katanya: “tiada seorang pun yang meriwayatkan daripadanya kecuali Mubasyar bin Ismail al-Halabi”.

Maka hadis yang terdapat dalamnya perawi yang tidak dikenali menyebabkan taraf hadis itu dihukumkan oleh ulamak hadis seperti al-Albani sebagai dhoif (lemah) tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum hakam syarak. (Ahkamul Janaiz: 244)

Hadis-hadis yang menyatakan bacaan yasin, bacaan Qulhu wallahu ahad dan sebagainya di atas kubur kesemuanya merupakan hadis yang maudu’ (palsu) dan La Asla lahu(tidak ada asalnya).

Keempat: Tujuan menziarahi Kubur

Tujuan daripada menziarahi kubur bukan untuk membaca al-Quran tetapi untuk mengambil I’tibar dan pengajaran mengingati kematian. Abu Said al-Khudri berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنِّي نَهَيْتُكُمْ عَن زيارةِ القُبُوْر فَزُوْرُوْهَا، فَإِنَّ فِيْهَا عِبْرَةً

Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya terdapat pengajaran. Hadis sahih diriwayatkan oleh Ahmad (3/38/63/66) dan al-Hakim (1/374-375).

Dari Anas bin Malik bahawa nabi s.a.w. bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زيارةِ القُبُوْرِ أَلاَ فَزُوْرُوْهَا، فَإِنَّهَا تُرِقُّ القَلْبَ، وتُدْمِعُ العَيْنَ، وَتُذَكِّرُ الآخِرَةَ، وَلاَ تَقُوْلُ هُجْراً

Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya dapat melembutkan hati, mengalirkan air mata dan memperingatkan akan akhirat, dan jangan kamu berkata perkara yang tidak baik. Diriwayatkan oleh al-Hakim (1/376) dengan sanad yang hasan.

Kelima: Kaedah

Persoalan yang perlu difikirkan juga adalah pada zaman nabi s.a.w. adakah terdapat di sana halangan untuk membaca al-Quran di kubur? jawapannya sudah tentu tiada halangan untuk melakukan demikian. Dan sekiranya tiada halangan dan ia baik serta afdal mengapa nabi s.a.w. tidak mengajar dan menyuruh para sahabat melakukan perkara tersebut?

Kaedah penting yang disebutkan oleh para ulamak “Sekiranya sesuatu amalan tertentu yang tidak dilakukan pada masa nabi s.a.w. hidup disebabkan adanya halangan yang menghalang dari ianya dilakukan, maka apabila halangan tersebut hilang selepas dari kewafatan nabi s.a.w. maka hukumnya harus diamalkan”.

Contohnya solat tarawikh secara berjemaah, nabi s.a.w. tidak melakukannya berterusan kerana bimbang ianya diwajibkan, setelah kewafatan nabi s.a.w. kebimbangan tersebut telah pun hilang disebabkan terputusnya wahyu dengan kewafatan nabi. Maka setelah itu hukum mengamalkannya dibolehkan.

“Dan sekiranya tiada halangan yang menghalang sesuatu amalan dilakukan, dan dalam masa yang sama nabi s.a.w. tidak melakukan dan menganjurkannya kepada para sahabat maka setelah kewafatan baginda s.a.w. amalan tersebut tidak disyariatkan”.

Contohnya amalan membaca al-Quran di kubur. Sebab itulah pentingnya memahami al-Quran dan hadis-hadis baginda s.a.w. sebagaimana yang difahami oleh salaf iaitu para sahabat.

Keenam: Membaca Al-Quran di kubur boleh membawa kepada kesalahan yang lain.

Jika ditinjau dari sudut yang lain, selain kesalahan amalan membaca Al-Quran di kubur, kita juga mendapati anggota masyarakat kita juga kebanyakkannya telah melakukan satu kesalahan yang jelas dilarang oleh agama sewaktu menziarahi kubur dan membaca al-Quran di sana. Iaitulah dengan duduk di atas kuburan untuk membaca yasin dan sebagainya. Mengapakah perkara ini tidak diambil berat oleh masyarakat kita? Jawapannya disebabkan kerana kejahilan. Tidakkah kita mendengar hadis Nabi s.a.w.

لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتَحْرِقُ ثِيَابَهُ فَتَخْلِص إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِن أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ

Adalah lebih baik bagi seseorang di kalangan kamu duduk di atas bara api sehinga terbakar pakaiannya dan melecur kulitnya daripada dia duduk di atas kubur. Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam bab “Larangan duduk di atas kubur dan bersolat di atasnya.

Allah berfiman:

"فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ"

Maksudnya: “dan hendaklah mereka yang menyanggahi perintahnya beringat bahawa mereka akan ditimpakan fitnah (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat)”. Surah al-Nur:63

Disimpulkan di sini amalan yang dianjurkan ketika menziarahi kubur ialah

1- Memberi salam kepada ahli kubur
2- Berdoa untuk diri sendiri dan ahli kubur
3- Mengambil pengajaran dan menginsafi diri ketika menziarah kubur.

Wallahu a’lam.

Rabu, 8 September 2010

pesan-pesan (siri last seblom raya)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 dipandang sebagai ibu, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


sapo yang ado omak tu, balik la... tak kiro la jauh ko dokek ko smontagho dio ada laie... omak! den balik malam ghayo la nampak eyyy

Selasa, 7 September 2010

betui ke raya khamis ni?

argh!! bila la aku nak balik kampung ni.... kabo-kabo angin raya jatuh pada hari khamis... sudah la, maunya tak sempat aku nak ligan nanti...

nampaknya, warga kota ramai yang dah amik cuti hari ni... pagi tadi dah lengang betul jalan, terutama kat jalan cheras. cuma sikit sibuk kat jalan tun razak. kerajaan dah umum duit raya RM500. kerajaan pakatan pon ada juga yang kasi. kerajaan negeri pon ada juga yang ngulur. dek sebab dorang tu memberi, aku jeles juga la (cemburu dan berlumba dalam berbuat baik takpe, kan?). jadik hari ni aku pon nak bagi duit raya pada semua rakan dan tetamu yang bertandang ke sini. nak bagi banyak tu takde la.

nampak macam $5 hengget tapi aku rasa nilai dia lebih beso daripada tu. cuma kalu beli juadah bbuka maunya merah mata tokey tu. cuba le try, test kat e-bay kot-kot bule jadik jutawan. k, yang dalam perjalanan, berhati-hati memandu semoga slamat sampai ke rumah dengan senyuman bukan dengan tangisan (cewah, cam dj la plak)

tima kasih sahromnasrudin (mesti on d way kat highway plus kot time aku post n3 nih)

Isnin, 6 September 2010

membilang hari

hari tu, ustaz ada bagitau dalam cramah adab nyambut raya antaranya:

... diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya, “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Ye ke pilihan raya?
Ntah la, tahun depan kot! member pendakwa raya kata...
Ooo dengarkan siar raya:
Seraya berkata,
Hari raya nak tiba
amanah raya tak sumbang baju raya?
di bandar raya
Jabatan Kerja Raya dah brenti baiki jalan raya
Pudu Raya dulu miskin nak jadik tempat orang kaya raya..
haa... hati-hati memandu di lebuh raya besraya,
membelah rimba raya nak beraya di kampung
hee si perempit jangan jadi hantu raya
tinggi melangit ke angkasa raya
buat apa dok bertenggek kat balai raya
nanti tak dapat duit raya
eelok le g semayang raya yea
iskh! takan kuih raya design bunga raya je...
moh! cari di kota raya
kat pasar raya pon ada
bila takbir raya bergema
lagu raya tentu mengusik jiwa
ccuma kad raya dah tak ramai nak guna
Indonesia Raya?
Ha ha lupakan aje....

aku takde kad raya nak bagi, ni pon kad raya buat sendirik masa zaman blajo kat ukm dulu. ok calam aidil fitri untuk cemua

ooo... pesan-pesan siri 5 la

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.” (maksud al-Quran surah Ali-Imran ayat 190-191)

memanjangkan nasihat:

PETUA IMAM SYAFIE

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

aaa... tengok kiri, tengok kanan, lengang je.. dah ramai yang balik braya rupanya yea. dok melangut kang ngantuk plak. kalu takut tetido lepas tu bos datang, jadik ikut la taktik yang dipaparkan oleh gambo tu.

Ahad, 5 September 2010

kegembiraan atau harus bersedih?

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau misk (minyak wangi kasturi). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"kenapa ngah?" bila maknya tengok angah berjalan sambil pegang seluo kiri dan kanan.

"seluo ni ha dah beso..." bila dia lepas, sluo tu tak semena-mena terlondeh.

"takpe ngah... lepas abih bulan posa, ngah makan banyak-banyak yea..."

(lena diulit mimpi, tu yang ngigau tu)

aiseh, miss lagi sahur ari nih. cuma lebih baik dari kelmarin, semalam sempat juga minum dua tiga teguk air. yang jadik masalahnya ialah dah dua ari tak makan nasi ni. besanya, lepas berbuka yang ringan (kuih ke, cekodok ke) atau sederhana berat (kelmarin dengan bihun goreng dan sedikit pulut), aku tunggu sahur baru bule masuk nasi. maklum le tangki kecik.

semalam dah pekena bubur pulut hitam dengan tauhu sumbat orang rumah buat, dah tak larat. tambah dengan hujan lebat. mula la orang lalu pon tak nampak kelibat. cuma masih sedo kat mana arah kiblat. tido pulak lambat. asyik dok jenguk blog sahabat. sedo-sedo, sahur pon dah terlewat. apa ada balun je asal sempat. harap-harap hari ni masih kuat. lagipon apa la sangat. nak banding sedara kita yang posa dalam bencana banjir dan perang yang hebat. kan? kan? ...

ok, chayyuk, teruskan sisa-sisa ramadhan yang masih ada.

Sabtu, 4 September 2010

0 - 0, merdeka dari dosa?

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."(maksud QS. Ali Imran: 132-133)

makin dekat syawal menghampiri kita, makin dekat ramadhan meninggalkan kita. telah menjadi amalan, ungkapan ampon maap akan kedengaran ketika ini. bahkan kita akan terima ucapan sms untuk memohon maap:

"MAAF" kadang terdengar begitu biasa dan sederhana.
"MAAF" bila terucap dengan hati yang tulus membawa seribu makna.
"MAAF" laksana asas yang mampu menepis segala dosa.
"MEMINTA MAAF" tidak akan menjadikan kita hina.
"MEMBERI MAAF" tidak menjadikan kita bangga.
*DENGAN KERENDAHAN HATI, SAYA DAN KELUARGA MEMOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
salam aidil fitri dari ....

pnah ke terima sms cenggini? kalu tak terima lagi, kira ungkapan itu datangnya dari saya le... huuu

psst: ada ustaz kabo, tak aci bila minta maap "kira seri O-O." sebab bila kita berdosa dengan sesorang, kita kena sebut apa kesalahan yang dah kita lakukan. laaagi baik kalu dapat sebut bila dan di mana ia berlaku: lambang ketulusan dalam memohon maaf.

Jumaat, 3 September 2010

wa ilal liqa' ma'as salamah

hari ni dah ramai gak yang stat amik cuti. maklum le, bbudak sekolah cuti lama. jadik bagi yang jauh, amik kesempatan balik awal untuk elak kesesakan.

time aku dok kelantan dulu, aku slalu berlawan arah bila balik braya. satu yang heran, besanya jammed berlaku di bandar, tapi kalu nak ke kelantan jammednya kat dalam hutan. sepanjang jalan merapoh ke gua musang, keta jalan berjengket-jengket. muka masing-masing pon dah kelat melekit-lekit tahan perasaan. masa tu jangan usik la. mesti cepat terbakonya... takyah kata orang la, aku pon bukan jenis yang sabo kalu keta jalan macam orang demam kepialu... cuma nak kena ingat, polis banyak la ni. daripada bayo saman, lebih baik beli buku skuloh anak

bagi mamat yang naik motor, jangan lupo ikat helmet tu eelok. bawak le bbaik. aku dah bertahun bawak motor. macam-macam rasa. dok bawah lori masa selisih dua lori tanah pon pnah, alhamdulillah umur je panjang.

dek kerana cepatnya pergerakan moto ni, orang yang bawak keta slalu tak prasan. sekali toleh, line clear. baru je nak memotong tengok mat-mat moto dah dok kat sebelah. kalu darah gemuruh, maunya terperanjat sebab ingatkan hantu mana dok kat tepi keta. bila dah melatah, tu yang kena redah.

bagi yang ramai anak, tapi takde kemudahan kenderaan yang baik... bilang la dulu anak tu takut ada yang miss tiap kali naik bas ke, ketapi atau yang sewaktu dengannya. kami ni memang anak ramai. bila dah naik keta tu, mesti tanya sapa yang tertinggal. sebut nama sensorang. kalu menyahut tu, aaa retinya ada le.

ok koi doakan semua rakan-rakan maya dan seluruh ummat islam yang balik beraya tu sokmo dalam peliharaan Allah selamat sepanjang masa.

raya lambat lagi heh!

dah jumpa lum?

ada jumpa?

1. lailatul qadr
2. amil

1. tiga orang ustaz cramah tentang lailatul qadr, 3 perkara berbeza diorang kabo;

(i) sekiranya dalam 10 malam terakhir tu ada satu malam jumaat, maka malam itulah dikatakan oleh sebilangan ulama akan berlakunya malam al qadr. ulama tu ada le hujah tersendiri tapi besanya yang femes kita tau, ia dijangka berlaku pada malam ganjil. so cuba le check, malam jumaat baru ni malam ganjil ke tak?

(ii) nuzul quran yang kita sambut pada 17 ramadhan baru ni dikatakan tidak tepat berdasarkan kajian seorang ulama mutakhirin (ustaz ado sebut namo dio, lupo la pulakkk). pendapat lama tu datang dari ibn ishak yang dok amik kira perang badr sebagai 'al-farq bainal-haq wal-batil' (perang membezakan kebenaran dan kebatilan) yang berlaku pada 17 ramadhan dan diqiaskan dengan al-quran sebagai 'al furqan' ni tadi. manakala ulama mutakhirin ni kata, nuzul quran berlaku pada malam 21 ramadhan berdasarkan surah al-qadr “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar” [maksud Surah Al Qadar:1]. ada la kira-kira dan sandaran yang dipegang dek ulama tu yang mengatakan pada malam 21, bukan pada malam ganjil yang lain. kalu nak lebih jelas bule baca kat sini bila aku dok cari info tambahan tu

(iii) yang ni berat la sikit ... minimum melayakkan seseorang untuk mendapat lailatul qadr ialah dia hendaklah bersolat jemaah pada isyak dan subuh keesokan harinya termasuk solat sunat tarawikh malam tu. so kalu subuh esoknya tak jemaah, pakat tak dapat la, kabo dek ustaz tu.

2. nak bayo fitrah, ustaz kabo ikut beras yang kita makan. kalu hari-hari melantak beras basmathi, beras poni taj mahal yang memang mahal tu... jadik jangan le bayo fitrah dengan rega rm7.00. kena le bayo ikut harga beras yang deme makan tu. kalu mahal, fitrah pon kena lebih la. kalu kita makan beras paling murah, patutnya kena le bayo lagi murah pada kadar yang ditetapkan sekarang ni. kebetulan ustaz tu orang terengganu, dia kabo di sana disediakan tiga harga kadar fitrah mengikut kategori tu tadi.

brasa nak senang g la bayo kat 'ganu kita'...

Khamis, 2 September 2010

pesan-pesan (siri brapa ntah... heee)

memanjangkan nasihat dan amalan yang baik di bulan barakah ni:

Kekuatan Sedekah Seseorang

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, " Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi). Para malaikat bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api). Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat). Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda Rasulullah SAW, "Allah Ta'ala berfirman, Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".

"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".

"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang-kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui di tepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya ialah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andai kata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah)

Walau bagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/ peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum solat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minimum setiap Jumaat, misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 ke kotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipat ganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :

SADAQAH JARIAH - KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.

pssst: jangan lupa bayo zakat pendapatan bagi yang ada gaji tu

Rabu, 1 September 2010

anak sapa tu?

brapa orang kena tangkap khalwat semalam? brapa ramai pulak perempit yang membingitkan malam merdeka? sibbaik sambut merdeka time bulan remdhan. kalu tidak mesti ada letop, letop nak bagi meriah, kan? bebudak dilarang main mercun, orang tua takpe plak... ajar anak jalan lurus, mak bapak ketam sendiri jalan senget... sian!!!

dua tiga ari lepas, ustaz kat surau crita dalam kuliah singkatnya ketika waktu senggang solat tarawih. dalam satu kajian oleh sebuah universiti kat selangor ni, daripada 400 pelajar yang ditemu bual, 300 mengakui pnah berzina. 85% daripada dorang menganggapnya sebagai perkara biasa, takde yang luar biasa melainkan biasa-biasa aje... "nak salahkan sapa ni?" tanya ustaz. "kalu disebut kang panjang pulak..." ustaz kata lagi, "bila kita hilang keyakinan terhadap perkara ghaib; tauhid kepada Allah, kepada para malaikat dan kepada hari pembalasan, kita tak akan rasa apa-apa lagi."

perubahan budaya kita sangat teruk. daripada yang baik kepada yang buruk. yang teruk-teruk tu dulunya dah berjaya dibuang tapi kembali meresap semula. cam crita-crita hantu yang diidopkan semula, berjaya mengembalikan kepercayaan tahyul, sihir dan amalan kurafat ke pangkuan masyarakat. dulu-dulu orang bertertib dengan budaya, tapi yang tinggal kini 'apakan daya' je. teringat masa part time keja kfc waktu blajar dulu. sorang manager pompuan tu kata, dia dah bertunang. tapi kengkawan yang level makcik-makcik ngan aku bagitau, "heh! bbudak sekarang... bertunang sesama dia je. sarung cincin sendirik dah kira bertunang." eeesok, macam orang kristian aje. nak kawin g jumpa tok kadi, nikah tanpa kesahkan mak dan ayah lagi dah...

sedihhhh

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong