Selasa, 31 Ogos 2010

eksklusif sempena merdeka

aku tak tau akan sampai bila ada blogger yang nak panggil aku cik/akak/makcik dan seumpamanya... takpe... barangkali uniknya nama tu.

Cik Momoi (ejaaan lama CHEMOMOI atau aku senang dengan ejaan baru, CEMOMOI) nama seorang awek orang asli. padan le dorang ingat aku pompuan, kan? dengo kabo, dia anak tok ngulu/batin di sebuah perkampungan terpencil hampir di sempadan pahang dengan negeri sembilan dalam daerah bentong. nama itu kendiannya diabadikan pada sebuah kampung. bila pembukaan tanah secara besar-besaran oleh felda, maka nama itu kendiannya turut tersenarai sebagai salah sebuah penempatan orang melayu dari pelosok semenanjung nih. di situ aku lahir.

dan cintanya aku pada tanah tumpah darahku, aku bawak nama itu. aku jaja ke sana ke mari sejak zaman sekolah, universiti hingga bekerjaya. ada orang berkerut muka, tak kurang tersengih dan ala-ala meneneng bijik mata sambil teroleng-oleng kepala mendengo nama tu. pelik, takjub, heran dan macam-macam lagi. tak kesah dan tak malu. aku bangga dengan kepelikan, ketakjuban dan keheranan mereka. dan sekali tu, aku pnah ditegur oleh mamat sekampung yang aku tak kenal. "ko budak cemomoi ye?" "aha!" "aku tengok pada motor ko tu" heee aku senyum tengok stiker yang aku buat sendiri dan lekatkan pada tangki motor rxz, lama dulu masa aku kat UKM.

aku tak ingin rasa cinta tu berakhir begitu aje. aku cuba buat sesuatu yang dapat aku katakan sebagai manifestasi cintakan anak watan sekampung. alhmadulillah, dapat juga aku bawak kengkawan dari universiti untuk buat projek motivasi di sana. tapi itu crita lama. aku tak tau apa lagi dapat aku jelmakan pengorbanan untuk anak-anak cemomoi tu nanti kerana aku bukan seorang pemimpin masyarakat. jauh di perantauan ni... takpe le, kalu berkesempatan nanti, diizinkan Allah barangkali ada le jalannya untuk beramal jariah dengan orang sekampung.

pada blogger yang datang singgah sini, tima kasih dan aku tak kesah dengan apa pon panggilan tu. salam merdeka dan moga ramadhan ini mendidik kita erti sambutan merdeka sebenarnya. bukan macam beruk matyeh yeh...

Isnin, 30 Ogos 2010

bukan kita aje makan tak halal

ada orang kabo ni:

Nak kenal ikan keli yang makan bahan/palet haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

· Kepala berbentuk ‘V’· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak · Bahagian antara bawah kepala dengan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)


· Kepala berbentuk ‘U’
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dengan badan
· Digoreng tidak meletup

“Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim

http://www.duniaherba.net/rahsiaherba

Ahad, 29 Ogos 2010

buruk beno ke kita ni?

satu ketika kami bersembang tentang perangai orang melayu:

joe: "aku kawan dengan cina je, malas kawan dengan melayu... kalu ko nak tau dok kawan dengan dorang, lain crita takde, mikir camana nak dapat duit, nak buat duit... bukan cam orang kita, ngutuk, ngumpat, nyakitkan ati orang aje kejanya." dia melepaskan keluhan

aku: sengih je la, "err, aku pnah baca pengalaman sorang muallaf yang ditegah family dia daripada masuk islam... dia kata, orang cina dah ada peradaban yang tinggi so buat menda masuk islam? (melayu la kot) lagi pon islam dipelopori orang melayu!"

(dia lupa, ramai orang cina dari China yang memang islam sejak zaman nabi lagi, lebih lama daripada orang melayu peluk islam)

aku: "jadik, orang cina dok anggap budaya kita ni low class..." aku menambah.

joe: "tul tu..." dia ngangguk sambil tepuk meja.

joe angkat tangan macam nak melambai kat aku: "ko tau? satu crita. kawan aku Ah Man cakap, kawan dia Meng nak beli rumah RM350 k, coner lot. lepas tu, ada sorang kawan si Ah Man ni offer la rumah dia RM250 k. sama gak coner lot. tapi Meng beli gak yang RM350 k tu."

joe nampak seronok ngat bercerita: "Ah Man calculate. kalu lu beli RM250 k, kata la lu nak renovate RM150 k, baru RM350 k. tapi kalu lu angkat ini rumah RM350 k, mau revovate lagi maa... amacam, tul dak?"

joe mengesotkan kedudukan: "tapi ko tau apa kata Ah Man? wa ingat ini Meng aaa, ada fikir lain la. haaa!!! ko tengok cina, dia tak kutuk kawan dia tu..."

aku: sengih lagi. dalam ati, "kalu orang kita dah berbakul kena kutuk tu... bodo la, bangang la, tak sekolah la, akai tada ka kalu? huu..."

orang melayu sebenarnya mempunyai peradaban yang tinggi. sebab tu kita kena pnah membina empayar yang besar. bukan empayar melaka aje. champa, majapahit, sriwijaya dan tamadun lembah bujang sebenarnya manifestasi kebijaksanaan melayu di nusantara ni... malangnya sekarang ni, kita le yang mempelopori budaya baru buang bayi, merempit, meragut. tak masuk juara dadah, sumbang mahram, bergaduh, berpecah pasal politik dan macam-macam lagi... sebab tu kita dilihat sebagai low class dan orang lain tak mau masuk islam kerana kelemahan peribadi kita dalam menonjolkan keindahan islam tu.

malang sungguh!!!

pesan-pesan (siri 3)

PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Sabtu, 28 Ogos 2010

kurma: jangan tau hikmah aje

kurma sebagai saksi dan bukti...

"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan." maksud Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25-26]

ni kisah maryam ketika nak bersalin. apa lagi yang ada pada cerita kurma ni? aku tak le tau sangat, cuma diberitahu bahawa kurma akan berbuah dan masak ranum pada antara bulan ogos hingga september. apa kaitan kurma dan krismas? kurma menjadi saksi kepada kelahiran nabi Isa a.s atau Jesus oleh orang kristian.

kenapa kristian kata, 25 Disember Jesus lahir? kan ke dah menyalahi apa yang Allah bagitau dalam al-Quran tu! takpe la mereka tak caya, sebab mereka tak beriman dengan al-Quran, kan? masalahnya ialah mereka menolak kata bible yang dok bagitau kelahiran Jesus, "Ketika mereka di Betlehem tibalah waktunya bagi Maria untuk bersalin. Ia melahirkan seorang anak laki-laki, anaknya yang sulung. Anak itu dibungkusnya dengan kain, lalu diletakkan di dalam palung berisi jerami; sebab mereka tidak mendapat tempat untuk menginap. Pada malam itu ada gembala-gembala yang sedang menjaga domba-dombanya di padang rumput di daerah itu." (luke, 6 & 8)

sapa yang nak jaga ternakan dalam bulan disember sila angkat tangan? kat malaysia besanya musim banjir, kambing pon geli geleman nak turun tanah. kalau kat eropah, santa claus pon pakai baju panas time nak bagi hadiah... sejuk yeop!!! di palastine, masa tu time musim dingin melampau, takde orng nak dok kat luar rumah.

begitu le antara mukjizat al-Quran, bukan sekadar kita ambil hikmah buah kurma yang baik untuk ibu mengandung, sebaliknya ada cerita di sebalik cerita. yang tersurat dan tersirat.

fikir-fikirkan!

Khamis, 26 Ogos 2010

moga remdan kali ni milik kita

nak kena cari juga walaupun skali...

dah lebih tigaploh tahun idop ni, aku tak tau le aku pnah dapat ke tak?

"ketahuilah bahawasanya siang dan malam itu hanya dua puluh empat jam sahaja maka janganlah engkau tidur pada siang atau malam lebih daripada lapan jam kerana jikalau engkau berumur enam puluh tahun maka memadailah engkau telah mensia-siakan daripada umurmu sebanyak dua puluh tahun iaitu sepertiga daripada umurmu." (Imam al-Ghazali, Bidayatul Hidayah)


setahun - 365 hari x 8 j/hari = 2,920 j/setahun (tido)
setahun - 365 hari x 24 " = 8,760 "

umur - 60 tahun x 8 j/tahun = 175,200 jam tido
umur - 20 tahun x 8,760 j/tahun = 175,200 "
(aku kira pada tahun 1995 dulu nih... korang kira la balik pasal matematik aku, cekgu asyik bertukar aje...)

jadik, kalau dapat lailatul qadar satu malam pon yang rahmatnya 1000 bulan tu, dapat juga la topup jumlah 20 tahun tido tu...

huu... masa remaja dulu pnah gak tengah malam ganjil ramadhan dok kat luo rumah kot-kot bule nampak pokok sujud, maknanya lailatul qadar le tu...

Rabu, 25 Ogos 2010

dah makin hampir nih!

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (maksud surah al-Qadar:1-5)

LAILATUL QADAR diceriterakan orang...

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya, emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. “Mungkin kubah itu tengah sujud ,” fikirku.

"Kenapa?" tanya abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah... bodoh," sambung abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

pssst: moga kita beroleh seribu rahmat pada malam laitul qadar nanti, insyaallah...

Selasa, 24 Ogos 2010

dah mata bergenang ati menyebut

"Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (maksud surah al-Hujrat: 13)

tak sampai ati nak kecewakan permintaan rakan blogger kita, en. sahrom. asalnya, saya takmoh crita banyak-banyak takut orang jemu, tapi bila dua kali bertanya, elok le saya poskan satu lagi n3 pengalaman saya kat pulau banggi tempoh hari. satu skop yang bule kita kongsikan melalui pemerhatian adalah mengenai 'perkahwinan' masyarakat bonggi.

cara idop orang bonggi sangat ringkas. bila aku nanya tentang majlis walimatul urus, dorang kata takde kenduri pon. apatah lagi malam berinai, acara mandi pengantin, jauh skali nak tukar-tukar baju, belah kek dan sesi fotografi (huh melampau tul sampling aku ni). mungkin dorang duduk rumah yang berjauhan dan sistem perhubungan pon susah.

dulu-dulu, si gadis sunti yang telah mengalami haid dah bole kawin. bila aku stress pasal umur, dorang kata lebih kurang seawal 14 tahun la. nak kenal yang dah kawin atau anak dara pon tak susah. kalu ikatan kain kat pinggang atau bawah dada tu maknanya awek lagi le tu. tapi kalu ikatan kainnya melepasi paras dada jangan nak usik tak tentu pasal.

kalu korang nak tau, orang bonggi ni kuat cemburu. ni bukan aku yang kata heh, tok ketua kampung yang cakap yeh! ke mana suami pegi, di situ ada isteri (isteri mithali). ke kebun ataupun berburu. bukan bini aje cemburu, lelaki pon sama je. orang bonggi tak ramai anak disebabkan sifat ni. paling ramai, 4 orang je (heee... aku lebih sorang le...) ye la kan, kalo anak berderet camana isteri nak ikut g berburu nangkap kancil cam yang aku tunjukkan seblom ni. yang heran (tergamak aku nanya... cabul tul mulut aku) dorang ada kaedah tertentu merancang kluarga. dorang gunakan tumbuhan untuk buat minuman bagi menghalang kehamilan dan satu lagi dorang gunakan daun apa ntah untuk gugurkan janin yang baru menjadik... sesapa yang nak jadik pakar bidan eelok le berguru dengan kaedah ni, sebab aku rasa mungkin mujarab perubatan dorang berdasarkan rata-rata dorang tak ramai anak.

walaupun banyak perkara nak dikongsikan, rasanya cukup le dulu itu je... sebab kajian kitorang ni mungkin akan diterbitkan ke, apa ke tak tau le... kot ada sok aku bagi tau le insyaallah

hee... tak kedekut, kan?

memanjangkan nasihat dari emel yang baru diterima nih untuk kita manfaatkan bersama:

Sama-sama kita mengingati

Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB


SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan yang kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kubur menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Isnin, 23 Ogos 2010

TOLONGGGG!!! jauhi taqlid buta

"AKUM?... semoga sehat la... apa citer la ni?"

satu ketika dulu kita biasa dapat sms dimulai denga perkataan AKUM sebagai singkatan daripada 'assalamualaikum'.

"Tuhan menciptakan mereka dalam bentuk manusia demi kemenangan/keunggulan Bangsa Israel. akan tetapi AKUM diciptakan untuk tujuan tunggalnya yang terakhir untuk mengabdikan diri kepada Bangsa Israel siang dan malam." Talmud hlm. 50 (Prof. H.S. Tharick Chehab, AlKitab (Bible))

so AKUM ialah istilah yang digunakan oleh orang Yahudi yang merujuk kepada orang Nasara (kristian) yang mereka anggap sebagai penyembah bintang dan planet.

lepas ni cari le singkatan yang lebih baik dan dapat menggambarkan apa yang sebenarnya hendak kita paparkan. jangan main ikut dan je...

Sabtu, 21 Ogos 2010

pesan-pesan (siri 2)

panjangkan nasihat daripada teman:


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Jumaat, 20 Ogos 2010

nampak cam sedap...

remdan tahun ni mengingatkan zaman mula aktif berblog. julai lalu dah cukup setahun berblog. dan terasa remdan tu cukup singkat berlalu untuk berganti remdan yang sedang melewati ini. tima kasih atas sokongan kengkawan. tambahan pula ada yang sudi memberikan award yang menjadi petanda betapa eratnya kita walaupun hanya bersua di persada maya.

...

semalam crita pasal kebaikan makan daging untuk badan sokmo sihat. dan ada gak blogger yang kluokan n3 betapa selama ini kita tertipu dengan dakyah pemakanan yang tak sihat macam minum kopi dan daging kambing manakala makan organ dalaman dan minum soya kununnya baik untuk kesihatan. (harap korang pnah baca le...)

semayang jemaat hari ni menemukan aku dengan penjual daging kambing panggang ni. (nak tolong promosi nih) sesapa yang nak, sila datang kat bangunan tabung haji jalan tun razak pada pukul 3.00 petang. stat pukul 10.00 pagi dia memanggangnya, satu hari 2 ekor, kejap je abih. ada juga yang frust tak dapat. brapa reganya aku pon tak tanya, maklum le rega seko kambing sekarang ni memang mahal laa.

aromanya pon dah bule buat kosentrasi jemaat sedikit terganggu bagi sesapa yang dok semayang kat luo dan dekat dengan lokasi dia memanggangnya... huuu... bagi sesapa yang sokmo tersangkut dalam kesesakan lalu lintas tu, eeelok le buat bekal daging kambing ni dalam keta. sesekali meratah tu syok jugakkk

Khamis, 19 Ogos 2010

pesan-pesan (siri 1)

memanjangkan nasihat:

PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

bulan posa ni mesti lebih sihat sebab perut ada banyak masa brehat dari tugas rutinnya menghadamkan makanan

tima kasih pada niksensei.blogspot.com yang bagi award ni jazakumullahu khairan kathira

Selasa, 17 Ogos 2010

idop hanya sekali?

memanjangkan nasihat:

Daripada Aisyah radhiallahu ‘anha telah berkata: “Telah datang kepadaku dua orang tua Yahudi Madinah sambil berkata, sesungguhnya ahli kubur itu diazab dalam kubur-kubur mereka." Aisyah radhiallahu ‘anha menjawab, “Kamu berdua berbohong dan aku tidak mempercayai kamu." Lalu kedua orang tua Yahudi itu pun keluar. Tatkala masuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, aku bertanya kepada Baginda, “Ya Rasulallah! Sesungguhnya dua orang tua Yahudi Madinah telah berjumpa aku dan keduanya menyangka bahawa ahli kubur itu diazab di dalam kubur-kubur mereka. "

Bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Benar kata-kata kedua orang Yahudi itu, sesungguhnya mayat-mayat itu diazab sehingga didengar akannya oleh sekalian binatang. Aisyah radhiallahu ‘anha berkata, “Aku tidak melihat Baginda selepas solat kecuali (berdoa) memohon perlindungan daripada azab kubur”. (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah membaca "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Isnin, 16 Ogos 2010

dan ramadhan kali ini...

dikatakan bahawa fadhilat malam ke-30 Ramadhan – Allah swt memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu Allah berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”. wallahu a'lam!

balik kampung...

panjat pokok langsat



panjat pokok dokong



panjat pokok manggis



jambu meghelik



mencepu mengerenyit



mangga melorot



rambutan dah ke penghujung



durian pon sama (beli dari orang kampung)

ramadhan kali ni betul le... kalu dak, mesti tak makan nasik nihhh

Sabtu, 14 Ogos 2010

nak lebih baik kat semejid

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, ketika dia membalikkan badannya sambil menyebut "Allah!" maka kata malaikat kepadanya: Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya: (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)

- Apabila memakai pakaian, berdoalah pakaian: (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)

- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut: (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)

- Apabila memegang timba berdoalah pula timba: (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

- Apabila mengambil air sembahyang, berdoalah air itu: (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

- Apabila berdiri sembahyang, berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah, lapangkanlah kuburnya!)

Serta menilik Allah kepadanya, maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
video
tido bulan posa pon dapat pahala?
nak banyak lagi pahala, tido la kat semejid tapi jangan lupa niat iktikaf dulu

Jumaat, 13 Ogos 2010

berbuka sampai ke sahur ke?

jangan beli banyak sangat, kang sahur pon dok makan lagi hak yang dibeli untuk berbuka

dah tiga hari posa erk? maknanya tiga ari ni aku blom lagi ziarah pasar remdhan... memang malas pon masuk tempat yang sessak gitu, jadik tunggu aje kat rumah dan makan je la apa yang ada... peberet berbuka posa aku ialah cekodok - cukup!

cuma satu masa dulu ada orang pesan tentang menda alah ni. jadik sesapa yang ke pasar remdhan tu cuba-cuba le peratikan kot ada lagi:

...

Jangan minum pakai nie!!

Bekas minuman yang dicorakan dengan lukisan beruang "Koala sedang melukis", sekali kilas mesti tak perasan, tapi kuasa Allah tu maha besar & agung memberikan penglihatan dan penelitian yang tajam supaya kita dapat mengenal pasti apa yang bercanggah di sisi agama islam..

gambar ini telah diambil pada hari jumaat di perkarangan masjid yg bertentangan sunway piramid di PJ.

gitu le pesan sedara kita ni yang prihatin. wallahu a'lam

Khamis, 12 Ogos 2010

berbuka apa petang ni?

seblom membeli-dan membelah juadah berbuka petang nih, ingat-ingat le orang yang kurang bernasib baik.

memanjangkan info kelebihan kurma:

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah juga berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq pula berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Rabu, 11 Ogos 2010

semacam je nih...

memanjangkan nasihat yang baik:

Ada satu cerita yang nak disampaikan kepada semua seperti berikut:

“… nama saya Sya’ban! Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda bersama dengan isterinya, Lailatulqadar dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftar! Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakat dan Keampunan…. Mereka akan pulang selepas 29 hari dengan menaiki pesawat Eid Airlines… hargailah mereka dan anda akan mendapat berkat! Semoga Ramadhan menjadi titik perubahan dan persediaan menghadapi mati dan mahsyar…” insya’Allah.

i. Berpuasalah dengan penuh keimanan dan penghargaan;

ii. Jangan terlalu boros dalam berbelanja; dan

iii. Berzakat dan bersedekahlah kepada mereka-mereka yang memerlukannya

Rasulullah bersabda, ”Apabila kamu berpuasa hindarlah dari berkata kotor dan bodoh. Jika kamu dimaki hamun atau diajak bergaduh, maka katakanlah sesungguhnya aku berpuasa”. Hadis Riwayat Muslim.

berhutang tag kengkawan... bulan posa bulan kemaafan kan, kan, kannnn?

so mampu ucap tima kasih daun kladi je kat :

akuanakpahang
hannyskyleto

Selasa, 10 Ogos 2010

muhasabah mujahadah muraqabah

mencari keikhlasan di celah ramadhan almubarak

penyakit hati ni bukan senang nak dibasuh... nak tambah dengan penyakit hati yang lain lebih mudah dan kadang-kadang tak perasan pon ia datang.

biasa kita dengar atau kita sendiri kata, "aku heran jugak, time tu susah sangat. apa pon takde, sorang pon tak nak tolong tapi akhirnya aku berjaya buat keja tu dengan, ok le..." (intonasi makin turun kunun nak kurangkan rasa bangga)

tapi secara tak sedar kita mengundang rasa takjub pada kemampuan kita. kawan yang dengo, terlopong lalu berkata, "waaa, hebat jugak ko ni..."

kita plak tersenyum simpul "heee tak de la..." tapi ati dah berbunga dan tanda riak dah mula berkocak...

lebih teruk lagi, dalam mengutuk kita sudahkan dengan ayat, "sebenonya, aku bukan le cakap beso (takabur le tu), cuma kekadang tensen gak. dah la tanak tolong, dok cemuh pulak bila kita dah tolong! aku ihklas la buat menda tu semua..."

penyakit 3 serangkai; riak takabbur dan ujub

Isnin, 9 Ogos 2010

marhaban ya ramadhan

Assalamualaikum w.b.t,

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah! tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan "Amiin" sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan ialah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan: terkasar bahasa, tersilap bicara, terlanjur kata terkhilaf nada, yang tersurat mahupun yang tersirat, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah

Ahad, 8 Ogos 2010

kata mr. labu "pendek kata, asal celik mata... kerja, kerja, kerja..." (filem labu-labi)

(simpang mengayau, hujung borneo kami singgah tak kira walaupun hujan lebat gila) dah dua hari miss berblog dan merayau kat blog member dan tetamu yang singgah sini...

sebenarnya, malam jumaat lepas, lebih kurang kul 12.00 baru sampai rumah. tu pun, orang rumah anak-branak jemput kat lcct. kalu naik kenderaan awam ntah le.

sabtu 7.00 a.m

gie opis, sebab petang ni ada meeting kat penang plak... haddoi la... letih semalam pon tak hilang lagik. so sepanjang perjalanan tu tido je la kejanya. petang, lepas abih meeting, dorang singgah kat pasar chowrasta beli jeruk. la ni dah ramai orang melayu yang jual jeruk kat situ, tak yah masuk dalam pasar sebab kedai orang melayu bersebelahan pasar tu. sama ada kat tepi jalan besar tu atau masuk kat lorong tu, ada la orang kita yang berniaga kat situ. kadar kepekatan asid dia jauh berbeza dengan orang cina jual. kalau tertinggal seminggu dalam botol jeruk tu, maunya berkarat sudu tu.

abih shopping, terus balik. kesian member, nak balik ke seremban last bas dia kul 10.00 kat pudu. setelah berhempas pulas mengelak kesesekan - maklum le malam minggu ramai nak gi dangdut - sibbaik dapat juga pintas bas tu dekat pejabat pos besar. selamat le member, kalu tak tido kat opis. aku plak sampai kat rumah dah kul 11.00. malam. penat berganda... jadi hari ahad pon qadha tido. cuma sempat ziarah beberapa blog kawan je. sori le yea

"bekerja kamu untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok harinya" (maksud hadis)

Khamis, 5 Ogos 2010

jangan berumah di tepi pantai

bila di tengah laut, rupanya kita terlalu kerdil dan nak mampu berbuat apa-apa...

4 ogos 2010

lebih kurang 4.00 petang slesai keja, kitorang siap-siap naik bot. aku dok kat belakang skali nak menikmati pemandangan air di hujung dua buah enjin berkuasa kuda 400. seronok melihat dua alur yang memutih melompat dan saling menerjah membentuk lonjakan air yang terpancut tinggi. bila ditoleh di sebelah tepi, laut yang terpukul di dinding bot menghasilkan percikan air. beberapa saat seblom ia hilang bersatu dengan ombak, muncul pula pelangi yang malu-malu alah...

perjalanan petang ni pada awalnya baik mula berombak kuat. ombak setinggi tiga kaki mula berubah hingga mencapai lima kaki dan kekadang lebih. ketika mula melawan ombak, masing-masing teruja dan sedikit terjerit bila dilambung gelora. bila makin kuat dan berada semakin jauh di tengah laut, setiap orang mula terdiam. keadaan angin tidak le kuat sangat tapi ombak agak luar biasa. ketika ini, aku terfikir, barangkali inilah punca bot luluh. bila ditimang tinggi dan terhempas, blom sempat bernafas bot akan dipukul semula badai keras. sudahnya tenggelam le jawabnya...

pemandu bot memerah segala kemahiran yang dia ada. sesekali dia memecut tapi bila berhadapan dengan lopak ombak yang dalam, dia segera membrek. bot terdengar bagaikan nak pecah bila dijulang dan dihempas laut. bila dilambung, aku menahan suara dan bila bot menjunam, aku pulak yang menggunakan teknik meringankan badan... bukan ada pekdah pon tapi tu le refleksinya. ketika tu, jauh sedikit di sebelah kanan kelihatan hujan telah turun. untuk mengelakkan hujan tu le, pemandu bot berhempas-pulas mencilok di tengah laut yang baru belajar menggila. kuatnya ombak membadai menyebabkan besi di hadapan bot tercabut dan hilang ditelan laut. tak cukup dengan itu, laut sekali lagi mencekup penutup dek yang berada di muncung bot menyebabkan bot terlopong. keadaaan ini membuatkan pembantu pemandu bot sedikit pucat. ia berisiko menyebabkan air masuk dan bot boleh karam. dia bebrapa kali mendail henpon untuk memberikan makluman kepada pihak di darat... malangnya usaha tu tak berhasil. ketika itu terasa masa terlalu panjang dan perjalanan terlalu jauh...

alhamdulillah, pengalaman tu dah berakhir bila kami selamat tiba di jeti. memang masa yang diambil melewati waktu berbanding ketika kami bertandang ke pulau tersebut pada pagi hari.

Rabu, 4 Ogos 2010

cawat?

4 ogos 2010

(rumah orang bonggi ada satu bilik je...)

lebih kurang 8.00 pagi naik bot selama sejam, cuaca pon ok aje kami tiba di pulau bonggi dengan disambut oleh beberapa pegawai pejabat daerah bonggi dan ketua kampung lambuak darat, en. layut.

berpecah kepada dua kumpulan, kitorang bertiga terus ke kampung limbuak darat untuk bertemu dengan bebrapa penduduk di sana. namun temu ramah tentang masyarakat, adat dan budaya kehidupan tu semuanya diberikan oleh en. layut sendiri.

(haaa tengok, dorang tangkap kancil dengan tangan je...)

berbanding kaum lain, bonggi didakwa penduduk asal kawasan pulau tersebut berdasarkan tidak ada orang bonggi di mana-mana kawasan penempatan sekitar borneo termasuk di mindanao, filipina. bahasanya juga berbeza dengan bahasa etnik lain.

adat dan budaya yang diceritakan kepada kami semuanya mengenai adat lama yang sebahagian besarnya tidak lagi diamalkan setelah mereka memeluk islam. satu yang aku ngeri dengo... jika berlaku sumbang mahram (berzina dengan ahli keluarga tertentu je), mereka akan dihukum bunuh dengan cara dihumban ke laut manakala anak zina akan dihukum bunuh setelah dia besar dan pandai bercakap (barangkali tiga atau pat tahun) dengan cara dikerat dari kangkang hingga ke kepala... (ish! jangan salah aku dengo dah le, laporan tak buat lagik ni) aku tanya la, bila kali terakhir hukuman tu dilaksanakan? dia kabo, sekitar tahun 50-an, tu pon dia cuma dengo crita je...

(kehidupan yang simple je tanpa kelengkapan yang canggih-canggih, tapi ada dapur gas tuuu...)

walaupun ada yang masih pagan, kebanyakan masyarakat pulau ni dah islam. tapi semenjak dua menjak ni, dikatakan bahawa gerakan kristian makin kuat. jadik bagi orang islam sabah, kena amik tindakan segera menyelamatkan akidah mereka. maklum le orang susah kalu diberikan duit macam la orang ngantuk disorong bantal... jangan adik cam orang asli di semenanjung satu ketika dulu. masuk islam dua tiga kali sebab lepas kita dakwah, mereka ditinggalkan begitu je dalam tempoh yang lama. esok-esok datang dak,wah lagikkk

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong