Rabu, 30 Jun 2010

,

kalu lemah semangat baik takyah

tinggalkan dulu crita orang asli

kita bukan helikopter tapi kalu kita nak cuba... arghh! lebih baik jangan


pagi ni je dua eksiden aku jumpa yang melibatkan penunggang motor (masih terbaring di lokasi) dan satu lagi kereta terbabas. semoga Allah melindungi kita dari bencana yang tak baik. aminnnn!!!

Selasa, 29 Jun 2010

mencari identiti

letih tak sudoh lagi. so layan je le apa yang ada...

LAWAK ORANG ASLI siri 1

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Hinai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu:

"Mahu tak panasy tuan ... kipasynya besya ... tapi di luar ..."

HANDPHONE

Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone ..

"Wah! Tok Batin ... ada handphone ... ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Tok Batin: "Syini tak ada, tapi kalau incik mahu talipon syaya punya handphone, kasyi tau sama syaya, syaya boleh pergi ke bandar Rompin, syana ada coverage"


sapa la yang gamaknya paling bijak yea

Isnin, 28 Jun 2010

lu olang manyak untung!!!

racist?

27 Jun 2010

hujan lebat tak membantutkan program kami pada hari terakhir. destinasi pagi ni, g ke chinatown herritage centre.

jauh panggang dari api, bagai langit dan bumi. mereka menghidangkan sejarah yang menyentak perasaan pengunjung.

bermula dengan tema kesedihan dan kesengsaraan - sejarah suka-duka mereka datang ke sini, sebahagian wanita yang menjadi pelacur, kesukaran idop sehingga membawa kepada kejayaan yang diperoleh.

pencapaian dalam segala lapangan - perniagaan, makanan, sosial dan budaya - mereka benar-benar berjaya menampilkan persembahan yang menarik dengan kreaviti yang unik dan dibantu oleh banyak persembahan multimedia. jauh berbeza dengan apa yang ada di galeri melayu.

lepas tu, kitorang ke national muzium. sesuai dengan kedudukannya, muzium ni sangat besar dan luas.

masuk je, kita akan dibekalkan dengan peralatan elektronik seperti pemain linguaphone. sambil berjalan, kita hanya perlu menekan nombor lokasi untuk mendapatkan maklumat sejarah pada foto/artifak/objek yang dipamerkan. maknanya tak banyak kapsyen disediakan pada bahan pameran.

6.oo petang, kami menaiki teksi nak ke lapangan terbang.

(seblom balik, sempat gak tinjau pasar barangan terpakai, tapi barang antik tak banyak. harganya bole tahan murah, jauh lebih murah dari tempat kita walaupun dikira dalam duit kita)

"kalu saya pencen, saya mau duduk di malaysia!" ramah dan rancak pemandu teksi berbangsa cina itu bercerita. "apsal?" aku gatal mulut melayannya. "malaysia bagus apa!" "lu tau ka, berapa interest epf singapura bagi? cuba teka!" dia sambung lagi dengan penuh semangat selepas dia bagitau kitorang, roadtax (tak masuk insurans lagik tuuu...) kereta untuk 2000 cc setahun lebih kurang SD1800. "malaysia bagi brapa?" aku cuba ingat-ingat, maklum la tanya kat orang yang pilih skim pencen, "lebih kurang 12% le." "singapura bagi 0.01... (apek tu ulang dua kali nak stresskan fakta) bla, bla, bla.... u tau apa tu? itu maknanya talak interest maaa..." "saya ada manyak rumah di malaysia... saya mau duduk di penang... penang bagus!"

hem... untung memang untung. sebab tu gamaknya dulu pnah akhbar singapura berura-ura kalu dapat menakluki malaysia, pahang akan jadik negeri pertanian.

dekat 12.00 malam, aku sampai rumah dengan berbaur rasa, haduiii esok nak g keja ke dak?
,

melayu 'singa' pura-pura?

sambil lipat baju, layan blog. hari ni ponteng, letih gila. ada meeting, minta tolong member ganti. dia tak sanggup sebab takde maklumat lengkap. aku pon sebenarnya diminta hadir gantikan bos. takpe, nanti aku jawab la.

(kopi special gelam)

26 Jun 2010 9.30 a.m

(galeri melayu, istana kampung gelam)

aku dah jejakkan kaki kat singapura dengan dua orang lagi kawan sepejabat. jumpa sorang prof. yang kami hantar awal sehari kat hotel ibis, di bengcoolen. patutnya kitorang datang skali, tapi tiket flig abis. kabonya, tiket dan hotel fully booking sebab ada function di sini.

pusing-pusing cari hotel bajet takde, kitorang pegi cari di geylang dengan bantuan teksi. dapat pon, tapi yang ada hanya family room. heee, keputusan darurat diambil, aku tido sebilik dengan dorang pompuan. hanya langsir yang memisahkan antara bilik ke bilik. pada malam tu jugak baru tau, hotel yang kitorang duduk tu ibarat di kawasan lorong haji taib. woooo.... sibaik takde pencegah maksiat!

selesai masalah bilik, kitorang terus ke kampung gelam.

bersembang dengan salah salah sorang melayu singapura, "nak buat apa ke sana? ntah, pada saya takde apa pon yang menarik!"

walaupun tak cukup menggambarkan keseluruhan jiwa orang melayu, lawatan ke galeri istana kampung gelam benar-benar menunjukkan bangsa melayu di sini seolah kehilangan semangat patriotik. di mulai dengan gambaran awal tentang masyarakat yang mundur, tinggal di dalam perahu, kemudian bila Inggeris datang barulah mereka menetap di daratan. lekehnya sejarah kita.

malam, kami datang bertandang lagi. cari makan. suasana cukup meriah dengan pelbagai bangsa terutamanya dari timur tengah. banyak juga meja makan dipenuhi oleh peminat candu arab 'sisya'.

secara kebetulan, masjid sultan ada menganjurkan ceramah agama. dan barangkali tidak sampai dua puluh langkah dari masjid itu, ada 'malam muda mudi' di istana kampung gelam.

gamaknya berpegang dengan prinsip pendatang - bekerja hanya untuk cari makan. membiarkan keadaan berlalu begitu sahaja, jangan ganggu kami dan biarkan kami hidup aman - sudah memadai...

sila pilih: singa pura-pura atau menjadi mangsa todak?

Jumaat, 25 Jun 2010

suratan atau kebetulan

insyaallah esok nak jalan jauh sikit... balik pon malam isnin. rasanya dah hampir kompom tak dan nak jengah teratak blog rakan-rakan. insyaallah dipanjangkan umur, sihat badan jumpa le nanti. seblom nak gi, lepaskan gian dulu untuk tatapan rakan-rakan terutama orang pompuan... jangan marah yea.

diklentong dek seorang mamat bahawa:

Timbang

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung... ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih... Hanya dengan membayar RM1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang...

Setelah memasukkan wang RM1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Selang beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM1.00... mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

...

bagi kaum adam, amik perhatian dan amik panduan apa yang patut. maklum la idop kita tak ble berseorangan. jadik pastikan orang rumah kita beno-beno tak ngikut perangai yang tak senereh.

,

yang jauh mari dekat...

hehhh, kengkawannnn

lebih akrab ikatan

ni deena farhana bagi (blogger pemurah. kat tepi tu dia punya paling banyak)
cik amy bagi nih. meraa sangat la makngah!!
ni, yang nak kena jawab ni, si ain punya niii
1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
pak imam nak khutbah apa ari ni... takan bola kot... err judi bola kuttt

2. Apakah nama samaran anda ?
betmen, otromen, kluangman, tukang kayu n tukang simen... tak de tu bukan nama samaran aku... nama pena aku nama blog aku le.

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
aku pon tak tau tapi aku tau, ramai orang sayang kat aku termasuk la ko ainnnn... jangan tipu la, sekilas ko senyum pon aku tauuuu

4. Panggilan untuk si dia ?
si dia? mydear? he he hee... "ayah, mama panggil makan nasik!" aiseh, terbantut idea aku nak nulih!

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
tayahhhh laaaa... tapi kalu nak bagi bia le berlebih-lebiiiiih (versi sudin - ali baba bujang lapok)

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
berinfo la sikit dan jangan seriusss sangat kan, kan, idop kena ceria tapi jangan asyik ketawa, gelap ati

7.Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
aku sebenonya serba-salah tak tau orang suka ke dak, tapi kalu ada orang suka sila la amik terutama cam mazru abd razak sahrom ashrafi shameel zulkbo abg pie akuanakpahang echam dan kaum adam (spesis yang terancam) yang tak tersebut namanya. orang pompuan jangan marah, itu ari aku dah bagi tag khas untuk dorang je.

ok aku abihkan ayat tajuk di atas:

yang dekat mari rapat
yang rapat biar sendat
jangan terkulat-kulat
amik je apa yang dapat
passing kat kawan cepat-cepat
biar semua orang ingat

Khamis, 24 Jun 2010

,

dah dirikan masjid, BERIBADAH leee

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (QS: Al-Baqarah 2:45)

diceriterakan orang 'Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal..!'

(heh, ketnya ada eskot cenggini, pergh! sokmo la awal sampei rumoh yerk...)

Seorang bos entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari ni... Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari ni, dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!! alasannya mestilah pasal sembahyang aje! Tau-tau macam tu ade 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal...

Pekerja 1 : Assalamualaikum Bos, bule saya pulang? Saya balik nak semayang kat rumah bos, leh tak?

Bos : Tak boleh!!! Kat sini kan ade surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya!

Pekerja 2 : Saya bule balik awai kut Bos?

Bos : Hang pasai apa?

Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng?

Bos : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang, suruh dia tengok!

Pekerja 3 : Assalamualaikum Bos!

Bos : Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ke?

Pekerja 3 : Errrrr!! Yea bos, bos baik!! he... heee!

Bos: Alasan apa lak ngko ni?

Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati... Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut bos ye pulang awal?

Bos : Tak bolehhh!!! Itu fardu kifayah je! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja...

Pekerja 4: Assalamualaikum Bos! Saya nak balik awal boleh tak ari ni?

Bos : Nape?

Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kate dia dah boleh sembahyang!

Bos: Ye ke? Ha! Kalu gitu awak baliklah... Kesian awak, dah seminggu nunggu!!!

Pekerja 4 : Ima acih Bos!!! Heee..hee

Rabu, 23 Jun 2010

permusuhan yang tiada kesudahan

jesus, putera perdamaian?

biasa kita dengar pendakwah kristian berkata, bahawa "agama kristian mencintai keamanan."

tapi benar ke cenggitu?

realitinya dah berapa banyak nyawa umat manusia yang diragut oleh rasa permusuhan, kebencian dan dendam kesumat mereka? sejak eropah - spanyol, portugal, belanda, inggeris, jerman, perancis - melakukan penjajahan dari asia barat hingga ke timur jauh... tidak hanya orang islam menjadi mangsa mereka. orang jepun juga tak terlepas dek kejahatan orang amerika. tak terkira juga bila itali dan rusia pula ikut serta... jadi, benarkah kristian menganjuran perdamaian.

jom, tengok kat bible mereka:

"... dan bunuhlah mereka di depan mataku." (luke 19:27)

"janganlah kamu menyangka bahawa aku datang untuk membawa damai di atas muka bumi; aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang." (matthew 10:34)

"aku datang untuk melemparkan api ke bumi dan betapa aku mengharapkan api itu telah menyala! kamu menyangka aku datang untuk membawa damai di atas bumi? bukan, kataku kepadamu, bukan damai, melainkan pertentangan." (luke 12: 49 dan 51)

sebab itu, kalu mereka berperang, mereka melampaui batas. mereka melakukan pembunuhan etnik, mereka membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua, mereka meruntuhkan masjid bahkan menghina kitab suci kita. dalam damai pun mereka mencari permusuhan dengan kita kerana teguhnya mereka dengan ajaran yang mengajak supaya membunuh manusia.

lalu, apa lagi hendak kita katakan terhadap peringatan Allah bahawa yahudi dan nasrani tak akan sama sekali redha kepada kita sehingga kita mengikut jejak langkah mereka?

resepi... kurma

dalam perjalanan nak g kija, tersekat sedikit dek kesesakan yang agak asing kat satu jalan u-turn yang biasanya orang cross secara salah. berdasarkan kesesakan tersebut, aku jangkakan mesti eksiden berlaku. dan firasat aku betul bila melihat sepasang kaki terlentang dan diapit orang dua orang. sorang lelaki, polis manakala di sebelah kanan kepalanya seorang wanita. tangan aku mula memegang kamera... sambil berfikir tentang penunggang motor yang terbaring di sisi wanita - isteri dia ke? tetiba tak jadik aku nak amik gambar bila lihat mukanya berlumuran darah dan agak mengerikan kalu tak salah penglihatan aku, lukanya merobek muka hingga ke hidung. ya Allah! aku terjerit terus mengungkapkan nama tersebut berkali-kali. ya Allah! betui ke aku nampak ni, hidungnya dah hilang... mengeleng-ngeleng kepalanya menahan sakit. ya Allah! sepanjang jalan aku dok teringat lagik dan terbayangkan cermin belakang kereta kompak yang pecah. tu yang menyebabkan terbatalnya niat aku nak amik gambo tu.

...

alih topik

tentang hikmah buah kurma... tak lama nak posa, kan? ni satu emel yang dok crita tentang penggunaan kurma dalam perubatan.

Ubat selsema babi

Salam... saya baru balik dari thailand. saya ke pulau temelang dan ban tun. apa yang saya nak kongsikan ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.

bahan2nya adalah:

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya:

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

wallahu a'lam. heee, sapa yang suka minum air kelapa, cuba le kot bule menambahkan perisanya. untuk beberapa kelebihan kurma ada masa nanti insyaallah akan menyusul.

Isnin, 21 Jun 2010

,

sehidup semati kok di mana yaa?

memanjangkan ingatan dan nasihat sempena hari bapa yang mungkin tak perlu disambut

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yg alim yg solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Di manakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana)

3. Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya... maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki... sayangilah ibumu... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... krn ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah... betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T, bermaksud;

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai ( perintah ) Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”, Q.S. A-Tahrim/66: 6

Sabtu, 19 Jun 2010

dah penuh, tapi cuba la try test

susah ati jugak bila tak bersama komuniti dunia

demam bola... aku tak demam langsung pasal aku tak berapa minat layan bola. sebab nak nunggu satu keputusan tu lambat ngat. lagik syok layan badminton atau takraw, sekejap je dapat satu mata. stress pon yea jugak.

apa pon kalu korang nak apply jawatan ni kat afrika selatan, rasanya masih sempat dan mungkin bole dipertimbangkan. cuma jangan lupa bawak sijil yang diperlukan je. spm ke pmr ke tak layan... surat sokongan ADUN lagi booo layannnn

"hoh, ko! jap lagik datang bilik saya amik gaji, esok beli tiket dok kat bangku penonton je yea"

Jumaat, 18 Jun 2010

jangan ganggu aku lagikkkk

jadual cuti

khamis

bangun pagi, basuh baju dulu (bukan aku yang basuh, mesin yang basuh)
dok kat belakang, pasang jaring pagar grill belakang (kami pakat kongsi sama dua baris rumah teres untuk buat pagar lorong. tapi dengo crita anjing bule masuk pulak... tu yang kena pasang jaring mata punai)
(kerja drill dibuat setiap dua kaki.. abih la tile rumah...)
janji ngan pest control nak datang kul seploh. kul seblas pon tak nampak batang idong... ni yang aku maleh nak deal dengan orang kita ni. bila aku sms, dia kabo kul 11.45, "ada problem sikit." 12.15 tak sampai aku sms lagi, "nak datang ke tak? tanak, aku nak cari orang lain je ni..." diam, takde jawapan dah. bila membeli dan membelah, aku ni bukan je fikir untuk dapatkan barang atau perkhidmatan. seboleh mungkin dengan niat nak membantu orang kita. aku niatkan bermuamalah sesama islam supaya Allah redha dan berikan ganjaran pahala. kalu beli dengan orang bukan islam, kita takat dapat barang yang kita nak je la, muamalah dari sudut agama lebur le. takpe le mahal sikit, sekurang-kurangnya membantu saudara seagama dan sebangsa.
(bancuh ubat setong beso, untuk semburan atas siling dan setiap lubang yang dikorek)
dekat kul satu baru datang. nak hangin jugak. ni bukan janji melayu lagik dah ni. tapi ati mudah sejuk, layan je la. tolong dorang punggahkan barang skali. rumah aku dah macam tongkah pecah. macam baru pindah. kul lima lebih, orang rumah balik, keja tak siap lagi. dekat kul tujuh baru setel. hadui la, sampai tengah malam aku punggah dan susun barang. longgok je dulu.
(masukkan cecair umpan tu, pastikan lubang dikorek sampai kat tanah... )
jumaat

bangun pagi basuh baju lagi

start kemas semula. satu penyakit aku ni, bukan boleh lama barang tu dok satu tempat, mesti nak ubah. tukar selera. setting balik kedudukan barang dalam rumah. bukan takat dalam bilik, ruang tamu dan dapur, atas siling pon aku panjat sebab setting arial tv. nama je dok dekat kawasan perbandaran, tapi siaran gaya hampeh jugak. dah lewat petang ni, baru le aku berenti jap, nak layan blog. rasa lama bebeno tak menjengah tengok rakan-rakan maya...
kalu rasa komfiden nak buat sendiri bole dapatkan racun tu kat kedai tapi rega sebotol paling murah dia kabo rm80. yang dia guna ni reganya sebotol rm200 tu pon campur dua jenis - satu berbau kuat, satu jenis lagik takde bau)

Rabu, 16 Jun 2010

kalu dah gitu gayanya..


aku rasa dua tiga hari ni patut qadha tido... barangkali dengan tido bule memberikan ketenangan... tapi ia bukan jalan penyelesaian. takpe.. aku punya cuti khamis dan jemaat ni dah lulus

Selasa, 15 Jun 2010

,

kalu tak reti...

cuti hari ni tak berseri buat dek anai-anai.

semalam melayan anai-anai dekat pukul dua pagi pon masih tak setel lagi. bila ditekan kat cat, berlubang denai dia. rupanya dia makan ikut dinding batu. sudahnya kluo pulak beberapa kerat dia nih. "argh! ada yang tak tido malam ni kang!" getus ati aku.

"kalu jumpa laluan anai-anai, jangan putuskan. kang makin teruk. anai-anai ni buta. kalu pecah denai dia, tu yang makin banyak lorong dia buat." teringat pesan sorang staf pest control kat aku, masa aku ikuti seminar pengurusan rekod pada 2008 dulu. so.

kalu dah tak reti, panggil aje pakar yang setelkan
"
aku tau, nak setelkan masalah anai-anai ni memerlukan belanja yang beso. "duit dah habis beribu-ribu, anai-anai tak jugak abih-abih." rungut sorang bos aku kat opis satu ketika dulu.

bila aku survey dua tiga kompeni, semuanya lebih kurang rm1500.00 hingga ada yang kabo start dengan rm2000.00 ke atas untuk teknik tanam ubat (drill). upsss, hadusss!!!

Ahad, 13 Jun 2010

RUNTUH...

hari ni mengemas rumah sehari suntuk

ingat petang nak meronda dengan bebudak ni...

kensel!

gagal melaksanakan niat murni tu.

ni le punca kegagalan tu.

anai-anai. sampai ati ko memanjat rak buku aku yea...

sibbaik Allah gerakkan ati aku untuk belek buku kat rak tu skali, nak suruh aku ngemas lebih sikit... kelam-kabut aku memunggah buku... cari mana jalan dia.


ooo antara menda yang paling aku sayang dalam idop aku ni

habissss punah

koleksi teks ucapan yang aku buat start dari 2001 hingga 2007.. mana aku nak cari soft copy dia lagi

gunakan ilmu yang dipelajari untuk buat cpr

yang basah, cuba diberi rawatan pemuliharaan

yang aku risau menda alah ni dah naik kat atas siling. bila aku memanjat atas bumbung, tak jumpa la pulak kesan dia. maklum le dia makan dalam kayu. takut sok dah reput, runtuh pulak atap rumah aku. harap-harap tak de menda le. baru lepas blajo tips melawan anai-anai dari blog kengkawan kita mia liana. blom sempat paham teknik, rupanya aku dah kena attack dulu... hadoi laaaa

12.49 a.m aku masih bertarung dengan anai-anai

Jumaat, 11 Jun 2010

,

ya qaaaaadhial hajatttttt

"Janganlah kamu mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik." (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

"abang nak tanya betul-betul ni, sanggup ke idop susah dengan abang? abang tak janji kekayaan tapi kalu ada kemewahan, kita akan kongsi bersama..."

tu dialog hampir seploh tahun dulu, masa aku nak ajak awek kawin.

panduan untuk bakal pengantin lelaki, mungkin malam ni, esok atau sampai hujung minggu ni... maklumlah musim orang kawin ni...

satu crita dikhabarkan orang

rumah pengantin perempuan...


Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..


Tok kadi tanya, "satu hari berapa kali kene sembahyang?" dengan lajunye mamat pengantin tu jawab, "lima!".

Tok kadi tanya lagi, "bagi contoh2 najis kecil." dia pun jawab, "kencing baby yang kecik2 lagi."


Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kot. Tok kadi tanya lagi, "contoh najis besar?"


mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling. aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu? bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je. tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi! tok kadi mula senyum. Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar, "anjing ngan b@b! la hoi!" tapi rupanya aku cakap dalam hati, dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada di sekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar. minuman tu terkena baju ramai orang. aku pun sama. masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya. aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.


Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu, keadaan senyap sunyi... Tapi bila pengantin tu jawab, "Taik Gajah" suasana jadik hingar-bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul... nak2 bila gajah makan durian.

ni aku copykan lagi untuk bebudak yang angau nak kawin, buat le apa yang patut seblom mengadap tok kadi heh...


* hee orang tak guna dah qada' hajat sebab maksudnya nak buang air beso tu...,

Khamis, 10 Jun 2010

,

tajuk asal: BILA NAK ABIS DAAA

musim cuti sekolah ni...
slamat berbahagialah cekgu-cekgu dan murid-murid. mak bapak yang ada anak tumpang sekaki bercuti, tu pon kalu bos bagi.

aik! tak abis lagi dengan crita bos ke? takde la, n3 seblom ni takde kena mengena dengan bos aku sekarang ni... cuma pinjam sikit bahan orang dan publish ikut kaca mata sendiri.


ni pon aku nak share lagi crita yang ada kena-mengena ala-ala bos dan cuti... sebab aku blumm pasti dapat cuti ke dak minggu depan sementara budak masih bercuti lagi nih.
... ... ...

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. ..
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk (boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..
Woakakaka... .penat aku nak tulih lagi nie....

crita ni copy paste ye, bukan aku punya... kalu korang rasa nak sedap dan tambah menarik lagi, sila ulang crita dari awal sampai abih selama 3 hari berturut-turut... slamat mencuba

Rabu, 9 Jun 2010

cuba kosentret time saya bercakap!

bos pompuan...

cerewet?

bos lelaki?

pewwit!



ni salah sapa ni...

patut ke kena marah?

boss always right!
,

tag? paksa pekse diri

tajuk asal : tagged yang membunuh sangkutman
aku pon tak pasti, aku termasuk ke dalam kategori criminal ni ke?

1. adakah anda rasa anda hot?
- hujan sesekali ni, sejuk la... direct to d point – takkk!
2. upload wallpaper yang anda guna sekarang.

3. cerita pasal wallpaper tersebut.
- hasil seni sendiri, untuk tatapan sendiri, oleh pekerjanya sendiri juga, dan secara sendirian saje
4. bila kali terakhir anda makan pizza?
- tak makan, dan tak tak brapa minat...
5. lagu paling latest anda dengar.
- yap, lagu s.m salim & m.nasir yang jadik latar dengo blog aku
6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
- fikir, fikir, fikirrr apo nak buek ni
7. selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
- ayahhhh! .. bang, anak panggil tu... aaa, er aku ke?
8. tag lagi lapan orang.
-deena farhana
-melatidaisy
-kak azieazah
-nida
-kak werdah
-macy
-mia liana
-amira
(Heee aku bagi kat pompuan je yerk, sebab oang pompuan suka menjawab tag nih)

9. siapakah orang no. 1 kepada anda?
- kawan blogger aku yang bersemangat waja, syabas! (heee.. slalu crita orang tenyeh emel dia)!
10.katakan sesuatu kepada orang no.5
- semoga cepat sembuh dan sabo le atas ujian Allah
11.no. 3 ada hubungan dengan sapa?
- aku! secret admire.. eh tak, bakal mak mertua... eh, bukannn!... muahhaaa jangan maraa
12. bagaimana pula dengan no.4?
- nak kecek anggur kat dia... la la la bila la nak dapat kiwi ke, kanggarooo ke...
13. pesanan kepada orang no. 6.
- hemmm... dengo tengah angau tul ke? tu la jangan tengok sangat orang kawin, mula le ngigau nak kawin
14. kata2 cinta untuk orang no. 2.
- "kasih tak bertepian..." heh masa bercinta... ohw hiduplah dalam dunia realiti.. takde kutengok orang yang dah kawin terguling-guling macam crita hindustan tu konon indahnya dunia cinta
15. adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
- peh, kembar seiras lain mak lain bapak tapi menten comelll
16. berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
-dia tau aku polow dia
-dia tau gak aku pederaih blog dia
-dia tau la aku kaki komen dia
-dia tau kot aku suka sakat orang
-dia tau sat ni aku sebenarnya tak tau apa-apa (terrible!)

18. perasaan anda semasa buat tag ini.
-cemuih... bila nak abih tataww le

19. adakah anda tau si razman itu sengal.
elok le kalo tau dah sengal bawak-bawak la jumpa doktor pakar ke

20. gay or less?
ark! Apa kena mengena dengan aku nih? no more less?

END

hih.. ni si anamardia punya keja le ni... terkehel aku nak menjawabnya

Isnin, 7 Jun 2010

boss... kaulah ratu hatiku

seni kata tu nyanyi ikut lagu 'ibu' macam iklan susu tu...

orang kata bos pompuan ni 'cengei'.

konon keja terlalu berhati-hati, hal remeh-temeh dan titik-bengek pon nak amik kira. lemas tul aku. aku dah biasa bergaduh dengan bos pompuan. maklum la aku ni kira termasuk kategori lelaki 'ego' dan 'ketegaq'.

cet! tak aih.

prinsip aku, 'yang betui tetap betui' {katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit, maksud hadis} dan aku akan lawan tak kira sapa waimma bos aku. cuma tengok tempat la, kalu tak makan slow talk, memang nak kena basuh la bos aku ni. dan satu peel buruk aku ialah aku tak reti memuji dan aku tak suka memujuk (malangnya bini aku yea).

ni member yang pakar memujuk pesan kat aku, "kalo nak pujuk boss, bagi la hadiah ni... sangat sesuai dan orang pompuan memang suka." dia kata.


kalu korang brani cuba la... aku memang tak suka memujuk!

Ahad, 6 Jun 2010

kau dan aku jauh berbeda

"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (maksud surah al-hujurat: 13)

Ntah sapa la yang takde keja ni, telah membuat pemerhatian yang agak menarik jugak le... jom tengok dan nilai, betui dak?

Difference between Westerners and Asians

Key: Blue: Westerners Red: Asians

(1) Opinion

Westerners: Talk to the point
Asians: Talk around the circle, especially if opinions are different

(2) Way of Life

Westerners: individualism, think of himself or herself.
Asians: enjoy gathering with family and friends, solving their problems, and know each other's business.


(3) Punctuality

Westerners: on time.
Asians: in time.


(4) Contacts

Westerners: Contact to related person only .
Asians: Contact everyone everywhere, business very successful.

(5) Anger

Westerners: Show that I am angry.
Asians: I am angry, but still smiling... (Beware!)


(6) Queue when Waiting

Westerners: Queuing in an orderly manner .
Asians: Queuing?! What's that?


(7) Sundays on the Road

Westerners: Enjoy weekend relaxing peacefully.
Asians: Enjoy weekend in crowded places, like going to the mall.

(8) Party

Westerners: Only gather with their own group.
Asians: All focus on the one activity that is hosted by the CEO.

(9) In the restaurant

Westerners: Talk softly and gently in the restaurant.
Asians: Talk and laugh loudly like they own the restaurant.

(10) Travelling

Westerners: Love sightseeing and enjoy the scenery.
Asians: Taking picture is the most important; scenery is just for the background.

(11) Handling of Problems

Westerners: Take any steps to solve the problems.
Asians: Try to avoid conflicts, and if can, don't leave any trail.

(12) Three meals a day

Westerners: Good meal for once a day is sufficed.
Asians: At least 3 good meals a day.


(13) Transportation

Westerners: Before drove cars, now cycling for environmental protection.
Asians: Before no money and rode a bike, now got money and drive a car

(14) Elderly in day-to-day life

Westerners: When old, there is snoopy for companionship.
Asians: When old, guarantee will not be lonely, as long as willing to babysit grandkids.

(15) Moods and Weather

Westerners: The logic is : rain is pain.
Asians: More rain, more prosperity


(16) The Boss

Westerners: The boss is part of the team.
Asians: The boss is a fierce god.


(17) What's Trendy

Westerners: Eat healthy Asian cuisine.
Asians: Eat expensive Western cuisine.


(18) The Child

Westerners: The kid is going to be independent and make his/her own living.
Asians: Slog whole life for the kids, the centre of your life.

Think About it!