Jumaat, 30 April 2010

JANGAN buang yang KERUH

kuala tempat orang ber'kubu' dan masih nak berkubukah?




kusangka mendung telah berarak.. rupanya kabus menyelubungi hari


kusangka beramuk telah damai rupanya bangsaku masih bertaki dan berkelahi



jangan buang... biar kita lihat camana geruhnya nanti, camana rupa orang menang jadi arang, camana pulak rupa orang kalah menjadi abu

tidakkah hari seterusnya sepatutnya seindah pagi ini

heemmm dek teruja dengan pelangi pagi di kl pagi ni, aku aku snap bak paparazi lagi

Jumaat, 23 April 2010

nak beramuk jugak ke

masih mencari ketenangan

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

sebelum tempoh bertenang berakhir dan akan datangnya ketenangan selepas 25 ni.. bukan sahaja orang Hulu Selangor... bahangnya aku pon rasa juga... harap kita semua tenang kembali..

hek eleh rasa macam nak nyambut raya. bergaduh puas-puas lepas tu mintak mahap 0 - 0.. eh betul la raya... pilihanraya. gitu le mentaliti kita yang nak menjadi bansa maju dan bertamadun (wawasan 2020 + islam hadhari - ikut suka korang la nak tafsirkan apa pon)

ops! member dah panggil g ke kuala kubu bharu... malas tul la

"kuntum khaira ummatin ukhrijat linnasi takmuruna bil ma'ruf wa tanhauna 'anil mungkar..." (ni bukan ayat Quran sebab ditulis dalam rumi untuk membunyikan sebutan bahasa Arabnya - ayat Quran mesti ditulis dalam bahasa Arab yea)

betui ke kita sebaik-baik ummat itu?

Khamis, 22 April 2010

MusiM aPa La NiH?

kuala kubu bharu

(telengkan kepala anda untuk melihat dengan jelas gambar ini... dunia dah nak terbalik!)

panas keadaan sekarang nih, walaupun hujan sesekali turun cuba meredakan situasi dan jiwa yang tandus.

tak kesah la. cuma dalam keadaan yang haru bin biru ni, aku juga jadi tergaru-garu, terburu-buru dan kerja pon laju-laju dek pelbagai tekanan dari pelbagai kehendak. "kerja aje le jangan banyak songel".

dalam keadaan begini, minta jauh aku yang tak suka berpolitik ni terhindar dari perkara-perkara yang menjadi bahan kempen. bagi yang suka-suka , atau seronok atau yang memang kaki politik, harap berpolitiklah dengan ikhlas dan takwa kepada Allah... yang tak beriman tu nak buat camana pulak yea... argh! gasak korang la... tepuk dada (jangan kuat sangat takut sakit jantung) tanya le iman...

“Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (maksud Surah al-Baqarah: 191)

aku pun merayau le ke beberapa laman web. singgah sekejap baca mana yang sempat dalam kekalutan melaksanakan kehendak dan tekanan (singgah plak kat web yang sering jadik kontroversi - baca dan nilai le sendiri).

“Sesungguhnya nanti akan berlakunya fitnah, orang yang duduk ketika itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang berkenderaan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maksudnya, yang cuba mengelakkan diri dari mencampuri perkara yang tidak pasti dalam zaman fitnah adalah lebih baik.http://drmaza.com/home/?p=188

bole ke aku termasuk dalam kalangan orang berkecuali?

Selasa, 20 April 2010

doniA... Donia...Ops! Itu dugaan

stresssssss (dah macam bunyi ulo la pulok)

tah hapa mimpi bos besar...

(bila la gamaknya korang nak sampai kat rumah. nak tengok buku sekolah anak lagik, nak tengok bini lagik... nak tengokkkk... argh dah sampai tu semua orang dah tido agaknya)

dalam huru-hara pilihanraya ni, kami pon kena le tempiasnya... orang gomen. pukul 5 petang panggil meeting tergempar. aiseh! rosak rancangan nak shopping petang semalam... meeting bagai nak rak, sama rak dengan langit yang berdentum-dentam marah kat warga kota gamaknya, kerja tak ingat nak balik rumah... aku agak le... sambil curik-curik lari gi maghrib, meeting tamat pukul 8 malam. bergegas gila la balik. kat rumah pon henpon berbunyi lagi ada arahan terbaru gara-gara nak buat program kat kawasan hulu yang tengah panas sekarang ni.

(bang! tolong jangan kedekut bagi signal,malam-malam cenggini, hujan lak tu, brek pon tak guna!)

pagi ni, dalam renyai-renyai hujan, gi kerja ada gak yang tergolek atas jalan. tak le cedera teruk. aku malas le snap tak tentu arah, kang kena marah, lagik pon nak cepat kejo punch card. sampai opis, arahan malam tadik bertukar lagik... suka ati la kerana tau arahan akan berubah dari semasa ke semasa selagi program tak selesai.

kesian kat kawan aku bila dia kata, "aku baru balik dari check jantung, tu yang lewat datang opis ni"

mestikah aku cakap kat dia, "sabtu lepas aku ziarah suami rakan isteri aku yang meninggal masa main futsal. kompom sakit jantung..." "cis! cabulnya mulut ko..."

idop ini penuh cabarannnnnn

Isnin, 19 April 2010

sukanya diaaaa...

Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”

penah tengok rancangan 'jangan ketawa?' rancangan yang kununnya lawak tapi ironisnya takyah ketawa... apa pon ketawa yang berlebihan akan memudaratkan. ketawa sampai tak ingat dunia, lagi bahaya kerana bimbang bila dia tersedar rupanya dah tak ada di dunia. memang penah ada orang mati masa ketawa, kan?

Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Jumaat, 16 April 2010

AWANG anak RIMAU

kenal ke pada hamba Allah ni? rasanya tak ada yang kenal kot. orangnya pon dah lama meninggal dunia. dia ni atuk aku sebelah mak ... dari namanya aje barangkali dah bole gambarkan dirinya. rimau besanya dikaitkan dengan keberanian. jadi pemiliknya pon barangkali begitu la gamaknya.

bukan nak cerita tentang atuk aku. tapi nak cerita tentang 'awang'. awang satu nama biasa bagi orang melayu khususnya sebelah pantai timur. 'awe' deme ni panggil. penah dengar nama 'Panglima Awang'? nama ini diberikan oleh seorang penulis novel terkenal melayu sekitar tahun 1950-an, harun aminurrashid bagi menggantikan nama Henry the Black untuk tajuk novelnya. penah ke dengar cerita tentang henry the black? barangkali ramai tak tau dan tak kesahkan tentang perkaitan kepada dua nama ini. panglima awang/henry the black dikatakan seorang pahlawan melayu yang ditawan dan menjadi hamba setelah kejatuhan kerajaan melayu melaka. dia dibawa dalam pelayaran oleh ferdinand magellan sebagai penterjemah. dia merupakan orang melayu pertama (barangkali manusia pertama juga) yang mengelilingi dunia setelah magellan terbunuh di kawasan perairan filipina. dia dikatakan telah mengambil alih sebagai kapten kapal untuk membawa pulang ke melaka saki-baki kelasi kapal angkatan portugis berkenaan (yang berkhidmat untuk kerajaan spanyol ketika itu).

membaca novel itu ketika berusia 13 tahun, menyuntik semangat patriotik dan terasa aku berada di zaman tersebut. hebat melayu itu.

kini, hilang sudah kependekaran melayu

Khamis, 15 April 2010

gobok dah penuh! jual kat 'paper lama"

bebaik simpan, esok-esok anak cucu nak tengok

ada ke orang yang dah kawin tapi masih simpan surat-surat cinta dengan bekas awek dia dulu-dulu... diceritakan sorang kawan aku, dia penah baca surat cinta bapaknya yang terputus di tengah jalan (dengan izin bapaknya le). emmmm... dokumen ini menjadi bukti sejarah setelah masa berlalu. sejarah itu ditafsirkan pula oleh orang yang membaca atau mengkajinya. dalam kes ini anaknya le, iaitu kawan aku ni tadi.


cerita sebenar nak cuma nak bagitau. alhamdulillah aku berkesempatan pergi ke pulau yang jadi rebutan ini, Pulau Sipadan. pada november 2005, kebetulan ada program di semporna, kami diberi peluang untuk ke sana dengan iringan pegawai polis. untuk pergi ke pulau tersebut, kalo tak silap, hanya 100 orang sehari dibenarkan. pulau tu berbentuk cendawan, gamaknya tiang pulau tu bole patah la kot kalau ramainya yang dok kat atas tu. dok kat atas aje pon dan rasa kagum dengan ciptaan Allah yang Maha Hebat ni... cantik kawasannya. jernih airnya. rasa nak terjun bermain dengan ikan kat situ.

(sempat gak singgah pulau mabul)

kita berjaya memperoleh hak atas pulau in antaranya disebabkan ada dokumen yang membuktikan bahawa urusan cukai terhadap kutipan telur penyu dibayar di Kota Kinabalu. itu le dokumen yang menegaskan pulau berkenaan milik negeri Sabah.

jadik, kalo ada dokumen penting simpan le bebaik. barangkali akan jadi bukti pada suatu hari kelak, yang pada hari ini kita rasa tak bernilai pon.

Rabu, 14 April 2010

dari RAKYAT untuk rAkYAT

hari ni kebetulan disuruh melawat kawasan. maka sampailah aku ke sini... aku bukan orang politik dan sama sekali tak sukakan dunia politik. meh! berkongsikan sikit ceritera Sahabat Nabi s.a.w. yang terkenal dengan sikap ber'uzlah' dari dunia politik

...

“Mengapa engkau menangis?”.

Isterinya menjawab, “Aku menangis karena engkau pasti akan tiada lagi, dalam keadaan aku tidak punya kain kafan untuk membungkus jenazahmu”.

Maka Abu Dzar menasihati isterinya, “Janganlah menangis, karena aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda pada suatu hari dan aku ada di samping beliau bersama sekelompok orang yang lain. Beliau bersabda, “Sungguh salah seorang dari kalian akan meninggal dunia di padang pasir yang akan disaksikan oleh sekelompok kaum Mukminin”.

Abu Dzar meneruskan nasihatnya, “Ketahuilah, semua orang yang hadir bersama aku waktu itu di hadapan Rasulullah, semua telah mati di kampung dan desanya. Dan tiada yang tinggal di dunia ini dari yang hadir itu kecuali aku. Maka sudah pasti yang akan mati di padang pasir seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah itu ialah aku. Oleh itu, sekarang engkau lihatlah ke jalan itu. Engkau pasti nanti akan melihat apa yang aku katakan. Aku tidaklah berdusta dan aku tidak didustai dengan berita ini”.

Isterinya menyatakan kepadanya, “Bagaimana mungkin akan ada orang yang engkau katakan, sedangkan musim haji telah berakhir?”.

Abu Dzar tetap meyakinkan isterinya supaya melihat ke arah jalan, “Lihatlah jalan!”. Maka isterinya menuruti beliau mengamati jalan. Tiba-tiba ternampak olehnya dari kejauhan serombongan kafilah sedang mendekati ke arah Rabadzah yang menandakan bahawa mereka akan melewati jalan berkenaan. Isteri Abu Dzar berbunga gembira melihatnya, sehingga rombongan itupun berhenti di depannya. Mereka lantas bertanya, "Mengapa engkau ada di sini?" Maka perempuan itupun menyatakan kepada mereka, “Di sini ada seorang Muslim yang hendak mati, hendaknya kalian mengkafaninya, semoga Allah membalas kalian dengan pahala-Nya”. Merekapun bertanya lagi, “Siapakah dia?” Perempuan itu menjawab : “Dia ialah Abu Dzar”. Mendengar jawaban itu mereka berlari turun dari tunggangan masing-masing menerpa pondok Abu Dzar. Dan ketika mereka sampai di pondok itu, mereka melihat Abu Dzar sedang nazak di atas tempat tidurnya. Namun, Abu Dzar masih sempat juga memberitahu mereka, “Bergembiralah kalian, karena kalianlah yang diberitakan Nabi sebagai sekelompok kaum Mukminin yang menyaksikan saat kematian Abu Dzar”. Kemudian Abu Dzar menyatakan kepada mereka, “Kalian menyaksikan bagaimana keadaanku hari ini. Seandainya jubahku cukup sebagai kafanku, niscaya aku tidak dikafani kecuali dengannya. Aku memohon kepada kalian dengan nama Allah, hendaklah jangan ada yang mengkafani jenazahku nanti seorangpun daripada yang pernah bekerja di pejabat pemerintah, atau tokoh masyarakat, atau utusan pemerintah untuk satu urusan”.
Semua anggota rombongan itu ialah orang yang pernah menjawat pelbagai kedudukan itu, kecuali seorang pemuda Anshar. Dia pun berkata kepadanya, “Akulah orang yang engkau cari dengan syarat itu. Aku mempunyai dua jubah dari hasil pintalan ibuku. Satu daripadanya ada di kantung tas bajuku, sedang yang lainnya ialah baju yang sedang aku pakai ini”.

Mendengar kata-kata pemuda Anshar itu Abu Dzar amat gembira, kemudian dengan serta merta menyatakan kepadanya, “Engkaulah orang yang aku minta kafankan jenazahku nanti dengan jubahmu itu”.

sedikit suntingan, kongsikan cerita lanjut dari:

http://tulisanasrofi.wordpress.com/2008/01/09/riwayat-singkat-abu-dzar-al-ghifari/

Isnin, 12 April 2010

DaH SaRaPaN ke LuM?

Diceritakan bahawa suatu masa dahulu dua beranak, ibu dan si anak dara tinggal di hujung kampung. Ketika pagi yang damai mula menjengah, si ibu telah bersiap-siap hendak ke ladang sambil berpesan...

Ibu : Mak nak pergi ke kebun ni, jangan lupa tanak nasik!

Si anak dara ini agak pemalas sedikit sifatnya. Sambil menggeliat lemah, dia bangun daripada tidurnya, terus ke dapur mencari sarapan. Diselubungi rasa bosan disebabkan asyik makan nasi putih saban hari, dia berfikirkan sesuatu. Lantas untuk menanak nasi, dia mengambil jalan mudah dengan mencampurkan santan ke dalam beras yang sepatutnya dibuat gulai. Bila ibunya balik...
Ibu : "kau masak nasi apa ni,dara?"
Anak dara : "nasi le... mak..."
Ibu : "nasi? nasi apa ni?"
Anak dara : "nasi le... mak"
Ibu : "iskh... kau ni... mak tanya betul-betul ni, nasi apa ni?"
Pertanyaan yang bertalu-talu membuatkan si anak dara menjawab dengan suara lantang: "nasi lemakkk!!!"

Kononnya, daripada peristiwa itu, terciptalah nasi lemak.


teringat masa kecik-kecik dulu, biasanya sebelum memulakan kerja kat ladang sawit atau menoreh getah, orang akan makan dulu. tapi tak bagi aku. selalunya aku keja dulu. dengan perut lapar tu aku bekerja. angkat buah kelapa sawit atau kutip buah leroi. kalau menoreh, biasanya tolong ayah aku mengutip segerap, sambil berlari anak. nak cepat siap. bila dah siap, amik pisau motong getah pegi test potong pokok kat hujung kebun. praktis menoreh sampai pandai. agak-agak dah tengah hari sikit baru le pegi makan. macam nampak-nampak aje ladang sawit dan kebun getah tu di pelupuk mata ni... betapa susah betui idop ketika itu.

amboi! sedap betui pekena nasi lemak time perut berkeriukkkk

Jumaat, 9 April 2010

mintak NYAWA!!!

kehidupan. datang dan pergi...

barangkali dia sedar aku snap gambar dia, lalu dia menoleh seraya memamerkan rasa kurang senang. barangkali tau akan kesannya, mungkin masuk akhbar keesokannya atau mungkin disiarkan di dalam majalah atau sebagainya. namun aku yakin, dia tak tau bahawa gambarnya mungkin terpampang di sini, bukan seperti yang difikirkan.

yang aku fikirkan pula ketika ia leka mencari ialah, apakah ada sedikit nyawa di dalam tong sampah itu untuk dia menyambung kehidupan seterusnya? andai dia temui sesuatu yang boleh menyambung sedikit lagi nafas, pastilah hatinya girang. lalu bertanya lagi minda yang sendat dengan andaian, perlukah nenek tua ini menghurung tong itu mencari hayatnya yang berbaki.

manusia dan kemanusiaan.

Khamis, 8 April 2010

takde apa nak bagi kat ko

seorang kawan yang hendak berpindah tempat kerja meninggalkan nasihat pada aku:

HARTA yang paling untung ialah SABAR

TEMAN yang paling akrab ialah AMAL

PENGAWAL yang paling waspada ialah DIAM

BAHASA yang paling indah ialah SENYUM

Senyum yang benar-benar ikhlas ialah yang senyumannya yang berlanjutan selama 8 saat


jadi pastikan kita semua tersenyum lebih dari 8 saat... cuma sebaik-baiknya, cuba le elakkan daripada tersenyum memanjang, kang ada plak yang tanya kat kita, "aphal ni? menang loteri ke?

Rabu, 7 April 2010

yang DIKENDONG atau DIGONGGONG?

"addunya jifah, wa tolibuha kilabun"


aku hafal ayat ini sejak zaman sekolah. dulu, aku diberitahu bahawa ini hadis yang menunjukkan tentang betapa tidak bernilainya dunia ini. bila belajar makin tinggi, aku jumpa penjelasan bahawa ini ialah hadis maudhuk, atau hadis yang dicipta oleh golongan tertentu untuk menyokong pendapat mereka. sekilas sejarah tentang senarionya ialah akibat kecelaruan orang islam khususnya yang berlaku pada zaman abbasiyyah, dek kerana terlalu teruja mengejar keduniaan hingga melupakan akhirat. lalu, segolongan orang yang memilih hidup zuhud (meninggalkan kesenangan hidup) 'menggunakan' ayat ini. wallahu a'lam kerana aku bukan pengkaji hadis. namun maksudnya ialah:

"dunia ialah bangkai, dan penuntut (pencarinya) ialah anjing"


dunia berubah disebabkan oleh tangan-tangan manusia. dunia musnah disebabkan oleh tangan-tangan manusia.

manusia maju tetapi kemanusiaannya merudum. dunia akhirnya menjadi bangkai disebabkan manusia yang berperangai lebih buruk daripada anjing.

nak belajar tarikat biar daripada guru yang tidak sesat, agar hidup di dunia berkat di akhirat tak melarat

Isnin, 5 April 2010

ewaah bukan main berpimpin tangan yea..

kata akalku, "cintamu bagai taik kucing, biar dalam dikambus tetap berbau jua."


cerita pasal cinta takkan habis. semua orang ada pengalaman yang pelbagai dan pandangan yang berbeza. tak perlu kupas, jadik biarkan ia lepas, bebas. cinta lahir dan mati bersama jasad yang hadir dan pergi. sebab itu persoalannya tiada terhenti bahkan saling berganti mengikut ke mana jasad itu membawa diri. ada yang satu, ada yang seribu. kata nafsuku, "berkawan biar beribu, berkasih biar seribu, berkahwin biar satu-satu". kata imanku, "kahwinlah kamu dua, tiga atau empat, tapi jika kamu tak sanggup berlaku adil cukuplah satu!"

sebenarnya nak dapat yang satu tu pon terhegeh-hegeh. tapi bila dah dapat satu kekadang datang sendiri yang kedua, tak kurang juga yang offer. petanda akhir zaman telah dijelaskan dengan terang bahawa kaum hawa akan melebihi kaum adam. dalam banyak hal kaum adam sekarang dah boleh dikategorikan sebagai 'spesis yang terancam'.

kata rakanku, "kalau nak tau sama ada orang tu bercinta atau dah kawin senang aje. kalau sorang baca surat kabar, sorang lagi makan sambil tengok tempat lain, tu alamatnya dah kawin le tu. tapi kalau makan pon rapat-rapat, bersuap lagik... kompom tak bernikah lagi!"

tenung-tenungkan hikmah yea dan carilah konklusinya...

Jumaat, 2 April 2010

jangan MAIN-MAIN... DOSA BESAR tu

SYIRIK

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”. ( maksud QS An Nisa 48 )

malam tadi ketika aku nak makan malam, terpandang juga le cerita Penunggu Gunung Raya. sebelum ni aku ada terdengar dialog lain dari cerita yang sama yang aku tak berapa ingat tapi cukup bahaya kerana boleh membawa kepada kesyirikan terhadap pelakunya. malangnya malam tadi, ia benar-benar berlaku... kalau tak salah mata memandang... bila seorang pelakonnya yang kununnya sedang ketakutan berhadapan dengan syaitan belaannya yang mengganas... sebagai perjanjian untuk tidak diapa-apakan, syaitan tu memaksa kawan ni supaya sujud menyembahnya... dan... pelakon tersebut telah melakukannya.. na'udzubillah, DIA SUJUD KEPADA MANUSIA ITU

dan hati aku berdetik... dorang ni tau ke hapa yang dorang buat? astaghfirullah.. kalaupon director itu mahu menunjukkan perbuatan tersebut menyalahi agama, tapi pada aku tak sepatutnya pelakon itu diminta bersujud kepada rakan setannya. banyak lagi angle yang boleh dibuat tanpa perlu dia bersujud di kaki manusia. alangkan memberi tabik hormat dan kalungan bunga di tugu negara pon telah melakukan suatu kesalahan yang 'bertentangan' dengan agama, ini pulak benar-benar bersujud di kaki manusia...

semoga para pelakon dan pengarah lebih peka dengan situasi ini... katanya setiap filem kita ditapis untuk tayangan.. jadik menda-menda begitu takan boleh terlepas kot? dan kita yang menjadi khalayak ni pon kena peka juga le semoga kita semua terhindar dari perbuata DOSA BESAR tersebut

Rasulullah saw mengajarkan sebuah doa untuk terhindar dari dosa syirik:

“Ya Allah, aku meminta perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan Engkau dengan sesuatu, sedangkan aku mengetahui hal itu. Dan aku meminta perlindungan kepada Engkau dari tindakan menyekutukan-Mu dengan sesuatu dan aku tidak tahu.”
(Allahumma inni a’udzubika min an usyrika bika syaian wa ana a’lamu; wa a’udzubika min an usyrika bika syaian wa ana laa a’lamu).

Khamis, 1 April 2010

HEBAT: lagi SEDAP daripada Strawberi la...

MENCEPU, mencupu/kecupu biasa dengar?


kalo muka cenggini petanda mesti tak penah dengar le tu apatah lagi tengok dan rasa.

satu hari tu, ada le orang tunjukkan pokoknya dan kebetulan ada yang tengah menyelat nak masak buahnya... oh gitu gaya buahnya. kenit-kenit saiznya, iras-iras tomato bentuknya. rasanya masam-masam manis gak le walaupun sesetengah orang kata buahnya masam semacam. barangkali tengok tempat dia tumbuh kot. isinya kelihatan berulas macam limau ataupun macam manggis... meleleh air liur aku tatkala menulis semula pengalaman merasai esotiknya buah mencepu ni. sedap rupanya! napa orang tak komersialkan? best apa kalau makan petang-petang sambil cicah budu, atau cencalok, atau yang seangkatan dengannya... hee, tu aku cuma imaginasikan aje supaya yang masam tu jadik masin-masin gitu.

kalo korang nak rasa buah ni, khabarnya kat pahang banyak tapi payah gak nak jumpa orang jual. kalau ada member dari pahang bule le tanya...

alah payah sangat jom ikut aku balik ke temerloh, kot ada rezeki bule le rasa

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong