Rabu, 31 Mac 2010

idop STATIK... mintak jauh dari STATISTIK mati

"cekgu suka main bola, hari-hari cekgu main bola, cekgu suka tidoooooo"

(sepagi di jalan cheras, sempat lagik dengan aksi berbahaya snap sambil bawak motor)

terngiang-ngiang aje dialog tu bila nak gie keja hari ni. malas tul nak gie kerja, bukan malas nak bekerja. dah lebih sepuluh tahun dok ulang-alik ke kl dengan kapcai ni, aku rasa bukan lagi pergi kerja... tapi rasa macam pergi bunuh diri aje. sebab, bawak motor ni terlalu banyak risikonya. kebanyakan jalan dari pelbagai arah nak masuk kl dah aku lalui. dari arah highway seremban, highway cheras, rawang dan dari ampang. semua dah rasa.

rasanya, jalan paling berbahaya adalah dari ampang kerana sebahagian besar jalannya tiada divider. penunggang kekadang terpaksa masuk jalan bertentangan sebab nak mencelok di celah kereta, jalannya agak sempit. beberapa kali gak jumpa orang yang dah terlentang atas jalan kerana tak sempat elak kereta yang mungkin bertukar gerak secara tiba-tiba. tambahan pulak, simpang di sepanjang jalan ampang tu terlalu banyak. mata nak kena cekap tengok kereta sebelah, kereta yang datang dari depan dan pergerakan kereta dari simpang jalan... tak masuk lagik kes mat rempit yang suka mencucuk nak memotong. jadik letih bila sampai ke tempat kerja.
(sepetang yang lepas hujan di jalan loke yew. bagi yang tak rasa naik motor cenggini, gini le keadaannya bila berada di celah-celah kereta)

pengalaman menarik kat jalan ampang ialah bila aku 'berlari di atas jalan sambil membawa motor'. asal kejadian, ada sebijik bas sekolah membelok ke kanan apabila polis buka jalan sebelah jadi sehala. aku pon cepat-cepat tukar arah. malangnya kereta di depan aku yang dipandu seorang pompuan tak buat perkara yang sama tatkala orang berpusu-pusu mengikut jalan berkenaan. sudahnya, motor aku melekat kat bumper kereta dia dan untuk mengelakkan dari terjatuh, aku pon tahan dengan kaki. dah tentulah aku terpaksa berlari kerana motor tu tengah bergerak. agak-agak, jauh juga aku berlari sehingga le aku berjaya meloloskan diri dari kereta tu. baru le motor aku stabil. awek tu pulak buat dekkk aje, dia sedo ke tak, enta le. bila sampai ke opis, aku rasa tercungap-cungap bagaikan seorang pelumba lari... huhhh! terasa segar sikit badan bila buat latihan jasmani sebelum memulakan kerja...

nak bawak keta, aku bukan jenis orang yang boleh bawak terkedek-kedek. kira termasuk pemandu ketegaq. tak tahan dengan kesesakan. dan aku selalu hitung kalau setiap pagi aku akan menghabiskan dua jam masa di atas jalan raya, begitu juga waktu balik ke rumah... rasanya rugi membuang masa cenggitu.

takpe le biarlah susah sikit. berpanas berhujan, lumrah. cuma belum reput aje lagi kat atas motor tu. sampai bila? wallahua'lam.

gitu le cabaran hidup di kota ni.

Isnin, 29 Mac 2010

sampai KAPAN... (maknanya sampai bila/kain kapan)

aku gagal bertahan bila orang rumah pujuk gi pesta buku. tapi aku berjaya pegang kata-katanya, "tengok aje". kat sana kami sama-sama gagal bertahan bila satu amoi kata"waa, abang dengan kakak nampak muda maaa" (pasal kami berdua aje, bebudak tinggal, kami naik lrt. senang!) "bos, caya ke ini akak ada lima orang annak?" dia bagitau bosnya yang kebetulan lalu. aku terkerenyeh aje, faham taktik orang meniaga. sudahnya terbarai jugak rm1750.00 bila aku setuju beli produk pendidikan bahasa inggeris untuk anak-anak. pergh, hutang! takpe le untuk pendidikan... (hati memujuk)

penat berjalan. tak ada apa-apa yang aku beli kecuali yang ini. barangkali bole le kita kongsi menonton sedikit keratannya untuk kita muhasabah diri... (kalaulah dapat dikira aku telah membantu)


Bila Mata Menyapa

(aku)

ingin menangis
namun air mata
terlalu mahal untukmu
bahkan
dia pun tak mahu
tak pun sudi menerima
...

(dia)

matanya berbicara
aku
tak perlukan simpatimu
tak perlukan tanya khabarmu
sama sekali kata nasihat
jauh sekali kata 'sabar'
...

(dia)

matanya berbicara
hanya ingin bertanya
benarkan aku saudaramu
kiri dicubit
peha kanan berkerut sakit
ingin bertanya
benarkah begitu rasul bersabda?
...

(aku)

termanggu...
kalau tidak,
siapakah aku?
kalau iya,
bagaimanakah aku?


video

Jumaat, 26 Mac 2010

ApSaL bUTaKaN hAti



berita lewat petang.


siap semayang, aku nak balik opis...


baru jap lepas solat jumaat kat tabung haji, jalan tun razak diorang pakat-pakat berdemontrasi dan nak berarak ke kedutaan sweeden. napa gamaknya dorang barat ni khususnya kristian dan yahudi terus mencerca nabi junjungan kita... dorang tak baca paper ke semenjak dua menjak ni paderi mereka asyik terbongkar skandal seks. napa yang tu dorang tak sibuk ngat nak gaduhkan?


ye memang kita tahu dan sedia maklum tentang permusuhan mereka terhadap kita hingga ke hari kiamat. tapi agendanya?

huh, barangkali dorang nak mengalihkan perhatian orang eropah terutamanya penganut kristian le ni dan bagi yahudi, kekejaman mereka di tebing barat dan projek mereka di baitul maqdis akan berjalan lancar apakala muslim disibukkan dengan isu begini. bagi umat muslim di seluruh dunia, berhati-hatilah membaca gerak langkah tipu daya mereka dan agar tak terperangkap dalam mainan politik mereka.

CEPUMAS baru hari ni nak jawab...

hemmm, award dari melatidaisy tu dah lama aku paparkan sebagai penghargaan atas pemberian rakan... tapi jawab idok lagi sebab seboleh mungkin malas le nak expose diri walaupun satu ketika dulu nida (kawan blogger kita) penah teka-teki teka-tekuk mana satu tuan empunya blog ni... (aku kagum tul kat dia, dia ble prasan kat mana gambo tu). tapi dek kerana prasyarat tu, cukup le apa yang terpapar sebagai bekalan buat tidur nyenyak kawan kita ni, melatidaisy (tak bule bagi lebih nanti takut termimmpi-mimpi pulokkk)
jom setat:
diri: aku suami kepada seorang isteri (buat masa ini) dan bapa yang garang kepada lima orang anak - jantan semua... - tu yang garang semacam tuh
di samping rakan: sempoi, tak banyak cakap cuma jangan sampai mesra - hihhh

idaman yang tak tercapai lagi: tak tau la sebab tak banyak menda yang nak aku cari dalam idop aku ni
nama orang rumah: haaa... aku tak malu kalo orang tanya brapa anak, tapi kalo tanya isteri, (takyah la kot... ) takpe la dah syarat cenggitu, ada orang panggil sal, aku panggil mie kalo orang dulu-dulu miohhhh aje.
keistimewaan orang rumah: huh nak bukak balik album lama ni, segan la pulok... tapi cukup le aku katakan dia doh menghidupkan jiwa aku yang mati selama dua tahun (selepas aku mononggeng frust) dia cantik, ceriakan waktu dukalara, sabar dengan ego aku bla, bla, bla... (jangan puji banyak sangat kang dia baca abih la modal aku ni)

tarikh couple: tanya orang lelaki yang dah kawen, bila dia menikah mesti tak ingat punya, nanti la aku bukak balik, ehh mana pulok sijil nikah ni...

kenangan pahit: ieee, rasanya baru ni ada kot, aku cakap kat dia, "pahit la pulak ati ayam masak kicap ni" "a haa, gamaknya masa orang tu belah tak betui kot" dia jawab - maknanya dia masak sedap tapi orang lain yang buat spoil masakan dia tu

lagu tema cinta: dah tua-tua cenggini dok ingat lagu p.ramlee aje le

perubahan diri orang rumah: psttt jangan baca kuat sangat, aku selalu pesan 'jaga badannnnn', aku tak muh dengo lagi camana member aku kata dengan orang rumah dia "cuba tengok amir naik moto tu, tah mana satu abang, tah mana satu adik, tak mana satu anak tah mana satu ayah? - pasal aku ni insan kecil lagi kerdil

tag rakan lain? takpe la kot. sian kat dorang nak berlaku ikhlas depan komputer ni bukan susah sangat tapi ati tak senang kalu terpaksa memaksa keyboard tu menipu.
keh, slamat berhujung minggu lagik.
aiik jap beno masa berlalu, baru aje buat entri cuti, sok cuti lagik

Rabu, 24 Mac 2010

Alegik kedai bUkU...

aku sebenarnya tak bule tengok orang jual buku.

banyak yang kempen jom ramai-ramai gi tengok pesta buku. kalo aku, sebut aje pesta, memang aku malas nak pegi. malas nak BERSESAK-sesak. sesak napas, sesak macam-macam. orang rumah ajak gi. aku kata, "kang abissss..." dia paham apa maksud aku. "ala jangan beli... tengok aje dah laaaa". bule ke gituuu.. aku ni bukan bole tengok aje, menda kata orang "amik bau aje... "
dah lebih 6 bulan pindah balik sini, rumah tak siap kemas lagi. besanya target aku 3 bulan aje. masalah teknikal! walaupun kekadang sakit mata tengok, nak wat camana, banyak komitmen.

yang ni baru siap tempah. tinggi sampai ke siling. nak setting sikit punya seksa. masuk kepala kena lampu, masuk ekor libas ke dinding. last masuk terlentang, kitorang pulak terbungkang... bila nak susun, kena memanjat. waaa ini macam turun naik tangga aje la bila nak guna yang atas sekali tu.

dua malam berkubang, balik keja aje terus memerap baru siap. walaupun nampak cam mini library, tapi ini bukan sama sekali. sebab, tak bule pinjam dan bawak balik, nanti bayang pon tak jumpa lagi dah. dah banyak buku aku yang arwah disebabkan 'pinjam'
yang malangnya... sapa pulak nak baca...

Selasa, 23 Mac 2010

HEBAT.. rupanya lebih dari DISANGKA

ketika berlegar-legar di sanggar blog yang pelbagai, aku jumpa satu artikel panjang yang sangat menarik. aku copy sikit untuk tatapan bersama supaya kita lebih kenal akar bangsa kita. semoga tuan empunya blog ni tak marah le aku tolong sebarkan ceritera yang kini dianggap lipurlara aje oleh orang kita. benarlah orang melayu HEBATTT

'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu

Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

...


harap korang daparkan maklumat lanjut di sana, di sanaaaaaa

Jumaat, 19 Mac 2010

KERJA untuk dunia, AMAL untuk akhirat

bule ke tajuk cenggitu?

'kerja' dan 'amal' dua perkataan berbeza tapi maksudnya sama. cuma dalam konteks lain, perkataan amal dilihat lebih menjurus kepada agama. arghh! tak kesah la apa pon tanggapan. cerita sebenar hanyalah:

ESOK, cuti bagi warga kerja kerajaan. mungkin tidak bagi sebahagian warga kerja swasta mahupun orang kampung : penoreh getah, pemetik kelapa sawit, pesawah, penternak lembu dan kambing atau yang seangkatannya dengannya, mahupun yang meliputi kawasan yang sewaktu dengannya.

cuti ialah hari berehat daripada bekerja. bukannya tak bekerja. adapun bagi orang yang tiada kerja@penganggur, mereka bukan bercuti, sebab tiada majikan yang nak approvekan cuti sepanjang hayat mereka. begitu juga dengan WARGA PENCEN. apa yang terlebih penting, waktu berehat banyak menda bole buat:

waktu senggang begini mesti syok layan

atau temankan

atau sekadar imbau kenangan
hemm... untuk orang pencen?

rasanya satu PERINGATAN bahawa usia dah menginjak senja waimma MATI tak kenal tua muda

i'mal li dunyaka ka annaka ta'isyu abadan wa'mal li akhiratuka ka annaka tamutu ghadan

bekerjalah untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari (maksud hadis)

Rabu, 17 Mac 2010

KALAULAH... (jangan banyak berangan nanti sesat)

emmm... dua entri sebelum ni terlalu berat untuk difikirkan, ditambah dengan kerja dan arahan yang bertali arus.. moh le beralih arah agar mood pon bule tenang dan damai sikit:

KALAULAH tu maknanya ada unsur angan-angan. jangan banyak berangan nanti iblis masuk dalam diri. bila iblis masuk, tu yang kita dapat macam-macam angan-angan yang sangat menarik. hatta kalau kita jadik hero, tatkala tu kita pon ditikam pastilah kita akan nampak lebih macho di mata si pinggitan... tetiba rasa ishhh tak best, bule pulak kita tukar skrip... haaa tu tandanya semakin jauh kita dibuai angan-angan yang ditiup dek iblis ni tadi.

nak cerita KALAU ni tadi ialah... baru aje balik kampung.. ni kampung orang rumah... di sini le KALAU ini 'bertandang' (rumah ni penah jadik lokasi penggambaran drama oleh RTM, apa tajuknya aku lupa tapi tentang drebar teksi syok kat penumpang dia yang dilakonkan - kalau tak silap - oleh Rozita Che Wan)

KALAU aku berenti keja:(kambing ni bule bagi aku keja kot)

KALAU aku takde keja: (biarpun tensen melayan udang galah, tapi kalu sekali dia tarikkk senggugut kita dibuatnya)

KALAU aku boring gila: (sungai pahang tengah surut ni, sampai boleh menapak ke tengah laut - dorang panggil laut kalau ke tengah sungai tu)




arghh toksah berangan laaaaa

Selasa, 16 Mac 2010

kalau ROBOH kota MELAKA

berasa cam kat eropah la pulak... apsal sungai kelang tak bule buat cenggini yek

(semalam gi melaka kejap.)

papan di JaWa kami DiRiKan...

begitu le pembayang ungkapan pantun dilagukan orang apakala kota Melaka alah dek Portugis pada 24 Ogos 1511. azam yang tinggi orang Melayu ketika itu adalah untuk membangunkan sebuah kota di Jawa sebagai ganti kota Melaka biarpun berdindingkan papan...


hari ini yang tertegak kembali di kota melaka bukan lagi kota Melayu sebaliknya kota belanda, Bastion Middelburg. kota ini merupakan kelangsungan kota portugis yang ditambah baik oleh orang belanda selepas menakluki melaka pada 14 Januari 1641. malangnya ketika inggeris menduduki melaka sementara, mereka telah meletupkan sebahagian besar kota melaka yang dibina oleh portugis dan yang diperkuatkan oleh belanda kerana inggeris sedar akan kehebatan benteng tersebut. hasilnya, hanya tinggal pintu kota sahaja yang terselamat dengan izin Allah sebagai kenang-kenangan untuk orang melayu meratapi kehilangan keagungannya di tangan penjajah.

lebih malang, kota papan yang diharap dapat mengantikan kota melayu melaka tidak kelihatan, bekas kota belanda ini menjadi satu lagi mercu tanda kenangan untuk kita semua. ia ditemui melalui kerja-kerja eskavasi. berdasarkan peta peninggalan portugis dan belanda, kota ini dibangunkan semula sebagai daya tarikan pelancong.

ehemmmm... jom le kita belajar daripada kesilapan.

Jumaat, 12 Mac 2010

KiTa BaNgSa HEBAT!

tahniah kepada semua anak MELAYU yang berjaya dalam peksa baru ni. yang gagal, bukan le gagal idop kalau gagal dalam pelajaran. ramai orang yang berjaya walaupun tak reti membaca. contohnya nabi s.a.w kita. tapi kalau sebut nabi, nanti ada kata tu nabiiii. takpe contoh lain, boon siew, tokey yang memasarkan motor honda kat malaysia, yang banyak digunakan oleh bebudak kita yang tak sekolah untuk tunjuk HEBAT.

(mungkinkah tugu di manila ni menggambarkan kehebatan orang melayu khususnya kesultanan sulu)

masa aku gie terengganu tu hari, aku jumpa pengarah muzium negeri, Haji Mohd. Yusuf. terpesona aku tatkala dia berbicara tentang kehebatan orang melayu membuat kapal. benar orang melayu memang bangsa yang hebat. mereka tak bersekolah secara formal. mereka tak ada tok guru yang ada P.hD. mereka tak belajar tentang ukuran metriks. mereka hanya berguru dengan orang lama, tanpa buku tanpa pen. mereka hanya hanya bersekolah melalui pendidikan yang diberikan oleh alam sekeliling. mereka hanya ada ruas, jengkal, hasta, depa dan sebagainya untuk menghasilkan sebuah kapal yang boleh hendak dibuat kapal tunda, jalan terkedek-kedek atau speed boat supaya bergerak laju. mereka cipta teknik tu tanpa pakar kejuruteraan yang hebat. ringkasnya mereka genius. ilmu yang mereka pelajari terus diingati tanpa ada buku 'SOP'- standard of procedure.

malangnya hari ini, kehebatan kita dah ditafsirkan dengan cara yang berbeza. generasi kita mewarisi segala kehebatan dalam bentuk:

juara dadah
juara dedah
juara haram jadah
juara pedaah
juara ajaran salah
juara menda tak pekdah
dan juara yang tak sudahhh

entahlahhh

Khamis, 11 Mac 2010

SuAMi & IbU: Peringat-PERHANGAT

aku amik dari emel buat perasmian antara muka blog baru;

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami terhadap isteri dan kuasa ibu terhadap anak-anak. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya di sisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak-anak terhadap ibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar
menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung di dalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir, membesar, menjadi dewasa dan membawa sifat yang tidak elok itu ke dalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doanya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

(sodap kalu mak masak nih!)

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya tidak akan mendapat berkat dan sebagainya. Akhirnya anak akan mendapat pelbagai balasan buruk dari Allah di dunia lagi.

Cerita - Kita sering diperingatkan oleh para ustaz tentang cerita tentang dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah pada zaman nabi s.a.w. Seorang daripadanya menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi, TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua-duanya diseksa oleh Allah sehingga nabi s.a.w memerintahkan kedua-dua ibu tadi mengampunkan anaknya.

Ustaz kata, cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajarannya. Sebahagian lagi ialah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM sama ada anaknya meminta ampun atau tidak dan begitu juga SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM sama ada isteri meminta ampun atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar terhadap anak-anak kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda tersebut sedar akan kesalahan mereka.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa di bawah lindungan-Nya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

fikir-fikirkan.

Selasa, 9 Mac 2010

GeLaNdAnGan... BeRsYuKuR kE KiTa? (episod akhir)


syukur al-hamdulillah, kalimah terbaik ni aku ucapkan ketika berjalan di sekitar manilabay. pada hari terakhir, memulakan hayunan kaki seawal pukul 7 pagi, manila dah cerah ibarat pukul 9 pagi. aku susuri barangkali sejauh lebih 5 km di sekitar teluk tu untuk melihat manusia-manusia marhain. cukup insaf bila melihat kesukaran idop yang mereka terpaksa tempuh. manusia gelandangan ini tidak mempunyai rumah. kotak, papan, atau pangkin batu sebagai tilam paling empuk untuk berembun sepanjang malam. si bayi menyusu di kaki lima dan tidur dalam stroller atau beca.

menyusur di siar kaki, seawal pagi mandi di laut. mereka memasak makanan di kaki lima yang hancing. beberapa manusia yang sakit jiwa barangkali tak tertanggung sengsara. namun suatu yang mulia di kalangan warga kanak-kanak di sini, tak seorang pun aku jumpa yang menggemis meminta daripada pengunjung. dorang ralit dalam dunia imaginasi, termenung, bermain gasing dengan batu sebagai lawan bagi yang tidak mempunyai gasing, atau sekadar berdiam diri merenung suasana hari baru yang tak tau apakah janji dan takdirnya untuk hari ini.

selepas itu, dengan langkah yang pantas, aku mula mencelahi lorong-lorong kota. aku main redah aje janji kelihatan agak selamat untuk aku lalui seorang diri. pemandangan yang sama dan bau yang sama, hancing. kedai-kedai masih tidak banyak yang dibuka. tapi satu hal yang nyata, dah beberapa km dan jam aku berjalan, sukar mencari kedai cenderamata, baju dan kedai elektrik yang biasa kita tengok kat sini. lebih ramai yang berniaga makanan dan rokok secara kecil-kecilan walaupun tempat itu menjadi tumpuan pelancong. aku sampai di hospital besar. deretan manusia sakit memerlukan rawatan. (nampak ke apa perbezaan stesyen minyak tu... haaa tali minyak dia tergantung laaa)

di Jose Rizal Park, kebetulan ada upacara lawatan rasmi barangkali ketua tentera laut asing datang untuk tabik hormat di depan patung Jose Rizal. istiadat biasa kat tugu negara. dari situ aku bergerak sampai aku jumpa Bank Negara, kecik aje.

di satu tempat lain aku lihat macam ada pesta. aku ingat ada jualan macam pasar kat chow kit. melihat ada yang bermain catur, aku andaikan ada pertandingan. rupanya tidak. ada gerai kecil macam orang jual tiket bas aku sangka mereka macam penjual prepaid atau henpon atau yang seangkatan dengannya. ceh! pon bukan. haaa rupanya tempat orang mengiklankan kerja. selain gerai tersebut, beberapa orang promoter berjalan ke hulu ke hilir dengan pelbagai iklan kerja.

huhhh... hujan emas kat negeri kita takde sapa peduli... sebab tu banyak orang asing datang rompak emas di bumi kita. 'swarnabbhumi'

Isnin, 8 Mac 2010

mabuk? mabuk laut tak pe... (episod 2)

sambung lagik cerita di manila:

oleh sebab waktu yang padat, aku amik kesempatan waktu rehat tengah hari untuk kluo amik gambar di sekitar hotel. tu dia starbucks. yang menarik kat situ penggunaan vespa untuk hantar order.

petang tu penganjur membawa kitorang ke manila bay untuk welcome dinner atas cruise.
sebelum makan, sesi posing di sekitar manila bay untuk penghayatan dan perbandingan yang akan aku paparkan antara golongan marhain dan aristokrat nanti, insyaallah. selain acara makan, ada dangdut le kot, dangdut pilipino... heh, member aku dari laos, gila sakan bergambar dengan minah tu. aku bagitau dia, simpan eeelok gambo ni, tau kat bini kang huru-hara! (yang tersengih kat belakang tu la minah tu. yang 4 orang ni student dari 4 universiti termasuk sorang muslim dari zamboaga tengah tunjuk skil camana nak melalak kat atas feri)

dapat le aku amik gambar panorama di sekitar teluk manila. kebetulan pula bulan sedang mengambang hampir penuh, jadik suasana memang cukup menarik. sayangnya kamera digital ni tak berapa sesuai untuk mengambil gambar pada waktu malam.

pada malam kedua, dan hanya pada malam ini sahaja kesempatan yang ada untuk dibawa berjalan oleh rakan-rakan dari filipina. tu pon dah agak lewat. (pintu masuk mall dikawal ketat, takut abu sayyaf kot) kami ada masa lebih kurang 3 jam termasuk masa perjalanan menaiki teksi untuk ke Mall of Asia. ruang waktu yang ada, aku takdan nak pilih beli ole-ole untuk kengkawan. rembat mana yang sempat. tah camana melekat juga le tangan dek mutiara dari filipina ni. kang balik tido kat lua pulak. apa pon harap tu ori le.

Jumaat, 5 Mac 2010

SeLaMat SuDaHHHH (episod 1)

(waaa sibbaik aku dok atas sikit... dah nak sampai kat airport, banyak le nampak pemandangan begini)

alhamdulillah hampir lima hari bertapa kat Manila... malam semalam selamat sampai kat rumah. rasanya ni paling jauh otstesen sejak dok opis baru ni. sebelum ni gi kedah. tak abih cuti raya cina, sambung ke terengganu. belum pon balik bos tipon suruh gi manila... HUIYoooo tak mau la bossss... (member cakap susah nak makan kat sana)

nak buat camana, 'Saya Yang Menurut Perintah' , so 28 Februari aku angkat kaki jugak la. jom kongsi pengalaman kat sanun;

sampai sana lebih kurang kul 5.00 petang tu pon setelah 20 minit berlegar susah nak cari parking. malam ni acara bebas selepas beberapa maklumat diambil oleh urus setia. sebelum malam menjelma, sempat gak aku pusing keliling hotel cari socket nak charge kamera atau henpon. camana la aku bule lupa nak cari kat malaysia... puas cari tak ada last pinjam kat hotel kena extra caj 100 peso. layan je la.
(Bekalan idop)

esoknya bermula acara bengkel selama 3 hari. 7 negara datang selain hampir 10 peserta dari negara filipina. cerita bengkel takyah kongsi la. ibarat kita masuk bengkel kereta, kalu kita tak reti pasal kereta mau mengantuk tengok dia buat kerja walaupun sambil tu pomen tu bersyarah macam nak gila kat kita tentang kereta.

tang makan yang aku sebut pada awal cerita. sebelum ni member penah gi manila, bagitau atas meja hidangan ada 2 lobang idong menda alah tu, gamaknya sebagai hiasan dan sekaligus peringatan untuk muslim. so aku begitu berhati-hati. untuk tak dorang tersinggung aku amik sikit nasi dan lauk ikan. tapi ikan letak jauh daripada nasi. lalu aku cuma makan nasik tanpa lauk selama 1 hari setengah (malam pertama ada dinner atas cruise, aku blasah buah banyak sikit) tapi untuk malam kedua aku tak dapat elak, bila member-member filipina bawak berjalan gie shopping dan singgah makan di Inasal Fastfood, di Mall of Asia. telannn!!!cam aku kata tadi, untuk dorang tak rasa pelik apsal orang semua makan aku tak, aku amik le nasik bungkus daun pisang dengan lauk ikan, namanya 'sisig bangus'.

malam akhir ada dinner kat restoran Barbara. cam biasa aku makan sikit je. member, awek minah salleh wakil cambodia sejak hari tu lagi rasa heran terus tanya, dan aku jawab "jaga badannnn!"

sekarang ni, kata member filipina, dorang dah aware tentang makanan kalau melibatkan peserta muslim. so dorang tak lagi hidangkan idong tu. tapi ati aku tetap payah terima atas beberapa sebab. bila kawan aku dari indon tanya, "bukan ke menda tu halal dimakan" heh, aku kata, "memang kita bule makan ayam, tapi belum tentu disembelih." "loh, kalu gitu gi mana saya ini?" sebab sepanjang masa aku tengok dia bedal semua. aku kata, biasanya kalu kek, mat salleh akan campur dengan arak. kalau masakan lain aku bimbang tentang penggunaan minyak masak, bahan dan peralatan masakan yang bercampur. semoga Allah ampunkan le kalu makanan 'sisig bangus' tu ada campuran yang tak baik, tu le doa aku semenjak aku meng'order' makanan tu. (ni bihun nama dia 'pancit sotanghon', yang ayam tu nama dia 'pollo antonio')
betul la kawan aku kata, bila dia dapat naik kapal terbang mas, dia balun nasik tu cukup-cukup... terasa betul nikmat makan. Tu cerita pasal makan

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong