Khamis, 25 Februari 2010

DaH TemPah kEk beFdAy KE?

assalamualaikum...

esok befday seseorang yang paling kita sayang ni... ada sesapa yang dah tempah kek? takyah kot... ramai orang pegi berarak untuk nyambut befday Rasulullah esok. apa pon, slamat menghayati peristiwa hari kelahiran Rasulullah s.a.w yang ketika baginda lahir, terpadamnya api sembahan Majusi yang tak pernah terpadam selama seribu tahun, dan bergegarnya Mahligai Kisra hingga runtuh beberapa tiang istananya menandakan kemunculan hidayah yang akan menutupi kesesatan di timur dan barat.

dan seperti minggu-minggu sebelumnya, minggu depan juga minggu yang sibuk, nak otstesen lagi. jika ada kesempatan insyaallah kita ketemu lagi.

Isnin, 22 Februari 2010

Jom Belajar Tafsir

biasa ke dengar lagu ni? kalau ikut klip video ni, habsah hasan penulis liriknya. aku suka lagu ni tapi dari perspektif lain. lain sama sekali daripada apa yang terpaparkan dalam klip tu. apsal? ni yang ajak belajar tafsir ni... jom le video

aku mentafsirkan lagu ini sebagai syair sufi yang memuji keagungan Allah dan beliau sebagai hambanya, kira konsep Rububiyyah dan Uluhiyyah la.

cuba tengok antara liriknya yang menguatkan sangkaan aku bahawa penulisnya sedang bermeditasi dengan Penciptanya.

"tiada batasan waktu
tiada tempat-Mu tertentu"


Allah tidak terikat dengan waktu dan Dia tiada tempat duduk

"di gunung di lembah
di darat di air
siapa pun hamba
keikhlasan doa keagungan kasih
berubah takdir"


segala yang ada di alam maya ini ialah hamba kepada al-Khaliq, bagi kita jika kita ikhlas dalam berdoa dan dilimpahi kasih Allah nescaya takdir walaupun telah tertulis di Lauh Mahfuz boleh berubah dengan izin Allah (qada' mubram' tak boleh diubah contohnya kita semua akan mati)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibu bapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

"Engkau yang pertama tiada akhirnya
aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya..."


Allah Huwa Awwalu wal Akhiru (Asma' al-Husna) dan ketika dalam kesesatan maka Allah le yang memberikan petunjuk...

hayatilah lagu tersebut hingga akhirnya untuk selami maksud tersirat. yang lain tu kena tanya penulisnya apa sebenarnya yang nak diungkapkan. kalu betui sangkaan aku, malang le sapa yang buat video klip tersebut

Rabu, 17 Februari 2010

filem: tahun baru cina vs aidilfitri

baru baca tajuk mesti kata aku racist... taaakkk aku just compare aje.

aku peminat cerita KUNGFU (rasa semangat pahlawan tu meluap-luap aje bila tengok cerita lawan-lawan ni walaupun belajar silat tak khatam) kalu cerita jet li dan jackie chan, aku akan layan macam cerita p.ramlee... dua tiga round dah tengok masih nak layan lagi.. berasa tak jemu

cuma aku terasa perbezaan bila raya tahun baru cina kali ni, stesen tv banyak siarkan cerita patriotik masyarakat cina. berbanding hari raya aidilfitri, cerita kita mesti bertemakan kesedihan, penyesalan, putus harapan dan banyak lagi yang negatif. barangkali mengajak supaya masyarakat kita lebih bersifat penyayang dan ingat le orang tua kat kampung... malangnya keadaan tak banyak berubah. hari raya menjadi gelanggang remaja kita menjadi jaguh gejala yang merosakkan moral. akhir-akhir ini lebih teruk sampai sanggup bakar janin... seolah tema kita yang sedih-sedih melalui filem tak memberi apa-apa kesan.

tapi bila melayan cerita cina, aku tertegun bila jet li dan 2 rakannya berjanji sehidup semati "lahir pada hari berbeza tapi mati pada hari yang sama" begitu kuat sumpah janji persaudaraan mereka. jauh lebih kuat daripada apa yang kita ada di kalangan orang Melayu yang diikat dengan persaudaraan seagama tanpa mengenal warna kulit dan bangsa.

falsafah hidup orang cina umpama sebatang pokok yang membesar, cabang mekar menjulur berkembang tapi daun tetap gugur ke pangkal pokok. retinya sejauhmana pun kamu merantau, akan kembali ke tanah leluhur... sebab itu ke mana mereka pergi, asal usul bangsa dan budaya tidak akan tinggal... malang bagi kita: pernah aku terbaca satu blog orang melayu di UK, katanya mat saleh UK berkata orang melayu sombong bila berada di London dan penulis itu sendiri terkena tempias sikap bangsanya...

eh... melalut la pulak dari filem ke blog orang

moralnya: identiti kita adalah dari leluhur budaya kita... warnakan le apapon rambut, mata atau topup la hidung tinggi melangit... bangsa kita tak boleh ditukar ganti

Jumaat, 12 Februari 2010

ada aku kesah.. kalu bole nak pencen

kalu tade kerja, aku akan tanam bunga kat rumah.. ala bukan susah sangat, cucuk aje.. tak idop cari bunga lain pulak... kalu susah sangat beli aje.. tapi pengajaran yang aku dapat: satu apek tu bagitau aku tentang cara jaga bunga tu, "kalu lu beli bunga, lu tanya saya.. saya cakap lain. kalu lu beli pada tokey lain, nanti dia cakap tatak selupa mau jaga bunga yang sama... apa pasat? pasat dia hali-hali mau lu beli bunga.. beli mati, beli mati maaa..semua olang akan cakap tak sama supaya bunga mati maaa."

heh, manosia meniegaaaa

aku bukan nak cerita pasal bunga sebenarnya.. ni nak cerita pasal dah lebih sepuluh tahun kerja ni... aku rasa dapat buat kesimpulan tentang rakan kerjaya:

ada empat jenis orang bekerja:-

1. pandai bercakap tapi tak pandai kerja = untung
2. pandai kerja tapi tak pandai cakap = malang
3. pandai cakap dan pandai kerja = baguih
4. tak pandai cakap dan kerja pon tak pandai =he he he.. kategori mangkuk jugak le ni

yang paling untung no. 1 tu. sebab asyik membuntuti bos sambil tak renti bercakap lepas tu suruh orang buat kerja dia tolong present aje... "nah bos, saya dah siapkan..." cantekkk punya ayat! segala menda dia akan dapat.

paling malang.. yang introvert ni la.. tekun buat keja sampai tak tau hari malam ke, siang ke.. siap keja bagi kat bos yang perangai macam no. 1 tadi... alamatnya sampai bila-bila cam tu jugak la duduknya... siannn

yang bagus ni tadi... dia pandai cakap dan pandai buat kerja. mesti le dia tau skill orang nak pijak dia.. so dia bole lawan balik no. 1 tu, pandai bersilat le dan akhirnya akan menjadi huru-haralah organisasi kita.

yang mangkuk hayun ni lak... ada baik jugak sebab dia dalam dunia tersendiri.. lantak le apa nak jadi dengan organisasi, janji tiap bulan masyukkk... perabih duit rakyat ini le orangnya... harap kita bukan dalam kategori yang ni.

berfikir-fikir kat mana aku duduk... membuatkan aku lemas jugak dengan gaji yang dapat. sesekali dok pikir baik jugak aku balik kampung dok noreh getah aje.. ati senang takde sapa nak marah.

Aku Tak Marah, KU TAK KESAH

Khamis, 4 Februari 2010

aiseh minggu yang sibuk dah bermula.. hari ni nak gie kedah sampai 8 Februari sambung kat pulau pinang 2 hari baru ble balik... time cina masih sibuk beraya nak gie merayau kat terengganu la pulok.. maunya seminggu.. barangkali kekangan masa ni tak dapat la nak jumpa kengkawan maya ni... kalu berkesempatan ke kafe siber ti insyaallah bule le kita bersembang ye... pasal kerja kali ni tak kira tempat, letih masuk bandar pergi merayau sampai ke kampung-kampung pulak... nak buat research sikit.. so mintak maaf kalau tak sempat menjengah teratak rakan-rakan semua... apa pon semoga Allah merahmati kita semua.

Selasa, 2 Februari 2010

wAa aPa suSaH lu MlaYu Mule KaWen EmPat mAA

eh, cerita poligami lagik.. bosan tul tak de cerita lain ke... memang tade cerita lain sejak nabi s.a.w membawa wahyu bahawa orang islam bule kawin empat, itu le topik sangat sensasi yang diperdebatkan sepanjang zaman.

tajuk di atas diluahkan seorang pemuda cina kat aku masa bersembang atas kapal terbang ketika kami sama-sama nak balik ke k.l dari aloq staq. aku pon tak ingat bila dan camana cerita kawin ni dimulakan. yang pastinya ayat itu sedikit menyentak naluri memelihara agama. lantas aku membetulkan pemahamannya. "bukan melayu, tapi islam... maknanya semua lelaki islam bule kawin lebih dari satu. islam membenarkan kawin lebih dari satu tapi tak lebih daripada empat orang..." ha ha ha dia ketawa suka sangat. maklum la sembang orang lelaki tentang kawin mestilah mempunyai persepsi yang pelbagai. yang penting dia paham perbezaan melayu dengan islam.

sambil gelak aku cakap kat dia, "u lelaki, saya pon lelaki. u jangan tipu saya. cantik camana pon isteri u, kalu awek cun lalu u mesti tengok punya, tul tak?, kalau bule mau ditelannya!" ha ha makin kuat dia gelak dalam kapal terbang yang sedikit sepi tu. dalam ati aku, "awek dok depan ni, mesti panas je telinga diorang cerita pasal poligami."

"betul-betul" dia kata kat aku. "haa itu tandanya orang lelaki tak cukup satu, kan?" cam biasa dia tersengih. "u tau maharaja cina ada berapa gundik?" dia geleng kepala. "dua ribu!" aku kata... "wa itu macam ka?" "ha la." "jadi, lelaki ni kalu diberi kesempatan semua dia nak sapu" dia ketawa lagi, terangguk-anguk. "tapi islam memahami fitrah manusia lelaki tu maka diberikan sedikit ruang, bule lebih dari satu tapi tak lebih daripada empat" "cuma lebih baik satu jika kamu tak dapat berlaku adil. maknanya islam sesuai dengan fitrah manusia. islam bukan galakkan supaya kita kawin empat cuma hukum tu je membolehkan kawin sehingga empat dengan syarat boleh berlaku adil"

dan sebelum kami berpisah, dia berulang kali menyatakan seronok dapat bersembang dengan aku. aku ketawa aje le. semoga dia faham tentang islam.

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong