Rabu, 30 Disember 2009

azam apa pulak la tahun ni

hemmm... bagi hedonisme mereka akan menyambutnya secara besar-besar hingga bersepahan sampah sarap bahkan botol arak... bagi yang menentang, mereka mengatakan tahun baru sebagai merayakan hari kelahiran Jesus so apa pekdahnya orang Islam merayakannya. hek eley, kita baru sahaja menyambut Ma'al Hijrah. juga bererti sambutan tahun baru tapi khusus untuk umat Islam bagi memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah ke kota Madinah. kontradiksi pada kedua-dua perayaan yang mempunyai persamaan untuk menyambut tahun baru ini adalah antara kelalaian dan kesyukuran. namun bagi setiap orang yang menyambutnya akan melafazkan azam baru

(terjemahan syair imam syafie ni dipetik daripada buku ibni qayyim al-jauziah)

paling menarik bila baru-baru ini ada seorang penceramah memberitahu audiens supaya kita jangan menyambut Ma'al Hijrah. sebabnya apabila disebut sahaja sambutan sudah tentulah ada majlis makan-makan dan kemudiannya akan habis begitu sahaja. yang perlu kita buat ialah majlis mengambil ikhtibar daripada peristiwa Ma'al Hijrah atau mungkin dengan lebih mudah kita sebut sebagai Penghayatan Ma'al Hijrah

fikir-fikirlah mana yang patut.

Isnin, 28 Disember 2009

khazanah yang dilupakan

time boring nunggu lemang masak masa raya aidil adha itu hari, takde menda kerja nak buat aku cuba-cuba la mengeraskan tangan buat menda alah ni. dah lama berkenan nak buat sendiri. rasa hati melonjak-lonjak nak buat terutama selepas berkunjung ke muzium adat di kuala klawang, negeri sembilan pada sambutan rumah terbuka aidil fitri yang lalu.


hemmm beberapa hari menggode tempurung kelapa dan kayu beluti, bila dah siap nak kena cat la pulak. bila dah kering letak la atas tempayan... baru ni family datang jalan-jalan berkenan pulak le mak aku kat senduk orang melayu dulu-dulu ni lalu aku pon bagi le. tak apa ti aku buat yang lain... tapi rasa tak puas hati la pulak buat yang kedua ni.. belum ada masa yang sesuai nak buat satu lagi... tempurung dah standby je tu.


tengah mengintai peluang nak cari tok guru yang bule ngajar mengukir ni... ada sapa-sapa bule tolong

Khamis, 24 Disember 2009

renungan ke tenungan ni. jangan termenung dah le ye

ketika nabi dalam perjalanan israk mikraj, baginda dilambai oleh seorang wanita tua yang cukup mengancam... solekan bak tepung gomak, tergedik-gedik mendayu menghairahkan memanggil nabi s.a.w. hemmm... tanpa sedikitpun teruja apatah lagi menoleh, nabi meneruskan perjalanan baginda. setelah jauh, barulah beberapa ketika nabi bertanya kepada malakat jibril siapa gerangan wanita tadi. jibril menjelaskan itulah dunia. perumpamaan bumi yang kita duduki ini yang semakin tenat dan azab tapi semakin cantik dan bergaya... tinggalkan cerita itu untuk orang yang nak mengambil ikhtibar... yang nak dikongsikan bersama di sini adalah semakin tua usia bumi ini semakin banyak benda pelik terjadi. meh tenung, renung dan menungkanlah akan kesahihan, akan hikmah, akan tanda kebesaran Ilahi dari klip yang aku kutip dengan tajuk ANAK DERHAKA.
video

Selasa, 22 Disember 2009

diorang tau ke?


dah dekat sebulan aku kena posting kat pejabat orang. untuk tahun ni, ini kali kedua aku bertukar lokasi kerja... nak buat camana, 'Saya Yang Menurut Perintah'. baru nak susun barang-barang opis kat rak dan meja dah kena simpan semula dalam kotak.

baru je beberapa bulan pindah dari Kelantan dah diarah pulak pindah ke sebuah Jabatan lain. hemm penat punggah barang rumah masih dok terasa kat sendi-sendi ni. sib baik la tak jauh sangat. namun kali ni, ia asing sama sekali daripada tempat kerja aku. kalau sebelum ni takat ditukarkan ke cawangan, kali ni sama sekali berubah disebabkan bertugas di Jabatan lain. cuma duduk letaknya jabatan ini di bawah kementerian yang sama. suasana baru, bos baru dan rakan sekerja pon baru... dah tentu le bidang tugas pon baru. tapi seakan ada persamaan naluri, aku bertugas membantu memelihara dan melestarikan seni dan warisan bangsa dan negara...


'terokai seni' baru le nampaknya

Khamis, 17 Disember 2009

nak buat azam baru ke...


salam hijrah
hijrah datang lagi
belum pasti aku berhijrah
sama seperti tahun-tahun berlalu
hanya lidah berkata begitu..
azam tersemat penuh membara
hujung tahun tertanya-tanya benarkah telah berhijrah bagai dikata...
akhirnya hanya menjadi pendusta
kepada diri sendiri
hijrah tetap suci
biarpun banyak yang mencemari
pada hari yang diberi cuti
hijrah tetap datang dan pergi
betapapun banyak yang berjanji

ahlan wa sahlan wa kullu ammul hijriyyah antum bikhair

Sabtu, 5 Disember 2009

beli transport di akhirat

alhamdulillah raya Idul Adha tahun ni dapat juga aku tempah mpv baru untuk famili aku kat padang mahsyar sok.... tat kala mata parang mula diletakkan di urat marih, aku berdoa bersungguh-sungguh moga pengorbanan aku diterima oleh Allah. melihatkan dengkuran yang menginsafkan tu, cepat-cepat aku berdoa moga Allah mempermudahkan perjalanan sang qurban untuk menemui-Nya.
video

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong