Selasa, 24 November 2009

memahami jiwa remaja

masa berada di tingkatan satu, penyakit birah mula menyerang anak-anak yang meningkat remaja. tulah itu juga menyergap kengkawan aku. dah pandai mengorat dan mengayat lepas tu mula tulih surat. hemmm... dek suka membaca novel, sedikit kebolehan menulis ayat-ayat power tu ada, maka aku dilantik menjadi penulis surat cinta member... mula la aku berkarya dan berimaginasi... seakan teringat lagi bait-bait novel pertengahan tahun 80-an dulu... di kala keheningan malam, dalam-samar cahaya neon, api lilin meliuk lentuk dibuai angin... suara cengkerik seakan menyanyi mengerti isi hati... Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceSpace.com
huarghhh member mula tersengih-sengih keesokan hari bila nak menge'pass' surat kat awek. sambil berselindung di sebalik beg atau buku yang purak-purak dipinjamkan... surat cinta dah beralih tangan... awek yang baca tu pon tangkap lentok... kawan sekeliling dok kerumun sama membaca dan seolah menghirup rasa yang serupa... seronok dapat surat dari buah hati... keseronokan yang tak terperi akan menyusul lagi di kala si awek membalas surat... tentulah sang pakwe tersengih sampai ke telinga. seminggu jalan asyik tersenyum memanjang. dan aku ikut tumpang membaca. tapi tujuanku berbeza, melihat dan membandingkan karya imaginasi penulis mana pulak le tu...

haru.
dalam ramai-ramai yang tersengih tu... aku hanya mengepat bibir... apa bezanya aku dengan mereka.. aku pon remaja juga, punya keinginan yang sama... terpaksa la aku pendamkan jiwa remaja tu atas satu sebab... aku masih belajar dan aku ada beban yang digalas.. menjadik harapan keluarga... dan aku seperti berdendam dengan diriku sendiri... lepas SRP sok aku akan tunaikan hasrat jiwa remaja...

Isnin, 16 November 2009

layan seni... terapi minda

perkara pertama yang aku buat bila masuk rumah baru pada penghujung 2006 ialah gali tanah buat kolam di depan laman rumah. rasa yang membuak-buak ini terpendam sejak sekian lama khususnya selepas kolam yang aku buat di kampung telah lenyap. beberapa kali ubah suai dengan dengan bantuan jiran baik, Khairil, jadilah kolam aku seperti gambar berkenaan.
memang sikap manusia tak pernah puas, kolam ini akhirnya terkambus dengan harapan baru dan lokasi baru. 2009, hampir lima hari aku menggali tanah di tepi rumah dalam bulan puasa yang lepas.. rasa macam nak mati pon ada... dan waktu itu barulah aku terasa nikmat berbuka puasa apabila setiap kali aku meneguk air, aku akan mengucapkan 'alhamdulilah' tak berenti.. (agaknya apa la yang Nabi s.a.w dan para Sahabat rasa ketika mereka berperang Badar dalam bulan Ramadhan tu ye...) dengan panjang 12 kaki dan kedalaman hanya 2 kaki je, peh... sesekali membebel sambil bekerja, "kalu aku diupah untuk gali kubur, maunya lepas seminggu baru dapat tanam kawan tu..."
(entri julai)
kolam ini masih belum siap sepenuhnya hingga kini. cuma beroperasi separuh aje kerana kerja-kerja penyelenggaraan selepas tu mesti dilaksanakan bagi memastikan tiada kebocoran. dan seperti yang paling aku tak mau berlaku tapi tetap berlaku ialah air menyerap dari bahagian mana ntah (khususnya di bahagian air terjun la)... sampai sekarang aku masih mengesannya. ikan dah masuk la dua tiga ekor untuk layan feeling.

berasa nak kongsi minat yang sama?

Isnin, 9 November 2009

, ,

kata imam syafei (bukan wahabi yeee...)


menjernihkan hati memang sukar.
mengenepikan hak dan kepentingan diri suatu kerja gila. memberikan keutamaan kepada orang lain berbanding anak isteri dan keluarga adalah suatu kerja bodoh. gila dan bodoh itu menjadi label bagi orang yang berhati mulia.
kerja gila dan bodoh inilah yang telah dilakukan oleh kaum ansar terhadap muhajirin yang diikat oleh satu akidah dan satu persaudaraan oleh junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w. hasilnya lahirlah ikatan ukhwah yang sangat luar biasa. sebab itulah apabila seorang wanita islam cuba diganggu oleh sekumpulan yahudi maka bangkit seorang pemuda islam menyelamatkannya sehingga beliau syahid mempertahankan maruah islam.

kenapa? kerana jernih hatinya melaksanakan kerja gila dan bodoh tadi. jika perkara sama berlaku di depan mata kita... wallahu a'lam
sangatlah sedih di kalangan kita, malangnya masih bercakaran kerana tidak bersedia melaksanakan kerja gila dan bodoh tadi. hasilnya... buatlah apa yang kamu suka janji jangan ganggu aku punya.
kita selalu bertanya kepada diri, "kenapa kita lemah? kenapa kita tidak menjadi muslim yang hebat sebagaimana muslim pada zaman awal islam dulu?" kita sebenarnya ada jawapan tersebut tetapi kita tidak tahu dari mana patut ia bermula.

Khamis, 5 November 2009

,

cekgu : maafkan kami

hemmmm... panas tul isu semasa ni yea... tinggalkan dulu

aku memang nakal... tapi bab cekgu aku mesti respek... sebab aku yakin cekgu kena redha bagi ilmu baru bole berkat. satu crita... ada satu ustat yang jadik guru disiplin kami masa form six dulu. dia suka buat spot check kat asrama cari bebudak yang suka mengular, memonteng atau merokok. kerap jugak le ustat ni meronda. kat asrama tu ada satu bilik khas bebudak tingkatan enam saja yang dok situ. tah apa mimpi kengkawan aku, satu hari tu diorang setting gulung bantal dan dipasangnya gebar cantik-cantik macam orang tengah tido mengerekot... kira tido mampuih le tu. pintu bilik tu cam biasa memang tak berkunci cukup le ditutup rapat-rapat.
hari tu seperti biasa ustat pon melaksanakan tugas murninya mencari kaki ponteng. dari kelas kami (form six) ni bule nampak la bilik asrama kami sebab kedudukan bukan le jauh sangat. takat sepelaung aje. jadik bila nengok ustat mula buat spot check... keadaan mula huru-hara dengan beberapa pelajar lari lintang pukang menyelamatkan diri. adegan yang mendebarkan sampai ke kemuncaknya apabila ustat mula memasuki bila form six tadi... kengkawan aku yang dok kelas atas kejang perut menahan ketawa apabila nampak ustat keluo dari bilik tu dengan marah-marah dan membebel. heh! aku tak bule bayangkan bila ustat masuk dalam bilik terus membebel mengejutkan 'budak' yang tengah tido tu tadi. agaknya respon takde, ustat mesti naik hangin punya... argh! korang cuba la try praktis bila kita membebel tapi orang buat dek je.. maunya kena belangkung sekali kot... sudahnya ustat masuk setiap kelas form six dengan marah-marah kerana mempermainkan dia. aku dengar crita insident yang berlaku dalam bilik ni daripada kawan aku yang dok nyorok dalam bilik tu bila tak sempat lari. lawak tul tapi yang pasti aku tak terlibat dalam jenayah juvana tu ye.

Selasa, 3 November 2009

bila la sudahnya...


semenjak dua menjak ni gejolak semakin marak. sedih nengok bangsaku selerak. benar maksud sabda nabi s.a.w "ummatku akhir zaman bagai buih di lautan..." bangsaku ikut teroleng-oleng oleh pukulan ombak. baru reda dengan rasul melayu, kini fahaman wahabi kembali lagi walau satu ketika sekitar tahun 90-an telah muncul.

bangsaku satu tapi bersuku-suku.
berpecah kerana politik : berebut tahta berebut kuasa.
berpecah kerana harta : berdengki dalam niaga berdengki kala sama bekerja.
berpecah kerana agama : sengketa mazhab sengketa tariqat.
belum dikira yang hanyut dalam nafsu dan tenggelam dalam khayal dadah. Anime Myspace Comments
MyNiceSpace.combelum terhitung yang dihumban ke longkang atau terkaparan di dada jalan. belum terkaji remaja skinhead, black metal dan pelbagai ideologi. belum terjumlah yang memilih kerjaya penjenayah. belum diusik kaki judi dan pembelit. belum... belum... segala macam belum yang tak sanggup diluah dan tersangkut di halkum.

melayu tidakkan hilang... pesan pak tua Tuah hulubalang terbilang. kemungkinan yang benar tapi tidak mustahil menjelang